MOTIVASI AHAD

Sis Lin
12
MOTIVASI AHAD | HARINI ni takde apa nak di kongsikan pasal aktiviti harian, dari malam tadi memang Sis sibukkan diri banyak membaca ajer. Cuma pagi ni Sis nak kongsikan ayat-ayat positif yang Sis baca di sini yang menjadi motivasi Ahad untuk harini. 

Memang banyak betulnya dengan apa yang di tulisnya, dan memang ada juga yang Sis dah buat dengan apa yang di tuliskan. Jangan fikir tentang orang, fokus pada diri sendiri untuk jadi yang terbaik di sisiNya.. kita kalau hidup nak fikir akan orang, orang suka ke tidak ke, memang tak kemana perginya, lagi tak tenang ada. So biarlah.. tapi bukan semudah itu nak memaafkan dan melupakan.. 

Singkirkan Orang Negatif 

Hidup ini terlalu singkat untuk kita sibuk memikirkan ha-hal yang bodoh. Biarlah orang nak mengata di belakang kita. Biarlah orang nak reka cerita pasal kita. Cakap macam-macam, kata bukan-bukan pasal kita. Biarkanlah. Jangan kisah. Jangan ambil peduli. Bukan maksud kita bodoh atau takut. Cuma kalau kita layan. Kita balas. Kita dendam. Apa beza kita dengan mereka?. Jika tak mampu nak didik orang-orang negatif ini, jauhkan diri dari mereka untuk jaga iman kita.

Untuk hidup tenang kita perlu singkirkan orang-orang yang menyesakkan kepala. Bercakap yang menyakitkan hati. Hanya mahu kita saja menjaga hatinya. Jenis tak mahu kalah. Singkirkan, kita tak perlu orang macam ni, hanya menyusahkan. Takde manfaat pun untuk hidup kita. Menghindari orang negatif bukan kerana kita mementingkan diri, tapi kita tak boleh memajukan diri bila dikelilingi orang begini. Jauhkan diri kita dengan orang negatif, mereka hanya memberi masalah bukan solusi.

Hidup Ini Sederhana

Nikmati hidup kita, buat amal yang secukupnya. Teruskan ke depan capai cita-cita dan cinta kita. Bahagiakan keluarga kita. Dan jangan layan orang yang nak jatuhkan kita. Jangan biarkan orang negatif mengambil tempat dalam kepala. Singkirkan perbuatan mereka dan kata-kata mereka. Tak perlu kita ingat-ingat lagi. Jiwa kita akan lebih tenteram. Tak perlu cerita pada sesiapa. Allah lebih tahu apa yang kita rasa. Luahkan di dalam setiap doa kita.

Sehina-hina kita pada pandangan manusia. ALLAH lebih tahu, siapa lagi hina. Peduli cakap manusia, biarkan ALLAH menilai segala-galanya. Kenapa kita buat baik pun ada orang tak suka. Inilah kehidupan, tak semua kita buat orang suka. Tapi kita kena tahu, ALLAH dah atur terbaik untuk kita. Dalam Dunia ni, orang takkan faham kita. Kalau cuba puaskan hati orang, sampai mati pun tak boleh buat apa.

Kehidupan kita akan lebih baik bilamana :

1. Bangun daripada tidur sebelum subuh dan sempat menunaikan solat sunat tahajjud walaupun cuma 2 rakaat.
2. Tunaikan solat sunat sebelum (qabliyyah) subuh kerana ianya lebih baik daripada dunia dan seisinya.
3. Baca Al Quran walaupun cuma 1 muka surat. Tetapi, semakin banyak dibaca, semakin banyak bahagia yang akan dipertemukan. Maka memilihlah.
4. Sedekah walaupun cuma RM 1. Sedikit di pandangan kita, tetapi tidak di sisi Allah.
5. Tidak tidur selepas subuh.
6. Tiada iri hati melihat orang lain. 
7. Mendoakan kebaikan juga kebahagiaan orang lain kerana doa itu akan berbalik semula pada kita.
8. Percaya bahawasanya pada setiap percaturan hidup adalah yang terbaik kerana ianya disusun oleh Yang Maha Berkuasa.
9. Solat sunat dhuha biarpun cuma 2 rakaat kerana ia hak tubuh.
10. Istighfar sekurangnya 100 kali.
11. Selawat sekurangnya 10 kali di waktu pagi dan petang.
12. Taat ibubapa.
13. Solat di awal waktu.
14. Bersyukur dan hargai dengan apa yang ada.

Selamat berbahagia hingga ke Syurga! Terus bahagia.
Inshaallah ... 


P/S: Alhamdulilah, terima kasih Suamiku ❤
Tags

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Yaaa OM, kita jadi diri kita, sentiasa positif..

      Delete
  2. Saya terlintas bila kita bercakap mengenai "singkirkan orang negatif", bagaimana sebenarya kita ada negatif dalam sesuati circle? Overthinking ini kadang - kadang menyakitkan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Nadia, kekadang ramai yang kita tak tau, dalam pada berkawan, baik di depan, belakang kita menikam.. minta dijauhkan...

      Delete
  3. Buat yang baik, inshaAllah ganjarannya juga baik. Terima kasih ingatkan kami :)

    ReplyDelete
  4. Sebab tu SA singkirkan yang negative dengan menjauhkan diri...SA x kata SA positif always tapi ini cara SA kalau x nak negative vibes membelenggu SA....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann SA, kadang menmang kena cuci gak friendlist kita...

      Delete
  5. Setuju tu Lin.. baik kita fokus untuk lebih positif dan perbaiki diri kita dan amal.. InsyaAllah, bahagia dunia akhirat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah Kak.. fokus pada kehidupan kita aja, yang negetif kita jangan amik tau snagat..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!