SIAPA YANG PERLU MEMBAYAR ZAKAT PENDAPATAN?

Sis Lin
20
SIAPA YANG PERLU MEMBAYAR ZAKAT PENDAPATAN? | KORANG pernah amik tau dan tau mengenai hal berkaitan Zakat Pendapatan? Jika korang bekerja sudah semestinya korang faham dan tau akan hal ini kan? Tapi bagi surirumah seperti Sis ni, memang tidak berapa amik tau tapi tau mengenai hal zakat pendapatan ni, sebab selalu ikut Suami pergi membayarnya. 

Ada tahunnya Suami bayar secara online aja, kemudian nanti baru bagitau Sis, dan ada ketikanya ada tahunnya Sis meneman Suami pergi bersama, seperti baru-baru ni. Kebetulan ada urusan di UTC Pusat Bandar Pasir Gudang, so Suami kata nak singgah ke pejabat MAIJ untuk bayar zakat. 

Mudah dan pantas berurusan membayar zakat di kaunter sini, korang cuma perlu masuk amik nombor dan tunggu giliran, dan seperti biasalah, kalau kaunter zakat ni, memang takdenya orang bersesak hehehe so semua urusan tu cepat aja. 

Alhamdulilah selesai tunaikan tanggungjawab untuk membayar zakat pendapatan bagi tahun  2021.. bagi yang tidak tau, siapakah yang perlu membayar zakat pendapatan? Di bawah ni Sis kongsikan serba sedikit info yang boleh korang amik tahu, moga bermanfaat buat korang semua. 

Siapa Yang Perlu Membayar Zakat Pendapatan?

Apa Itu Zakat Pendapatan?

Kewajipan zakat pendapatan telah diasaskan oleh beberapa dalil. Di dalam al-Quran, Allah SWT berfirman (yang bermaksud):

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.[Al-Baqarah (2): 267]

Dalam sebuah Hadis (yang bermaksud): Telah diceritakan oleh Said Bin Abi Burdah dari bapanya dari datuknya dari Nabi SAW bersabda:

Sedekah ditekankan atas setiap Muslim Lalu para Sahabat bertanya: Wahai Nabi Allah, bagaimana dengan orang yang tidak mendapatkan (sesuatu untuk disedekahkan) Beliau menjawab: Dia beramal dengan tangannya (kerja), sehingga dia bermanfaat bagi dirinya lalu dia bersedekah (HR Bukhari & Muslim)

Al-athar para Sahabat turut menjadi dalil kewajiban? zakat pendapatan. Diriwayatkan daripada Abu Ubayd diterima daripada Hubayrah ibn Yarim, beliau berkata (yang bermaksud):

“Abdullah ibn Masud memberikan kepada kami sebuah bakul yang berisi barang yang bernilai, diambil sebahagiannya untuk membayar zakat.”


Nisab Dan Haul Zakat Pendapatan 

Nisab zakat pendapatan bersandarkan 85 gram emas. Kadar bayaran zakat pendapatan ialah 2.5% daripada jumlah pendapatan kasar atau pendapatan bersih. Pakar-pakar di kalangan ulama kontemporari tidak meletakkan haul sebagai syarat wajib zakat pendapatan. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, tidak mensyaratkan haul ke atas zakat pendapatan gaji adalah atas beberapa faktor, antaranya:

i. Pertama, faktor keumuman nas-nas al-Quran yang mewajibkan orang kaya tentang kewajipan membayar zakat sebagai bukti iman dan kepatuhan seseorang kepada agama. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat) (Al-Baqarah[2]: 267)”

ii. Kedua, mengecualikan syarat haul dalam zakat pendapatan lebih bertepatan? dengan konsep keadilan. Ini kerana dengan mengenakan syarat haul, bermakna sistem zakat memberi kesempatan kepada orang-orang kaya untuk mengelakkan diri daripada membayar zakat. Hal ini terjadi apabila sesiapa yang boros berbelanja boleh menggunakan alasan tidak mempunyai wang yang berbaki dalam setahun untuk mengeluarkan zakat. Sedangkan sesiapa yang berjimat-cermat dengan menyimpan wang hasil pendapatan dalam setahun dibebankan dengan zakat. Ia sudah tentu tidak mencerminkan keadilan dalam sistem zakat itu sendiri.

Pada masa yang sama tidak mensyaratkan haul lebih meraikan maslahat umat Islam kerana setiap orang kaya akan menanggung keperluan ekonomi masyarakat.

Bagaimana Cara Kira Zakat Pendapatan ?
Contoh seperti gambar di bawah ..
Siapa Yang Perlu Membayar Zakat Pendapatan?

Syarat Wajib Zakat 

i. Islam  : Pemilik harta mestilah seseorang yang beragama Islam kerana zakat disyariatkan kepada orang Islam sahaja. Golongan bukan Islam tidak diminta untuk mengeluarkan zakat kerana zakat adalah ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT serta menzahirkan kepatuhan diri sebagai seorang hamba.

ii. Merdeka : Bebas daripada cengkaman penghambaan. Isu hamba tidak timbul pada masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan oleh para ulama sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

iii. Milik Sempurna : Pemilikan terhadap sesebuah harta hendaklah jelas di mana tiada orang lain yang berhak ke atasnya melainkan dirinya sendiri. Dengan pemilikan sempurna, sesuatu harta tidak tertakluk kepada hak pihak lain. Pemiliknya mampu mengendalikan harta tersebut secara bebas dan keuntungan daripadanya juga kembali kepada pemiliknya. Maka, tidak wajib zakat kepada harta yang tidak mempunyai pemilik tertentu atau dimiliki oleh awam seperti tanah wakaf, harta baitulmal dan seumpamanya. Syarat pemilikan sempurna diambil daripada dalil-dalil berkenaan zakat yang menyandarkan perkataan harta kepada pemiliknya sebagaimana firman Allah (yang bermaksud):

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat)[Surah al-Taubah (9): 103]

iv. Cukup Nisab : Sesuatu harta yang dimiliki hendaklah mencukupi nisab yakni paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta itu dikeluarkan zakat. Umumnya, setiap kategori harta mempunyai kadar nisabnya yang tersendiri. Misalnya bagi Zakat Pendapatan, Perniagaan, Wang Simpanan, Saham dan Emas, nisabnya adalah nilaian 20 mithqal (85 gram emas). Manakala nisab bagi Zakat Pertanian adalah 5 wasaq (atau awsuq). Bagi nisab Zakat Ternakan adalah berpandukan ukuran ketetapan yang telah dinyatakan dalam nas hadis.

v. Cukup Haul : Cukup haul bermaksud telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki dalam perkiraan tahun Hijrah iaitu selama 354 hari atau mengikut tahun masihi iaitu selama 365 hari. Pada asalnya, asas perkiraan haul adalah mengikut tahun Hijrah, namun oleh kerana kebiasaan (uruf) pada hari ini penggunaan tahun masihi mengatasi penggunaan tahun Hijrah, maka praktis pengiraan zakat lebih tertumpu kepada kalendar tahun masihi.

Haul menjadi syarat dan penyelaras dalam sistem zakat. Pensyaratan haul terhadap sesetengah harta adalah pendapat jumhur ulama dan sebahagian mereka menukilkan ijmak. Namun ulama telah menetapkan bahawa pensyaratan haul tidak meliputi seluruh sistem zakat di mana ia disyaratkan kepada beberapa jenis zakat seperti Emas, Perniagaan dan Ternakan. Manakala Zakat Pendapatan, Pertanian?dan Rikaz tidak disyaratkan haul.

vi. Berkembanh (AL-NAMA) : Harta yang akan dikenakan zakat mestilah harta yang berkembang atau berpontensi untuk berkembang. Sifat berkembang harta adalah sifat yang memberikan pulangan dan pendapatan kepada pemiliknya. Secara praktis, ulama sejak zaman-berzaman tidak mewajibkan zakat terhadap haiwan yang dijadikan kenderaan, rumah kediaman, perabot rumah, alat-alat pekerjaan, dan lain-lain yang sifatnya tidak berkembang kerana ia dijadikan semata-mata untuk kegunaan peribadi. Syarat ini sebenarnya selari dengan makna asal perkataan zakat dalam bahasa Arab yang memberi maksud bertambah dan berkembang. Syarat ini diambil daripada nas hadis Rasulullah SAW (yang bermaksud):

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, beliau bersabda: Tidak ada kewajipan zakat atas seorang Muslim pada hambanya dan tidak pula pada kudanya.(HR Bukhari & Muslim)

Antara sebab zakat hanya diwajibkan atas harta yang berkembang ialah agar pembayaran zakat tidak membawa kepada penyusutan harta. Lebih-lebih lagi sekiranya harta tersebut hanya satu-satunya sumber untuk kelangsungan hidup pemiliknya, maka jikalau zakat tetap dikenakan sudah tentu akan membawa kesusahan kepada pemiliknya.


Siapa Yang Perlu Membayar Zakat Pendapatan?


Cara Pembayaran : 

Kaedah pembayaran boleh dilakukan melalui :
Zakat Johor Online Payment https://epayment.maij.gov.my
Saluran pembayaran Zakat Harta melalui Perbankan Internet (Online Payment).

Bagi pembayaran melalui perbankan internet, sertakan bukti pembayaran dan butiran seperti berikut (Nama, Alamat, No. Telefon, Jumlah bayaran, Jenis Zakat,Tahun Haul) kepada alamat email: ibanking@maij.gov.my

Atau di mana-mana kaunter zakat di negeri masing-masing. 

MAIJ Johor hubungi :  07-2282929 Fax: 07-2238752
Email :  zakat@maij.gov.my
Info : MAIJ 


P/S: Alhamdulilah, terima kasih Allah ❤

إرسال تعليق

20تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. الردود
    1. Betul Uncle, takde alasan untuk tidak membayarnya...

      حذف
  2. Baca dalil dan hadis...
    Recall semula subject Agama Islam masa SPM dulu..Masa tu hafal segala dalil dan hadis tu..Tapi tu la,bila niat hafal untuk lulus periksa,sekarang banyak dah lupa..Terima kasih atas perkongsian info ini

    ردحذف
  3. wahhh, terima kasih atas perkongsian sis Lin. ^^

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah, moga bermanfaat untuk kita semua ya Aien...

      حذف
  4. Alhamdulillah. Marilah beramal maaruf untuk bekalan ke sana.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah... moga ada rezeki buat kita semua ya Kak...

      حذف
  5. الردود
    1. Alhamdulilah.. tanggungjawab setiap umat Islam...

      حذف
  6. alhamdullilah, terima kasih untuk perkongsiannya sis

    ردحذف
  7. Bayar by bulan rasa tak macam berat, kalau tunggu stahun baru nak bayar, kita akan rasa berat. biasa wawa nak senang, dapat gaji darab je 2.5% terus bayar dekat pusat zakat secara online.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul, lagi memudahkan juga, ikut potongan bulanan gaji...

      حذف
  8. Senang sekarang dah boleh buat online atau potongan bulanan je. Good sharing sis :)

    ردحذف
  9. Kalau saya tak bekerja dan hanya guna duit simpanan+dividen untuk sara hidup..masih kena zakat ke ?

    ردحذف
    الردود
    1. Zakat di kira dari jumpa nisbah yang perlu di bayar jika cukup hisabnya, Su boleh check kalau rasa perlu atau tidak dengan bahagian website zakat.

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!