5 SEBAB KENAPA KORANG JADI PELUPA

Sis Lin
17
5 SEBAB KENAPA KORANG JADI PELUPA | SEJAK-SEJAK ni ada beberapa kawan Sis yang Sis perasan mereka selalu kata mereka jadi 'pelupa'. Dan yang mencuit hati, mereka kata ini kesan dari injek booster hehehehe.. fakta atau auta?.. Entah laaaa.. 

Kalau Sis sendiri, memang ada masa pun jadi pelupa gak, biasanya lupa bila nak mencari sesuatu barang, tu biasa laaa kan.. tapi kalau sampai kalau lupa sesuatu yang di rasakan penting, tapi korang lupa, itu memang ghisau aarrr.. kang jadi penyakit lain.. better cari sebabnya kenapa boleh jadi pelupa tu.. sebelum lebih teruk.. 

Mengapa Seseorang Itu Boleh Jadi Pelupa? Selalukan kita dengar orang kata, jika makan semut boleh dapat penyakit lupa hinggakan kita takut akan air atau makanan yang dicemari semut. Tapi sejauh manakah kebenarannya? Adakah ini fakta atau auta? Atau sesaorang itu sendiri yang mempunyai penyakit lupa, tapi taknak mengaku? Heheheh.. 

Banyak makan semut sebab itu terkena penyakit lupa?

Betul atau tidak penyataan di atas, tidaklah dapat Sis jawab, sebab takde bukti saintifik yang mengaitkan punca lupa akibat termakan semut. Tapi korang boleh baca dari info Hello Doktor yang Sis kongsikan di bawah ni mengenai punca sering berlakunya penyakit lupa dalam kalangan masyarakat:

Mengapa Seseorang Itu Boleh Jadi Pelupa?

5 Sebab Kenapa Korang Jadi Pelupa

#1 Kurang tidur

Tidak cukup tidur mungkin merupakan penyebab boleh terjadinya penyakit ini. Tidur yang sering tidak berkualiti dan mencukupi juga dapat menyebabkan perubahan mood dan kegelisahan kepada seseorang individu, yang seterusnya menyumbang kepada masalah dengan ingatan.

#2 Pengambilan ubat-ubatan

Ubat penenang, antidepresan, ubat tekanan darah, dan ubat-ubatan lain juga boleh mempengaruhi daya ingatan seseorang. Ia boleh menyukarkan minda korang untuk berfungsi secara normal dalam rutin harian. Rujuklah dengan doktor atau ahli farmasi jika korang mengesyaki bahawa ubatan tersebut menyebabkan perubahan pada daya ingatan korang.

#3 Minum alkohol terlampau banyak

Meminum alkohol dalam kuantiti yang terlalu banyak boleh mengganggu ingatan jangka pendek korang, walaupun kesan alkohol tersebut akan hilang mengikut peredaran masa. Oleh itu, bagi individu bukan Islam, korang disarankan untuk tidak mengambil alkohol dalam jumlah yang banyak sekali gus kerana khuatir ia mengganggu daya ingatan dan kesihatan korang.

#4 Kemurungan

Tanda-tanda kemurungan yang biasa terjadi adalah termasuk kesedihan yang melampau, kurang bersemangat, dan tidak lagi seronok dalam membuat aktiviti kegemaran. Penyakit lupa juga boleh terjadi akibat kemurungan dan sekiranya perkara ini mengganggu korang, ada baiknya berbincang dengan doktor korang untuk mengetahui apakah yang menjadi punca kepada permasalahan ini.

Mungkin sesuatu boleh diubah seperti cuba dapatkan tidur yang mencukupi, menukar ubat-ubatan kemurungan, atau menyertai program pengurangan tekanan. Cara ini mungkin dapat mengembalikan kesihatan korang ke landasan yang betul.

Mengapa Seseorang Itu Boleh Jadi Pelupa?

#5 Adakah korang kerap bersenam?

Senaman fizikal akan membuatkan jantung korang mengepam darah yang kaya oksigen dengan lebih baik bagi mengalir ke bahagian otak lalu membuat korang lebih cerdas dan membuatkan pemikiran lebih tajam. Kajian juga menemui bukti awal bahawa senaman yang berintensiti sederhana sudah mampu merangsang kawasan otak yang terlibat dengan fungsi daya ingatan.

Cara mengatasi lupa
Cuba tip yang disediakan di bawah ini untuk mengatasi penyakit lupa korang itu. Sis pun sedang mencubanya.. 

1. Selitkan aktiviti fizikal dalam rutin harian korang

Aktiviti fizikal meningkatkan aliran darah ke seluruh badan korang, termasuk otak. Ini akan dapat membantu menjaga memori korang. Bagi orang dewasa yang tiada masalah kesihatan dan sihat, pakar mengesyorkan sekurang-kurangnya melakukan 150 minit seminggu senaman seperti aktiviti aerobik, brisk walking, atau 75 minit seminggu aktiviti kardio yang lebih intensif, seperti jogging.

Sekiranya korang tidak mempunyai masa untuk bersenam sepenuhnya atas beberapa faktor, lakukan aktiviti fizikal yang santai dengan hanya berjalan kaki selama 10 minit setiap hari sudah memadai.

2. Kekal minda yang aktif

Sama seperti aktiviti fizikal yang membantu menjaga kesihatan tubuh badan korang, dengan melakukan aktiviti yang merangsang sel-sel otak juga dapat menguatkan daya ingatan. Ini sekali gus membantu dalam mengurangkan kemungkinan untuk menghadapi penyakit lupa.

Cara mengatasi lupa adalah dengan lakukan aktiviti seperti teka-teki silang kata, memilih laluan alternatif semasa memandu, belajar bermain alat muzik, melakukan aktiviti sukarelawan dan sebagainya.

3. Tidur yang berkualiti

Tidur memainkan peranan penting dalam membantu korang mempunyai daya ingatan yang kuat. Jadikan tidur yang cukup sebagai keutamaan dan bagi orang dewasa, mereka memerlukan 7 hingga 9 jam tidur sehari.

4. Makan makanan yang sihat

Diet yang sihat memberikan manfaat pada kesihatan otak dan juga badan. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian penuh serta pilih sumber protein yang rendah lemak, seperti ikan. Apa yang korang minum juga penting. Terlalu banyak alkohol boleh menyebabkan kekeliruan dan kehilangan ingatan. Begitu juga dengan penggunaan dadah.

Mengapa Seseorang Itu Boleh Jadi Pelupa?

Bila korang harus bertemu doktor jika alami penyakit lupa?

Sekiranya korang bimbang tentang kesihatan otak korang, terutamanya jika korang mengalami kehilangan ingatan sehingga mempengaruhi kemampuan korang untuk berfungsi dalam aktiviti harian, berbincanglah dengan doktor korang.

Doktor mungkin akan melakukan ujian fizikal, dan juga memeriksa ingatan bagi memberikan menyelesaikan terhadap masalah korang. Kadangkala, ujian lain juga mungkin diperlukan dan jenis rawatan akan bergantung kepada apa yang menyumbang terhadap penyakit sering tidak ingat ini.

Kesimpulannya, bahawa memakan semut menyebabkan penyakit lupa sudah terang lagi bersuluh merupakan auta. Terdapat banyak bukti saintifik yang dapat dikaitkan terhadap punca terjadinya masalah lupa. Oleh itu, pastikan korang mengamalkan gaya hidup sihat agar masalah ini dapat dielakkan.

Tapi jangan pulak lepas ni nampak semut dalam air, korang main telan jerr hahahahaha.. 


P/S: Tekak nak makan Beef Steak ko, nak ajak anak bujang keluar laaa nanti petang, yummmmmsss..
Tags

إرسال تعليق

17تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. banyak info... seronok baca. salam perkenalan, minta follow back saya dah follow awak.thanks

    ردحذف
    الردود
    1. Salam perkenalan juga Yuslina.. Blog Yuslina apa ya? Tak dapat di kesan.. nanti edit kat profile blogger, add nama link blog..

      حذف
  2. Faktor usia
    Wak semakin tua ni semakin banyak lupa juga

    ردحذف
    الردود
    1. Samalah kita Wak, but at least tak laa pelupa sangat hehehe

      حذف
  3. alkohol tidak bawa sebarang kebaikan pun, ia hanya merosakkan badan.

    ردحذف
    الردود
    1. Untuk yang bukan Islam, akhohol tu mereka minum, so kalau boleh elakkan laa, boleh jadi pelupa ...

      حذف
  4. Betul lah tu kurang tido cepat lupa.

    ردحذف
  5. Ako memang dah wujud sistem ni dah 2 thn ni sejak wfh haahhaa....

    ردحذف
    الردود
    1. simptom jadi sistem plak ahahha...
      ni bkn pelupa lagi da... ni x tau nk ckp dah :D

      حذف
    2. Hahaha makin duduk rumah, makin pelupa ekk Ret hehehehe

      حذف
  6. aah sebab kurang tidur jugak kadang jadi pelupa ... hahhaha

    ردحذف
  7. الردود
    1. Memang ramai rupanya kurang tidur dan jadi pelupa ya hahahaha

      حذف
  8. tulah..org cakap masak rendang ayam gatal gi buat rendang semut. kan dah pelupa.

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahahaha adoii gelak kita Kak Ammi ni tau hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!