BUFFET RAMADAN DINNER AMANSARI RESIDENCE RESORT SERI ALAM | ALHAMDULILAH akhirnya dapat juga Sis luangkan masa untuk hadir ke malam media preview buffet ramadan di Amansari Residence Resort di Bandar Seri Alam ni. Kalau dari rumah Sis, tak sampai pun lima belas minit, memang dekat aja.
Dari sebelum pergi Umrah, hingga dah balik Malaysia pun, memang banyak jemputan yang Sis cancel sebab nak berehat dulu, dan ini adalah majlis pertama yang Sis hadir. Macam tahun lepas juga, buffet ramadan dinner di Amansari ni, mereka buat di dewan besar mereka di luar perkarangan hotel tu. Cuma kali ni nampak lebih meriah sekali yaa dari tahun sebelumnya.
#BuffetRamadan Dinner Amansari Residence Resort tahun ini bertemakan Citarasa Ramadan, dengan Menyajikan lebih dari 150 aneka juadah aneka pilihan. Dan untuk tahun ni, highlight menu yang MESTI korang cuba ‘Sup Gearbox’ mereka!! Punyalah besar giler sampai penuh semangkuk weii! Puashati dengan rasanya! Tambah sambal kicap, pergh mantap!!.
Bila dah kata menu Sup Gearbox tu jadi menu pilihan utama, memang Sis tak lepaskan peluang, hampir 3 mangkuk Sis makan tanpa menambah menu-menu lain, paling tak pun hanya rasa-rasa aje, tapi malam tu memang perut kenyang makan Sup Gearbox hahahaha..
Lagi satu, korang jangan lupa merasai bubur lambuk daging dia, perghh mantop betul rasa dia, walau ada rasa masin sikit malam tu, tapi dua mangkuk Sis makan hahahaha..
Bukan setakat menu Sup Gearbox aja yang ada, menu-menu lain pun banyak juga, dan ianya lebih kepada menu-menu kampung masakan Mak-Mak kita jer tu. Antaranya Lala masak lemak cili api, udang butter, sotong ring goreng tepung, ayam goreng berempah, pajeri nanas, asam pedas tetel, juga masakan kawah seperti gulai kawah daging, gulai kawah ayam kerutuk, gulai kawah kambing, gulai kawah paru juga gulai kawah kepala ikan.
Mereka juga ada live station seperti kambing golek, aneka ikan bakar, satay, murtabak dan roti john, juga ada masakan panas seperti kue tiaw goreng, laksa johor juga masakan pasta. Lain-lain tentunya laa aneka minuman dan juga pencuci mulut beserta buah-buahan.
Dan semestinya laa pilihan Sis, laksa johor ituu, tiap tahun sentiasa rasanya sedap bagi tekak Sis. Tekak korang nak rasa kenalah datang yaa..
Lebih banyak gambar, si klik Facebook Page Sis di atas ya, atau klik SINI
Jujurnya Sis nak bagitau, dekorasi dan suasana dalam dewan tahun ni, lebih tersusun dan lebih nampak 'lapang' dan tenang nak makan, jika sebelum ni, Sis sendiri rasa macam sesak dan agak sempit juga celaru, ternyata tahun ni ada pembaharuan dan Sis rasa tetamu semua pun suka akan suasananya. Siap ada persembahan live Busker lagi okay tahun ni.
So korang apalagi, masih belum terlambat, kalau masih mencari-cari tempat nak bawa family, kengkawan makan buffet ramadan dinner tahun ni, boleh laa booking pembelian early bird sekarang ya. Details ada di bawah ni.
Surau juga ada disediakan, selesa dan ada tersedia sejadah. Telekung bawa sendiri ya..
Grand Ballroom Amansari Residence Resort
Jalan Persiaran Seri Alam
Bandar Seri Alam
81750 Masai Johor
𝐁𝐔𝐅𝐅𝐄𝐓 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐒𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐄𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐑𝐄𝐒𝐎𝐑𝐓 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
Bermula 6 April - 1 May 2022
RM128 dewasa / RM64 kanak-kanak
Early Bird Promotion:
Bermula 4 Mac - 10 April 2022
RM90 dewasa / RM45 kanak-kanak
Pemegang Maybank & Standard Chartered Malaysian credit and debit, layak mendapat 20% discount. (Discount not included with EARLY-BIRD price)
Untuk tempahan: 𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐚.𝐦𝐞/𝟔𝟎𝟏𝟐𝟕𝟔𝟒𝟕𝟒𝟖𝟖 𝐨𝐫 𝐜𝐚𝐥𝐥 𝐚𝐭 +𝟔𝟎𝟕-𝟑𝟖𝟏𝟕𝟎𝟕𝟎
P/S: Kalau Suami memang suka di sini, sebab menu-menu dia tu haa.. macam 'balik kampung' gitu....
amboi amboi cepat sungguh dia dah gi bufet ramadhan hehehe...
ReplyDeleteok nak cari buffet kat KL juga la :D
Tahun ni sikit je aku pi Ret, kalau tak muntah hijo nak hapdet ko hahahaha.. tengok gambar je dah kenyang...
DeleteAkak ko saje kan letak gambar udang tu besar. Nakal! Sedap betul butter prawn tu!!!
ReplyDeleteHahahaha mestilah nak letak gambar yang sedap dan cantik menawan, supaya ko datang JB nanti makan sini hehehe
DeleteDiletaknya gambar kambing bakar dan sup ekor semangkuk penuh - memang menyebabkan air liur meleleh Sis oii
ReplyDeleteHahahaha sup gearbos tu sedap gilerr, sampai bermangkuk-mangkuk Sis ko balunn Rawlins..
DeleteWoah!!!!!!!! Is the second picture butter prawn? Looks yummy lol. Thank you for sharing.
ReplyDeleteYaaa Fadima, sedap dan mengiurkan kan hahahaha
Deletenampak sedap dan sangat menarik. Dekat dengan tempat saya ni AMANSARI RESIDENCE RESORT SERI ALAM
ReplyDeleteYaaa nanti turun Johor, marilah ke sini makan buffet ya Tuan...
Deletefirst gambar.. gambar kambing dah mengancam sangat tu hahahaha... kalau ke johor bolehlah pergi buffet ramadhan kat sini
ReplyDeleteBoleh Ayu, kalau datang Johor roger-rogfer, boleh kita makan sesama nanti..
DeleteMenarik sungguh udang butter dia tu. Terliur tengok. Tiba tiba perut terasa lapar
ReplyDeleteSangat, bukan pada rupa dan gambar aja, tapi memang sedap Marina..
DeleteLala! I suka makan lala Ramadan 😁
ReplyDeleteSama laa dengan i.. lagi you suka makan apa, pendek sangat you komen tu hahahahaha
Deleteok, letak dalam note, paling wajib cuba nanti kalau berbuka kat sini adalah Sup Gearbox.
ReplyDeleteYess.. datang Johor roger-roger tau...
DeleteThis place seriously serves up an amazing and beautiful ramadan spread! the kambing golek looks unbelievably delicious and i just cannot wait to make a trip there and dig into it!
ReplyDeleteYaa Grace, when you come to Johor this ramadan, go and enjoy the buffet ramadan.. semua sedap-sedap..
DeleteMenarik ye buffet spread kat sini, terliur tengok siap ada Ikan Bakar station, pergh confirm puas hati kan, harga pun not bad juga tue!
ReplyDeleteSangat Nel, dewan besar dia dah macam kenduri kawin, luar dalam penuh dengan makanan hehehehe
DeleteWah Citarasa Ramadan kali ni menyajikan lebih daripada 150 aneka juadah aneka pilihan eh. Bestnya. Terliurlah tengok Butter Prawn tu Sis Lin. Irresistable sangat. Siap ada stesen ikan bakar yang best tu! Boleh makan straight lepas dibakar. Gulai kawah ayam kerutuk pun dah menggamit-gamit diri ini untuk book early bird dah ni. Yummeh!
ReplyDeleteMenu tu yang ramai amik dulu Maz, semua kata sedap.. yang bakar-bakar tu Sis tak sempat nak mencuba sebab kenyang makan sup gearbox dia hahaha
Delete