ALHAMDULILAH PERJALANAN UMRAH AKU DIPERMUDAHKAN

Sis Lin
16
ALHAMDULILAH PERJALANAN UMRAH AKU DIPERMUDAHKAN | SYUKUR alhamdulilah, Sis telah selamat kembali ke rumah malam semalam dan telah pun selesai menunaikan ibadah Umrah. Bermusafir selama 13 hari dan 12 malam, sememangnya terlalu banyak kenangan manis yang tak dapat di lupakan. 

Tiada yang pahit, semuanya manis-manis belaka. Bersama 20 orang jemaah yang turut serta, Sis ni dah macam pergi dalam satu keluarga yang besar. Sebabnya hanya Sis seorang aja yang pergi tanpa mahram, lelain jemaah semuanya dalam satu keluarga. Jadinya memang banyak sangat kenangan bersama jemaah kali ni.

Dan paling bersyukur sangat, Allah beri Sis kesihatan yang sangat baik dan sihat. Baik sebelum memulakan perjalanan, semasa menunaikan ibadah dan selepas pulang dari sana. Sehingga ke harini pun, Sis sihat tanpa demam batuk dan selesema. Alhamdulilah, cuma jantung berdebor gak ni menunggu result PCR di KLIA semalam. 

Walau apa pun keputusan PCR tu, terima aje laa, janji Sis dah berada di Malaysia dan Sis telah selesai menunaikan ibadah Umrah. Paling bersyukur tu, Allah beri Sis peluang untuk tunaikan dua kali Umrah di sana. Dalam pada terkejar-kejar masa dan jadual, tapi Allah izinkan juga untuk tunaikan Umrah kali kedua tu. Alhamdulilah.. ikutkan niat, nak buat banyak lagi Umrahnya, tapi jadual padat, so buat ikut kemampuan aja, tu pun dah bersyukur sangat.. 

Alhamdulilah, Perjalanan Umrah Aku Dipermudahkan

Selalu dengar kengkawan, saudara mara bercerita betapa seronoknya pergi Umrah, tapi masih tak boleh nak bayangkan perasaanya, dan bila diri sendiri Allah beri peluang jejak ke sana, mashaallah, memang tiada kata nak di ungkapkan macam mana perasaannya pertama kali melihat Kaabah depan mata, sujud syukur hanya airmata yang keluar tanpa di sedari, allahuakbar,.. 

Baik di Medina mahupun di Mekah, rasa memang tak puas hanya 12 hari sahaja, sehinggakan ada ketika terdetik di hati, 'Kalau taknak balik boleh tak?'... mananya tak, di sana langsung tak ingat apa, jangan kata nak tengok telefon, tapi Allah tu lenyapkan sekejap yang Sis ni ada keluarga di Malaysia. Sampaikan tak kisah nak tanya khabar Suami mahupun anak. Tu yang anak duk tanya, mana Maknyaa huhuhu... 

Itulah nikmat Allah yang Dia berikan pada hambanya bila ke sana. Lupa hal dunia, fokus pada ibadah dan berjalan ke Mesjid tanpa lelah dan mengaji tanpa henti.. subhanallah.. walaupun niat nak khatam quran di sana tak kesampaian, tapi alhamdulilah, sekurangnya hampir setiap hari buka quran dan baca.. 

Now hati dan jiwa dah rindu sangat ingatkan bumi Haramain.. Moga Allah jemput lagi Sis ke sana dan Sis juga doakan kepada sesiapa yang ada niat nak ke sana, akan Allah perkenankan jua. Juga doa-doa kalian semua, sudah pun Sis sampaikan.. 

Ada masa, Sis kongsikan perjalanan dan kisah kami di bumi Haramain okay.. 


P/S: Rindu sangat pada Suami 😭
Tags

إرسال تعليق

16تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulilah.. semuanya dipermudahkan oleh Allah . ❤️

    ردحذف
  2. alhamdulillah..nak tunggu entry seterusnya..

    ردحذف
    الردود
    1. Syukur alhamdulilah... update tunggu mood menulis mai hehehehe

      حذف
  3. Syukur. Sis dah selamat sampai tanah air.

    ردحذف
  4. Alhamdulillah selesai dan selamat..Terima kasih tolong doakan yer sis...
    Moga ada jugak rezeki saya ke sana one day....

    ردحذف
    الردود
    1. Sama-sama Non, moga Allah perkenankan doamu Non...

      حذف
  5. Alhamdulillah
    Semoga mendapat umrah yang mabrur

    ردحذف
  6. alhamdulillah.. sukanya baca.. bila la ada peluang kita pulak ke sana..

    ردحذف
    الردود
    1. Inshaallah Kak, satu hari nanti pasti akan ada rezekinya.. niat aja dah dapat...

      حذف
  7. alhamdulilah... rindu nk dgr citer ko plak

    ردحذف
    الردود
    1. Makaseh Ret... inshaallah nanti aku update satu persatu...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!