NASI ARAB DI HARI JUMAAT. ALHAMDULILAH

Sis Lin
6
NASI ARAB DI HARI JUMAAT. ALHAMDULILAH | SYUKUR alhamdulilah, apa yang di niatkan, akhirnya dapat juga di laksanakan. Dah berminggu-minggu memang ada pasang niat untuk 'sedekah Jumaat' Nasi Arab ni pada jiran-jiran, tapi owner yang membuatnya tengah cuti, so kita faham dan setia menunggu.

Hampir juga nak cuba survey dan order dengan seller lain, tapi tu laa orang kata rezeki dan niat tu mungkin Allah dengar dan sampaikan kepada owner, akhirnya alhamdulilah dapat juga Nasi Arab di Hari Jumaat, alhamdulilah..

Niat apa dan hajat apa, hanya Allah yang tahu, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan Sis dan kalian semua dan diberikan kesihatan yang baik untuk melawan sakit wabak merbahaya yang sedang melanda. Maaf jika ada yang terliur dengan Nasi Arab ni, tapi memang sedap betul, sampaikan taknak order dengan orang lain huhuhu... 

Nasi Arab Di Hari Jumaat. Alhamdulilah

Nasi Arab ni homemade dari rumah, bukan kedai atau restoran. Ini pun kawan setaman yang rekemen. Mula pertama rasa, terus suka dengan rasa dan keenakkannya, sangat sedap menepati tekak Melayu yang tak berapa nak Arab ni hahahaha.. 

Lepas dari tu, satu per-satu Sis order bila dia open order. Dan paling banyak Sis buat tempahan dengannya ketika majlis pernikahan anak. Sis order untuk 50 orang makan. Memang puashati gilerr, dan semua kata sedap. Tak lokek bahan dan ayam pun potongan dia besar walau beli yang single pack. 

Untuk harini Sis order 14 pack single. Alhamdulilah tertunailah hajat Sis. 

Nasi Arab Di Hari Jumaat. Alhamdulilah

Portion dia memang banyak, walau pack single. Puashati makan sepinggan. Dah habis dah sepinggan Sis bedal tadi. Harini pun agak awal dia hantar, biasanya selepas solat Jumaat, tapi harini awal, so dapatlah anak bujang makan sebelum pergi solat Jumaat. 

Korang yang nak order dan stay Pasir Gudang, kalau nak buat tempahan boleh buat dengannya. Sis jamin puashati. Tak silap ada juga menu-menu lain dia amik tempahan, termasuk juga Roti Jala Berhias tu.. Puding Buah dia pun sedap, Sis dah pernah order.. kira boleh di katakan air tangannya memang sedaplah, alhamdulilah.. 

Untuk tempahan Nasi Arab :

Set Dulang RM40 
Set Single : RM12 

Boleh wahtsapp : Puan Eryana 018 790 1514


P/S: Laa Ilaha Illa Anta subhanaka inni kuntu minadzholimin .... 

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. kalau dekat lama dah SA mintak dia buatkan utk SA ..siyes nampak sedap dan SA percaya mmg sedap tu

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa SA, sedap dan puashati.. esok pun dia open order tu, macam nak beli je lagi hahahaha

      حذف
  2. Alhamdulillah..apa yang dihajatkan dapat ditunaikan. Portion nasi arab memang banyak puas makan. Lauk habis pun sedap makan nasi saja. Dia punya tambahan tepi pun menarik ada kobis ungu. Ayam dia pun mesti wangi bau rosemary macam ayam bakar pun ada.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah Fizah.. dapat juga tunaikan hajat di hati... memang sedap dan puashati order dengannya..

      حذف
  3. Alhamdulillah
    Allah permudahkan niat baik kita
    lepas ni bolehlah order nasi jawa pulak

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah Wak..
      Doakan urusan Saya dipermudahkan ya Wak...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!