ZIKIR HARI RABU - ASTAGHFIRULLAHAL'ADZIM

Sis Lin
6
ZIKIR HARI RABU - ASTAGHFIRULLAHAL'ADZIM | SUDAHKAH korang berzikir harini? Alhamdulilah, sesibuk mana kita sekalipun, jangan lupa untuk berzikir tak kira walau dimana sekalipun kita berada. Tengah memasak boleh, memandu, menyidai baju, melipat baju dan bermacam lagilah keadaan, nak dengan taknak je kan.. tapi banyaknya ramai yang lupa.. 

Sebenarnya hari Rabu ini ada kisahnya yang tersendiri di dalam Islam. Selain hari Rabu, hari-hari lain juga banyak kisahnya. Kalau siapa yang rajin membaca, mungkin sudah tau, tapi bagi mereka yang belum tau, boleh teruskan membaca. Sis pun bukanlah bijak pandai sangat, tapi apa yang kita baca, kita kongsikan aje laa di sini kan.. so biar semua tau.. 

Kelebihan Hari Rabu Dalam Islam

Mengikut pendapat sesetengah Ulama’, barang siapa yang hendak sembuh dari penyakit, hendaklah ia mengamalkan meminum ubat pada Hari Rabu, lebih-lebih lagi di antara waktu Zuhor Dan waktu Asar. 

Nabi salallahu alaihi wa sallam berdoa di Masjid Al Fath 3 kali, iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu. Pada hari Rabu-lah doanya dikabulkan, iaitu di antara dua solat. Ini diketahui dari kegembiraan di wajah beliau - Oleh Jabir bin Abdillah Radhiallahu anhu.

Berikut adalah sejarah ataupun perkara-perkara Yang Berlaku Pada Hari Rabu:

1. Auj bin Unuq dibinasakan dengan Burung Hud Hud.
2. Allah s.w.t. menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan kekayaannya ke dalam perut bumi.
3. Fir’aun dan kaumnya dibinasakan dengan ditenggelamkan di dalam Sungai Nil.
4. Allah s.w.t. menghancurkan Raja Namrud bin Kan’an dengan memasukkan serangga kedalam telinganya. .
5. Allah s.w.t menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s.
6. Syadad bin Aad dibinasakan dengan suara Jibrail a.s.
7. Allah s.w.t. menghancurkan kaum Nabi Hud a.s. dengan menghembuskan angin yang kuat.

Zikir harian.

Zikir dimaksudnya mengingati atau sebut. Dengan kata lain zikir ini menyebut kalimah-kalimah suci yang membawa kepada ingat kepada Yang Maha Esa dan memuji Nama-Nama Allah s.w.t. Selain dari ibadah-ibadah lain seperti sedekah, solat dan amalan baik yang lain. Zikir juga merupakan satu amalan yang banyak manfaatnya dan kelebihan kepada kita yang mengamalkannya. 

Kelebihannya bukan sahaja dari segi pahala yang berlipat kali ganda, tapi juga memberi ketenangan pada diri dan meneguhkan iman bagi mereka yang mengamalkannya.

Zikir Hari Rabu - Astaghfirullahal’azim

Zikir Hari Rabu

Astaghfirullahal’adzim
Aku memohon keampunan kepada Allah Tuhan Maha Esa

Fadhilatnya: Setiap kali sebutan akan menghapuskan satu titik hitam di dalam hati korang.

Jomlah kita amalkan bacaan Zikir Harian.. semoga hati kita diberikan ketenangan dan kedamaian mengingati Allah di setiap langkah kita.. 


P/S: Hati kalau tak tenang, nak buat apa kerja pun jadi serba tak kena.. Allahuakbar... 
Tags

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. alhamdulillah. moga kita sentiasa diberkatiNya

    ردحذف
  2. Alhamdulillah..semoga kita tak lupa nak amalkan zikir harian. Terima kasih untuk perkongsian ni sis lin :)

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!