WORDLESS WEDNESDAY - BIHUN SUP UTARA | DIA punya teringinnya dah macam pompuan mengandung sulung hahaha.. dari minggu lepas duk kata kat Suami nak makan Bihun Sup Utara, tapi tak tau mana nak cari. Tapi tak putus asa juga, cari dan tetap mencari..
Nak jadi cerita, tengahari tadi bukak group Komuniti Scientex di facebook, ternampak seller ni open order untuk petang ni, dia punya gambar memikat selera sungguh, tapi sedap tak sedap kita tak tau. Dan petang tadi alhamdulilah dapat juga menyuap kemulut di saat hujan lebat tengah turun. Hirup kuahnya yang panas, dan alhamdulilah, sesedap seperti yang di gambarkan dalam gambar.. puashati.
Sebungkus RM7, COD Rm5. Sis beli 3 bungkus RM26 hengget..
Nak order boleh wahtsapp Elia +06 12-454 8744
P/S: Johor hari-hari hujan, alhamdulilah, sejuk malam tido..
Memang sedap makan sup kalau tengah hujan kan Lin. Sini pun hujan juga.. tapi sekejap aja campur dengan angin. Kuat betul anginnya pun..
ReplyDeleteYaa Kak, now pun hujan ni dari Subuh tadi.. sejuk dan lapar jerr ni..
Deleteako kalau sup ni kena ada sambal kicap tu hahah baru umph!!! sambal kicap plak kalau bole nak yang palinggg pedas :p
ReplyDeleteKalau Bihun Sup Utara takde sambal kicap, ada pun pilihan, dia guna smabal pedas merah Ret..
DeleteMemang nampak sesedap rasa
ReplyDeleteAlhamdulilah, puashati beli Wak, sedap...
Deletesedapnya hirup kuah time hujan. semalam saya makan mee celup. sedapnya rasa hirup kuah panas hujan-hujan.
ReplyDeleteKannn, ni pun hujan, terus teringat Bihun Sup Utara ni Mar hahahaha
DeleteSedapnya bihun sup utara. Masa study kat Penang dulu agak pelik dengan bihun sup utara ni warna kuning dan sambal tumis merah. Berbeza dengan kita bihun biasa putih dan sambal kicap. Tapi lama lama tersuka jugak dengan bihun sup utara ni.
ReplyDeleteKann Fizah, Sis memang suka sangat.. susah nak cari tapi bila jumpa memang akan beli..
DeleteSedap ni pekena musim hujan. Jap tengok bahan cukup tak.
ReplyDeleteWaaa ko pandai buat ek Aien.. meh laa hantar semangkuk hehehee
Deletesedap ni. kalau kawan utara open order mesti ena beli.
ReplyDeleteYaa sedap, makan seharian pun boleh, tak jemu...
Delete