APA PERASAAN AKU PERTAMA KALI NAMPAK KAABAH? | RAMAI yang bila bertanya khabar Sis dan mendengar pengalaman Sis ketika menunaikan Umrah, rata-rata mereka akan tanya soalan ini 'apa perasaan kau pertama kali nampak kaabah?'... Soalan begitu memang sukar Sis nak jawab mulanya..
Kalau di tanya melalui penulisan, Sis mampu menulis Subhanaallah, allahuakbar, alhamdulilah, masyaallah.. tapi jika di tanya berdepan face to face, hanya airmata yang boleh Sis gambarkan perasaan tu..sukar nak gambarkan perasaan itu. Bayangkan selalu kita hanya nampak kaabah melihat tunduk di sejadah, tonton di tv, membaca pengalaman orang, tapi tiba-tiba Kaabah tu (kiblat) kita ada depan mata, korang tau tak perasaan itu macam mana? Huhuhu..
Mulanya ingat masa sampai aja menuruni escalator sebelum ke dataran kaabah, ingat nak rakamlah video untuk kali pertamanya melihat kaabah, tapi....... di sebabkan seakan tak percaya dan dengan menangisnya teresak-esak, handphone tu tak mampu nak Sis tekan dan hanya tumpu pada perjalanan Sis menuju dekat ke kaabah, allahuakbar...
Yang dah merasa pengalaman itu pasti tau macam mana perasaannya.. Sis sebelum ni pun, kalau dengar orang bercerita, macam ye tak ye jerrr, tapi bila dah melaluinya sendiri.. baru tau perasaan itu.. perasaan itulah yang memanggil-manggil untuk Sis ke sana lagi dan lagi... aku rindu Haramain ..
Sepanjang di sana, setiap kali Sis dapat solat depan kaabah,, memang akan ada satu perasaan yang lain kalau solat, tak tau laaa, itu perasaan Sis la.. yaaa laaaa selama ini, kita solat memandang tunduk ke bawah (kiblat) kita, tapi bila dah di sana, korang bayangkan kaabah (kiblat) kau tu depan mata, so korang nak tunduk ke nak pandang depan?.. Sis memang sekejap-sekejap pandang depan.. tak hanya tunduk aja.. tapi tu laa, tiap kali pandang depan, mesti Sis nak menangis huhuhu..
tidak ada larangan daripada melihat ke hadapan (kaabah) ketika solat. Yang dilarang ialah mendongak ke atas, sebagaimana sabit dalam hadis sahih. Tetapi, jika sekiranya memandang ke hadapan menyebabkan terganggu kekhusyukan maka lebih baik menundukkan pandangan ke bawah, apatah lagi dalam suasana masjidil haram yang dipenuhi dengan ribuan manusia lalu lalang di hadapan anda solat.
Betul... jika takut hilang tumpuan, eloklah pandang dan tunduk aje kebawah, cuma Sis memang sesekali memandang ke depan.. rugi rasanya kalau Sis tidak berbuat begitu.. Kaabah adalah kiblat utama umat Islam, cukup dengan hanya memandang Kaabah sahaja pun sudah diberikan pahala yang besar oleh Allah swt. Sebab itu, adalah digalakkan bagi jemaah baik yang mengerjakan haji mahupun umrah, jika sudah tiba ditanah suci, rebutlah peluang untuk meraih pahala melihat Kaabah.
Memang masa buat umrah pertama tu, Sis tidak banyak merakamkan gambar dan video, sebab fokus pada ibadah umrah tu, ye laa pestime kan, kena fokus betul nak buat tu, tapi bila Sis buat Umrah kedua, dan di berikan ruang walau masa tu jemaah dah mula ramai, masa tu laa, Sis amik video dan amik gambar, alhamdulilah dapatlah buat kenangan..
Apa-apa pun Sis bersyukurlah, Sis pergi awal sedikit ketika jemaah masih belum lagi ramai, dan keadaan masih selesa nak solat dan tawaf. Dan 3 hari sebelum nak balik, jemaah mula ramai masuk Mekah, time solat Subuh dan solat Jumaat, dah macam musim haji gayanya.. subhanallah... meriah sangat...
Hingga ke harini, masih lagi rindukan bumi Haramain.. bila tengok gambar-gambar di sana dan video-video yang Sis rakam, memang sayu hati.. rasa macam tak percaya yang Sis dah sampai sana.. aturan Allah, tak siapa yang tau.. lain yang Sis dan Suami rancang, lain yang Allah atur, syukur alhamdulilah semuanya di permudahkan..
Ya Allah, jemputlah aku ke sana lagi Ya Allah 😭
P/S: Moga Allah makbulkan doa aku nak pergi bersama Suami dan anak-anak, juga doa-doa kalian semua.. aamiinn..
Wow. Kamu melawat di Santa. Saya dengar dari kawan2 saya, mereka kata in Kali pertama, perasaan berlainan apabila mereka dekat in .. so misteri..
ردحذفYaaa Selina, alhamdulilah.. rezeki tanpa di sangka-sangka...
حذفSuka baca pengalaman oranf..semoga SA juga di jemput kesana nanti...amin...
ردحذفInshaallah SA, one day pasti akan ada rezekinya tu...
حذفspeehless ye kak.... tak terkata macamne, macam tak percaya pun iya
ردحذفYaaa Dana, tak tau nak kata macam mana, memang tiap kali masuk dataran tu, lain macam perasaannya...
حذفseronoknya kan dah jadi tetamu Nya.Moga lepas ni dapatlah sis kesana lagi dengsn family.
ردحذفBersyukur Eda.. ada rezeki nak juga lagi ke sana lagi.. aamiinn..
حذفAlhamdulillah..saya yang baca buat sebak rasa nak ikut nangis sekali. Perasaan dapat tengok depan mata tu hanya diri sendiri dapat merasainya kan. Beruntung ada rezeki dapat jejak kesana.
ردحذفBetul Fizah, selama ni dengar je orang cerita, bila dah depan mata sendiri, baru tau macam mana perasaan tu..
حذفDah Rawlins pula terasa sebak baca penulisan Sis nie. Doakan Rawlins ada peluang ke sana jua.
ردحذفSis dah doakan dan sampaikan semua kiriman doa Rawlins tu.. moga Allah makbulkannya...
حذفbaca ni macam kita pulak yg mengalami suasana ni. Selamat pulang Sislin. Tak sabar nak baca entri2 seterusnya pasal trip umrah ni.
ردحذفTerima kasih Karni atas doakanya.. inshaallah nak kongsi lebih banyak cerita lagi...
حذفOhh wowo...congrats sis Lin for your achievement trip to Umrah, can't wait to read more of your trip from your next sharing. Cheers Siennylovesdrawing
ردحذفAlhamdulilah, thanks Sienny..
حذفAlhamdulillahhh... bestnya kat sana eh.. Fokus ibadah.. Fokus nak berbuat baik je kt sana.. Kan... One day saya nak pergi sana jugak
ردحذفYaaa Nona, kat sana memang tak ingat apa dah, kosong jiwa, fokus pada ibadah aja...
حذفsubhanallah, seronoknya dapat pergi umrah. in shaa Allah satu hari nanti saya nak jejakkan kaki ke sana jugak, bersama keluarga :)
ردحذفInshaalah, ada rezeki pasti akan sampai Aerill..
حذفseronoknya sis lin.. doakan kita pulak ya.. moga berkesempatan menjejaki kaki ke sana
ردحذفSis sentiasa doakan semua.. moga satu hari semua pembaca Sis akan jejak kaki di bumi Haramain...aamiinnn
حذفRasa seronok dan best pulak bila baca sharing ni kan! Suke tengok rakan2 buat ibadah kat sana! Mau Umrah ataupun Haji.. banyak sharing menarik bila mereka jadi insan terpilih untuk menunaikan ibadah kat sana..
ردحذفBetul Nel.. bila sendiri dah alaminya, baru tau apa itu rindunya Haramain huhuhu...
حذفbetul tu..sebelum sampai mcm konon nak ambil gambar, nak ambil video. Tapi hanya Allah yang tahu rasa itu. Kaki menggigil macam bermimpi betul ke yang aku pandang ni kaabah. Allahhhhh..rindunya rasa itu. Rasa yang tak boleh dibeli
ردحذفKann Ammi, padahal handphone kat tangan ni, tapi bila nampak kaabah, hilang semua.. tumpu pada nak datang dekat padanya jerr huhuhu
حذفThanks for sharing your experience, it was amazing and somehow you get the inner peace.
ردحذفYaaa Kelly, sampai harini i macam tak percaya i sudah sampai Mekah..
حذف