APA PERASAAN AKU PERTAMA KALI NAMPAK KAABAH?

Sis Lin
28
APA PERASAAN AKU PERTAMA KALI NAMPAK KAABAH? | RAMAI yang bila bertanya khabar Sis dan mendengar pengalaman Sis ketika menunaikan Umrah, rata-rata mereka akan tanya soalan ini 'apa perasaan kau pertama kali nampak kaabah?'... Soalan begitu memang sukar Sis nak jawab mulanya.. 

Kalau di tanya melalui penulisan, Sis mampu menulis Subhanaallah, allahuakbar, alhamdulilah, masyaallah.. tapi jika di tanya berdepan face to face, hanya airmata yang boleh Sis gambarkan perasaan tu..sukar nak gambarkan perasaan itu. Bayangkan selalu kita hanya nampak kaabah melihat tunduk di sejadah, tonton di tv, membaca pengalaman orang, tapi tiba-tiba Kaabah tu (kiblat) kita ada depan mata, korang tau tak perasaan itu macam mana? Huhuhu.. 

Mulanya ingat masa sampai aja menuruni escalator sebelum ke dataran kaabah, ingat nak rakamlah video untuk kali pertamanya melihat kaabah, tapi....... di sebabkan seakan tak percaya dan dengan menangisnya teresak-esak, handphone tu tak mampu nak Sis tekan dan hanya tumpu pada perjalanan Sis menuju dekat ke kaabah, allahuakbar... 

Yang dah merasa pengalaman itu pasti tau macam mana perasaannya.. Sis sebelum ni pun, kalau dengar orang bercerita, macam ye tak ye jerrr, tapi bila dah melaluinya sendiri.. baru tau perasaan itu.. perasaan itulah yang memanggil-manggil untuk Sis ke sana lagi dan lagi... aku rindu Haramain ..

Apa Perasaan Aku Pertama Kali Nampak Kaabah?

Sepanjang di sana, setiap kali Sis dapat solat depan kaabah,, memang akan ada satu perasaan yang lain kalau solat, tak tau laaa, itu perasaan Sis la.. yaaa laaaa selama ini, kita solat memandang tunduk ke bawah (kiblat) kita, tapi bila dah di sana, korang bayangkan kaabah (kiblat) kau tu depan mata, so korang nak tunduk ke nak pandang depan?.. Sis memang sekejap-sekejap pandang depan.. tak hanya tunduk aja.. tapi tu laa, tiap kali pandang depan, mesti Sis nak menangis huhuhu.. 

tidak ada larangan daripada melihat ke hadapan (kaabah) ketika solat. Yang dilarang ialah mendongak ke atas, sebagaimana sabit dalam hadis sahih. Tetapi, jika sekiranya memandang ke hadapan menyebabkan terganggu kekhusyukan maka lebih baik menundukkan pandangan ke bawah, apatah lagi dalam suasana masjidil haram yang dipenuhi dengan ribuan manusia lalu lalang di hadapan anda solat.

Betul... jika takut hilang tumpuan, eloklah pandang dan tunduk aje  kebawah, cuma Sis memang sesekali memandang ke depan.. rugi rasanya kalau Sis tidak berbuat begitu.. Kaabah adalah kiblat utama umat Islam, cukup dengan hanya memandang Kaabah sahaja pun sudah diberikan pahala yang besar oleh Allah swt. Sebab itu, adalah digalakkan bagi jemaah baik yang mengerjakan haji mahupun umrah, jika sudah tiba ditanah suci, rebutlah peluang untuk meraih pahala melihat Kaabah.

Apa Perasaan Aku Pertama Kali Nampak Kaabah?

Memang masa buat umrah pertama tu, Sis tidak banyak merakamkan gambar dan video, sebab fokus pada ibadah umrah tu, ye laa pestime kan, kena fokus betul nak buat tu, tapi bila Sis buat Umrah kedua, dan di berikan ruang walau masa tu jemaah dah mula ramai, masa tu laa, Sis amik video dan amik gambar, alhamdulilah dapatlah buat kenangan.. 

Apa-apa pun Sis bersyukurlah, Sis pergi awal sedikit ketika jemaah masih belum lagi ramai, dan keadaan masih selesa nak solat dan tawaf. Dan 3 hari sebelum nak balik, jemaah mula ramai masuk Mekah, time solat Subuh dan solat Jumaat, dah macam musim haji gayanya.. subhanallah... meriah sangat... 

Hingga ke harini, masih lagi rindukan bumi Haramain.. bila tengok gambar-gambar di sana dan video-video yang Sis rakam, memang sayu hati.. rasa macam tak percaya yang Sis dah sampai sana.. aturan Allah, tak siapa yang tau.. lain yang Sis dan Suami rancang, lain yang Allah atur, syukur alhamdulilah semuanya di permudahkan.. 

Ya Allah, jemputlah aku ke sana lagi Ya Allah 😭


P/S: Moga Allah makbulkan doa aku nak pergi bersama Suami dan anak-anak, juga doa-doa kalian semua.. aamiinn.. 
Tags

Post a Comment

28Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Wow. Kamu melawat di Santa. Saya dengar dari kawan2 saya, mereka kata in Kali pertama, perasaan berlainan apabila mereka dekat in .. so misteri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Selina, alhamdulilah.. rezeki tanpa di sangka-sangka...

      Delete
  2. Suka baca pengalaman oranf..semoga SA juga di jemput kesana nanti...amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah SA, one day pasti akan ada rezekinya tu...

      Delete
  3. speehless ye kak.... tak terkata macamne, macam tak percaya pun iya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Dana, tak tau nak kata macam mana, memang tiap kali masuk dataran tu, lain macam perasaannya...

      Delete
  4. seronoknya kan dah jadi tetamu Nya.Moga lepas ni dapatlah sis kesana lagi dengsn family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersyukur Eda.. ada rezeki nak juga lagi ke sana lagi.. aamiinn..

      Delete
  5. Alhamdulillah..saya yang baca buat sebak rasa nak ikut nangis sekali. Perasaan dapat tengok depan mata tu hanya diri sendiri dapat merasainya kan. Beruntung ada rezeki dapat jejak kesana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fizah, selama ni dengar je orang cerita, bila dah depan mata sendiri, baru tau macam mana perasaan tu..

      Delete
  6. Dah Rawlins pula terasa sebak baca penulisan Sis nie. Doakan Rawlins ada peluang ke sana jua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis dah doakan dan sampaikan semua kiriman doa Rawlins tu.. moga Allah makbulkannya...

      Delete
  7. baca ni macam kita pulak yg mengalami suasana ni. Selamat pulang Sislin. Tak sabar nak baca entri2 seterusnya pasal trip umrah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Karni atas doakanya.. inshaallah nak kongsi lebih banyak cerita lagi...

      Delete
  8. Ohh wowo...congrats sis Lin for your achievement trip to Umrah, can't wait to read more of your trip from your next sharing. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillahhh... bestnya kat sana eh.. Fokus ibadah.. Fokus nak berbuat baik je kt sana.. Kan... One day saya nak pergi sana jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Nona, kat sana memang tak ingat apa dah, kosong jiwa, fokus pada ibadah aja...

      Delete
  10. subhanallah, seronoknya dapat pergi umrah. in shaa Allah satu hari nanti saya nak jejakkan kaki ke sana jugak, bersama keluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaalah, ada rezeki pasti akan sampai Aerill..

      Delete
  11. seronoknya sis lin.. doakan kita pulak ya.. moga berkesempatan menjejaki kaki ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis sentiasa doakan semua.. moga satu hari semua pembaca Sis akan jejak kaki di bumi Haramain...aamiinnn

      Delete
  12. Rasa seronok dan best pulak bila baca sharing ni kan! Suke tengok rakan2 buat ibadah kat sana! Mau Umrah ataupun Haji.. banyak sharing menarik bila mereka jadi insan terpilih untuk menunaikan ibadah kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nel.. bila sendiri dah alaminya, baru tau apa itu rindunya Haramain huhuhu...

      Delete
  13. betul tu..sebelum sampai mcm konon nak ambil gambar, nak ambil video. Tapi hanya Allah yang tahu rasa itu. Kaki menggigil macam bermimpi betul ke yang aku pandang ni kaabah. Allahhhhh..rindunya rasa itu. Rasa yang tak boleh dibeli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Ammi, padahal handphone kat tangan ni, tapi bila nampak kaabah, hilang semua.. tumpu pada nak datang dekat padanya jerr huhuhu

      Delete
  14. Thanks for sharing your experience, it was amazing and somehow you get the inner peace.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Kelly, sampai harini i macam tak percaya i sudah sampai Mekah..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!