TIPS MUDAH MEMBACA SURAH AL-KAHFI | ALHAMDULILAH hari Jumaat hari yang paling di tunggu sesetangah orang, termasuklah Sis. Sebab bila tiba hari Jumaat, maka berakhirlah minggu 'lepas' punya cerita, tu satu hal, satu lagi hari Jumaat laaa hari yang kita boleh banyakkan amalan.
Bukan kata hari lain tak boleh buat amal, tapi hari Jumaat ni lebih istimewa, pahalanya berganda-ganda, lagi-lagi kalau kita bersedekah. Keutamaan hari Jumaat juga yang membuatnya lebih istimewa dibandingkan hari lain adalah pada harini waktu paling mustajab untuk berdoa kepada Allah SWT.
Sebaik-baik hari di mana matahari terbit di saat itu adalah hari Jumat. Pada hari ini Adam diciptakan, hari ketika ia dimasukkan ke dalam surga dan hari ketika ia dikeluarkan dari surga. Dan hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumat. (HR Muslim).
Dan hari Jumaat juga adalah digalakkan membaca Surah Al-Kahfi. Ini merupakan salah satu amalan baik dilakukan pada hari Jumaat. Ganjaran dan kelebihan membaca surah ini pada setiap hari Jumaat sangatlah besar bagi sesiapa yang dapat membaca sepenuhnya sebelum habis hari Jumaat.
Barangsiapa yang membaca surat AlKahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dia dan Kaabah - HR.Ad.darimi
Surah Al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Agak panjang bagi orang biasa untuk membacanya dalam satu-satu masa. Ada lebih kurang 12 mukasurat. Untuk mendapatkan ganjaran membaca surah ini, korang tidak perlu habiskan sekaligus. Korang boleh membaca surah Al-Kahfi sepanjang hari Jumaat, Ala tak sampai pun lima minit kalau betul korang amalkan.
Ada beberapa cara korang boleh bahagi-bahagikan masa membaca.
Pertama:
- Baca 2 mukasurat lepas Maghrib (Khamis)
- Baca 4 mukasurat lepas Isyak (Khamis)
- Baca 2 mukasurat lepas Subuh (Jumaat)
- Baca 2 mukasurat lepas Zohor (Jumaat)
- Baca 2 mukasurat lepas Asar (Jumaat)
Jumlahnya 12 mukasurat kan?
Atau jika siang Jumaatnya korang sibuk dengan kerja di pejabat, boleh juga menyusun jadual bacaan seperti di bawah:
Kedua :
- Baca 4 mukasurat lepas Maghrib
- Baca 4 mukasurat lepas Isyak
- Baca 2 mukasurat lepas Subuh
- Baca 1 mukasurat lepas Zohor
- Baca 1 mukasurat lepas Asar
Atau pun, kalau lepas Maghrib dan Isyak dah tak larat nak baca 4 mukasurat, atau ada hal lain untuk diuruskan, korang jangan risau, boleh cuba cara ketiga seperti di bawah ini:
Ketiga :
- Baca 2 mukasurat lepas Maghrib
- Baca 2 mukasurat lepas Isyak
- Baca 4 mukasurat sebelum tidur
- Baca 2 mukasurat lepas Subuh
- Baca 1 mukasurat lepas Zohor
- Baca 1 mukasurat lepas Asar
Cara di atas berdasarkan bilangan mukasurat yang dibaca. Jika korang tidak berminat untuk membuat jadual membaca berdasarkan mukasurat, boleh juga menyusun jadual dengan pecahan ayat mengikut kisah-kisah di dalam surah Al-Kahfi.
Islam itu mudah, nak dengan taknak jer nak buat. Jangan terlalu berat memikirkan nak baca surah yang panjang. Bolehlah pilih mengikut kesesuaian masa dan kemampuan masing-masing. Yang paling penting, kena kuat semangat dan azam untuk menghabiskan bacaan ini dalam masa satu hari. Disiplin untuk mengikut jadual yang ditetapkan juga sangat perlu.
Mula-mula, memang terasa berat untuk menghabiskan keseluruhan surah Al Kahfi pada hari Jumaat. Apa-apa pun dalam hidup ni, kalau nak mula atau nak pandai belajar, tak boleh berputus asa. Betul tak? Al-Quran tu kan cahaya kehidupan. Jadi, marilah kita sama-sama menerangi hidup kita.
Nak lancar dan mudah membaca, baca aje bila masa free, jangan tunggu hari Jumaat..
P/S: Moga Allah permudahkan urusanku harini, banyak urusan nak kena selesaikan harini.. aamiinn..
Terima kasih Sis perkongsian. Salam Jumaat.
ردحذفSalam Jumaat buat PC juga..
حذفTerima kasih untuk perkongsiaanya. Istimewanya Jumaat, banyak amalan kebaikan yang lebih banyak ganjaran pahalanya.
ردحذفMoga bermanfaat buat semua Fizah.. salam hujung minggu...
حذف