BUFFET RAMADAN DINNER HOLIDAY INN JOHOR BAHRU CITY CENTRE | BERTEMAKAN Citarasa Warisan, buffet ramadan di Holiday Inn Johor Bahru City Centre (JBCC) tahun ini menyajikan lebih dari 150 menu dari pelbagai jenis hidangan dan citarasa sepanjang ramadan nanti. Ada yang dah pernah pergi ke sebelum ni?.
Ramai juga kadang tertanya-tanya, di mana Holiday Inn JBCC ni, sebab rata-rata konfius sebenarnya tempat dan paling blur tang nak parkingnya tu. Yaa Holiday Inn JBCC ni terletak di bangunan yang sama antara JBCC & City Square shopping mall tu haa..
Bagi Sis nak mudah parking di ruang legar parking Holiday Inn tu sendiri, iaitu di tingkat 7, kalau korang masuk dari JBCC, korang follow aje signboard petunjuk arah naik ke Holiday Inn JBCC tu, mudah dan senang, tempat parkingnya pun luas. Nak parking di bawah kemudian naik lift pun boleh, cuma parkingnya terhad sikit.
Kalau tahun lepas, Sis tak sempat nak menjamu buffet ramadan di sini, kita masih dalam PKP berjaga-jaga... so tahun ini, kita kasi all-out habis okay, tapi patuh dengan SOP seperti biasa. Dan seperti biasa juga, menu yang menjadi tumpuan atau 'signature favourite' semua orang ke sini, tak lain tak bukan Kambing Golek Warisan mereka.
Istimewanya adalah kambingnya di perap dengan 33 jenis ramuan herba, dan rasanya menang sangat berbeza lain dari yang lain. Juga Aneka Sup Tanjung, Asam Pedas Ekor, Bubur Lambuk Ayam, Ketam Bakar Percik, Murtabak, aneka Mee Goreng, Kuih-muih tradisional, buah-buahan dan juga pencuci mulut.
[Baca Juga] : Penginapan Dua Hari Satu Malam di Holiday Inn JBCC
Bukan itu saja, ada juga warung masakan panas yang boleh korang cuba, antaranya Murtabak, roti john, aneka sup, bbq seafood, ayam, daging dan juga satay. Ada juga kaunter aneka pasta, dan juga aneka mee termasuk Laksa Johor.
Bubur lambuk ayam dan daging, juga pelbagai jenis menu goreng-gorengan yang sedia ada termasuk juga warung kecil seorang perempuan duduk membuat Vietnamese Roll dan juga pelbagai sambal.. mula kann, mati-mati ingatkan patung, rupanya orang hahahahaha.. sabo je laa..
Sambil-sambil korang makan, korang juga di sajikan dengan live busker dari ... (lupa pulak nak tanya dari mana), tapi okaylah merdu suaranya, cuma, muziknya tu agak kuat beno, sampai nak borak terjerit-jerit anak tekak i okay hahahaha.. kasi slow sikit bagus.
Tapi kan ni nak bagitau satu ni.. korang jangan lupa mencuba Serawa Durian dia, perghh tangkap lentok mantul gilerr.. sedap bak hang oiii.. mulanya Suami yang amik makan, asyiklah dia kata sedap-sedap, sekali Sis cuba, ternyata benar sama sekali, sedap gilerr.. begitu juga dengan Gulai Kambing dia, Sis perhatikan dua kali tambah pinggan Suami i yaaa hahahaha..
Untuk lihat lebih banyak gambar, korang bolehlah ke facebook pages Sis ya.. atau korang klik SINI .. Kemudahan surau juga di sediakan, tapi korang kena bawa telekung dan sejadah sendiri okay. Surau di tingkat 9.
𝐒𝐞𝐥𝐞𝐫𝐚 𝗪𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐟𝐟𝐞𝐭 𝐃𝐢𝐧𝐧𝐞𝐫
@ Holiday Inn JBCC
Tempat : Dine @EIGHT, Level 8
Bermula : 7 April - 1 Mei 2022
Dari Jam : 6.30pm - 10.00pm
Harga Biasa :
RM158.00nett Dewasa (Beli 5 + 1 PERCUMA)
RM128.00nett untuk Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM78.00nett Kanak-kanak (4 - 12 tahun)
Harga 𝐄𝐀𝐑𝐋𝐘 𝐁𝐈𝐑𝐃 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋
Bermula : 15 Mac - 6 April
Harga : 𝐑𝐌𝟏𝟐𝟖𝐧𝐞𝐭𝐭 se-orang.
Untuk tempahan dan pertanyaan:
No. Tel: 07-2078888 extn. 1165
WhatsApp: 011-51122168
P/S: Geng Bas Sekolah Sis kemain suka kalau makan lunch di sini, katanya sedap dan berbaloi dengan harga..
uihhhh lauk2 dan dessert diaaaa..sedapp tengoknya
ردحذفKann desert dia semua sedap Zaza...
حذفya Allah.. takleh kalau tak goda org ek
ردحذفHahahahaha silalah tergoda, nanti ramadan mai lerr sini makann
حذفPC tetap tertarik dengan dissert la kak.. Hihi.
ردحذفKannn, serawa durian dia sedap PC ...
حذفwahh semua sedap sedap :D
ردحذفYaaa semua sedap-sedap, tekak Sis laa, nak kena cuba kalau nak tau ni Momi hehehe
حذفNasib jauh Sis oiii. Kalau tak, aku rasa mau #GengPeponds mai serang sekali dengan Si kelak. Hehe
ردحذفHahahaha alaa sesekali mai lerr turun JB , kita buka sesama yokkkk
حذفKalau Buffet Ramadan confirm tuju Kambing golek dulu.. hehe
ردحذفKannn, tahun ni Sis tak berapa excited kambing, suka cari masakan kampung DB ...
حذف