RENDANG PARU MENU BERBUKA 14 REJAB 1443H | ALHAMDULILAH dah selesai dah Sis berpuasa Hari Putih. Harini pepagi tadi dah sarapan Mee Goreng kawah. Sahabat juga jiran Sis datang beri 4 bungkus letak atas tembok hahahaha.. Allahuakbar, kita kirim dia, dia kata takpe nak belanja.
Moga dimurahkan rezeki sahabatku,Nas dan diberikan kesihatan yang baik-baik aja untuknya sekeluarga, aamiinn.. Pahala besar beri makan pada hari Jumaat ni kan.. alhamdulilah. Now kepala sudah fikir, nanti petang nak masak apa yaa.. tengahari ni Sis beli ajer dulu, sebab ada urusan yang nak di selesaikan.
Pelik juga, kalau berpuasa, menu tu dah siap sedia dalam kepala, tapi kalau tak puasa, ehhh duk memikir nak masak apa ekk... tu laa ajaibnya Mak-Mak kalau time bulan ramadhan kan. Dan untuk puasa hari kedua Hari Putih lepas, Sis masak Rendang Paru paling mudah dan sedap bagi tekak Sis.
Masak cincai-cincai jerr, kebetulan ada seketul paru dalam freezer, so dari paru tu beku kerung, baiklah kita rendangkan dia, kannn..
Masak rendang ni bukan susah mana, ko sediakan bahan then blender semua, kemudian masuk semua dan reneh laa sampai masak dan lembut daging atau paru atau ayamnya.. tak susah pun kann.. sedap pun sedap, tapi pelik, kenapa laa masak rendang ni mesti time raya aja, kalau tak raya, jarang orang masak rendang hahahahaha..
Kalau jenis agak kurang rajin, beli je pes rendang sedia ada, pun sedap juga.. cuma kena pandai lerr adjust sikit rasa dan tambahkan bahan sampingan, tak laa rendang ko nampak rendang bodo-bodo kan.. tu kalau ko rajin laaa..
Bawah ni Sis sediakan resepi rendang paru menu berbuka 14 REJAB 1443H yang paling mudah nak masak.. tapi korang mesti lagi pandai kan masak rendang.. mesti sedap kann.. air tangan memasing, ada pelbagai gaya dan rasa.
Resepi Rendang Paru
Bahan-bahannya :
- Paru (di rebus dahulu) di hiris nipis
- 5 biji bawang merah*
- 5 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 2 batang serai*
- 1/2 inci lengkuas*
- 1 inci kunyit hidup*
- 5 biji lada kecik*
- 5 tangkai cili kering*
- Daun limau purut
- Daun kunyit
- Santan
- Garam dan Gula
Bahan bertanda * di blender
Cara-cara memasaknya :
- Tumis semua bahan bertanda (*) sehingga pecah minyak.
- Masukkan paru yang telah dihiris nipis
- Masukkan santan
- Masak sehingga pecah minyak
- Masukkan gula garam secukup rasa
- Masukkan daun limau purut dan daun kunyit
Siap hidang dengan nasi panas-panas, menu sedap gini jangan tak cuba... terus rasa macam hari raya hahahaha..
P/S: Rindunya pada anak di Shah Alam.. Kakkkk, Mak rindu Kakak ðŸ˜
WAH....fav SA ni...boleh la buat menu jualan bulan puasa nanti...
ReplyDeleteKann SA, teringin gak nak order air tangan SA tu.. Paru Kering tu..
Deleterajin betul lah sislin ni. Kalau paru saya suka masak sambal kering tu. aduhai sedap betul la. tiba-tiba teringat kan.
ReplyDeleteAla rendang lerr paling senang nak masak Mar, blend then reneh je sampai masak hehehehe
Deleterendang paru fav..pernh skali buat
ReplyDeleteKann sedapkan Mama,. apa-apa jenis rendang semua sedap...
DeleteSedapnya rendang paru.. boleh lah cuba buat jugak nanti nie..
ReplyDeleteNak puasa nanti bolehlah buatkan Kak, then frozenkan pun boleh.. mudah kerja nak masak berbuka...
DeleteAlhamdulillah rezeki orang belanja. Semoga bertambah tambah rezekinya. Aaminn... Sekarang menu raya anytime boleh masak dan makan. Rendang paru tak pernah makan. Sambal paru tu pernah lah tapi kena orang lain masak baru masak sebab nak masak sendiri tak berapa makan sangat.
ReplyDeleteAlhamdulilah Fizah...
DeleteSambal paru pun sedap, tapi nanti trylah rendang paru ni, sedap..
I pandai makan yang orang masak. I nak masak memang tak reti la. Haha. Dapnya rendang paru.
ReplyDeleteHehehehe mesti ko geli nak pegang paru tu kan Rawlins hahaha macam adik-adik Sis..
Delete