BUFFET RAMADAN DINNER WESTIN DESARU COAST RESORT

Sis Lin
18
BUFFET RAMADAN DINNER WESTIN DESARU COAST RESORT | DENGAN bertemakan 'Gandingan Citarasa' air tangan Chef Adu, tahun ni Westin Desaru Coast Resort berkobolarasi bersama Chef Adu Amran dengan kerjasama Executive Chef Adrian Jackson, akan menyediakan lebih dari 150 hidangan berbuka puasa untuk tahun ini.

Siapa aje yang tak mengenali Chef Adu Amran, selebriti juri Masterchef terkemuka ini kan, memang biasa kita lihat hanya dalam rancangan tv ajer beliau memberi komen kepada peserta-peserta masakan, tapi ini kali, bila dapat mencuba dan merasai sendiri airtangan Chef Adu tu sendiri, Sis sendiri lepas makan terdiam dan 'No Komen' lerr.. sebab semuanya sedap-sedap oii.. 

Bagi korang yang dah pernah cuba makan di kedai makannya Chef ADU Sugar Restaurant tu, mungkin lebih tau keenakkan masakannya kan..memang puashati rasanya. Dan untuk ramadan tahun ni, kalau korang nak mencuba masakan airtangan Chef Adu, korang bolehlah datang ke #BuffetRamadan Westin Desaru Coast Resort ni okay. 

Buffet Ramadan Dinner Westin Desaru Coast Resort

Buffet Ramadan Dinner Westin Desaru Coast Resort

Buffet Ramadan Dinner Westin Desaru Coast Resort

Sis baru tahu Chef Adu ni orang Johor dan berasal dari Kluang Johor, patutlah kan beliau lebih arif dan teror bab masakan orang Johor ni, dan hidangan untuk buffet ramadan kali ni pun lebih kepada hidangan orang Johor. Sebab tu laa, mata Sis memang tertumpu dengan Laksa Johor dan juga Pecel Jawa dia tu hehehehe.. 


Antara menu yang menjadi tumpuan dan mesti korang cuba adalah; Laksa Johor, Mee Bandung Maharani, Nasi Minyak Pengantin (barsama lauk-pauk), Asam Pedas Ikan Mayong, Pecel Jawa dan juga pelbagai manisan dan juga kuih-muih tradisonal 

Buffet Ramadan Dinner Westin Desaru Coast Resort

Buffet Ramadan Dinner Westin Desaru Coast Resort

Buffet Ramadan Dinner Westin Desaru Coast Resort

Jarang-jarang kan dalam buffet ramadan orang sediakan Asam Pedas Ikan Mayong, haaa tapi di Westin ni ada, rasa dia sama macam Mak-Mak kita masak di kampung, kalau dapat tang kepala mayong tu, perghh memang Sis ceduk dulu hahahaha..


Bukan tu aja, ada juga masakan dan hidangan-hidangan lain seperti; Aneka Roti. Aneka Pembuka Selera, Salad, Ulam-ulaman Desa, Sambal-sambal Tumbuk, Aneka Jeruk, berjenis-jenis keropok, Sup dan Bubur, Hidangan Barat, Aneka Hidangan Sate, Chinese Counter, Warisan Rempah dan Kari, Kambing golek Johor dan banyakkk lagi.. 

Buffet Ramadan Dinner Westin Desaru Coast Resort

Buffet Ramadan Dinner Westin Desaru Coast Resort

Cuba tengok pada dua manisan ni, haaa Johor sangat kannn, Sira Ubi tu siapa yang Mak-Mak dia biasa buat, tentu tau sedapnya macam mana kan? Yang tak biasa dan pestime tengok, nanti korang cuba, mesti akan jatuh cinta dengannya. Dan lagi satu tu Pengat Pisang, manis-manis buah aja kuahnya, Sis suka akan rasanya macamtu.. 

Dan jangan lupa mencuba Bubur Som-Som dia, punn nikmattt terasa di tekak, korang cubalah. Yang pasti, antara beratus menu yang tersedia, tekak Sis tetap juga suka akan Laksa Johor dan juga Pecel Jawo Chef Adu ni. Terima kasih juga pada Chef yang berkongsi resepinya pada Sis. Nanti ramadan nak cuba buat juga. 

Buffet Ramadan Dinner Westin Desaru Coast Resort


Untuk LIHAT LEBIH BANYAK GAMBAR korang boleh laa ke facebook page Sis di atas tu ya, atau korang boleh klik SINI aja.. 

Harini LAST DAY (31/3) untuk korang dapatkan harga EARLY BIRD hanya : 
RM120nett untuk Dewasa.

Harga Normal : 
RM148nett untuk Dewasa
RM74nett untuk Kanak-kanak

Bertempat : The Westin Desaru Coast Conference Centre
Buffet Ramadan bermula : 3 April hingga 2 May 2022. 
Dari jam 5.30pm hingga 9pm

Untuk tempahan dan pertanyaan : 
Call : +607 838 3333


P/S: Memang puashati kalau korang menginap di sini, dan amik pakej bersahur dan berbuka sekali, berbaloi-baloi dengan harganya... 

Post a Comment

18Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. uih!! memang puas hatilah hasil air tangan chef adu ni.serius macam nak bnerbuka puasa kat sini lagi nanti...teringat pecel, laksa johor dengan bubur sumsum tu..nikmat betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. Bubur Som-Som tu je lupa nak amik gambar makan, dah syokk nauu nikmati kesedapannya hahahaha

      Delete
  2. Aduhai... tak sabar nak tunggu dak mijan besar, dah boleh tinggalkan nanri, saya nak join semua review makan makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar, panjang lagi tu, tak lari hotel di kejar hahahahaha

      Delete
  3. mana gambar pecel jawa tuh? hehehhe iya semua makanan johor....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha cuba ko klik link Pecel Jawa Chef Adu tu Dana.. mesti akan jumpa Pecel Jawanya hahahahaha

      Delete
  4. Sedapnya tengok..Tu sotong kerabu ke? Meleleh haishh. Mkaanan semua nampak sedap, harag pun berpatutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nad, sotong kerabu, memang sedap.. dapatlah rasa meratah haritu..

      Delete
  5. Daku nampak bubur pisang, kan? Ehh dapnya bubur pisang makan berbuka puasa. Mana nak cari nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa bubur ataupun pengat orang kata.. sedap.. time berbuka memang selera ni makan..

      Delete
  6. Boleh lah travel sana lagi tuk cuba buffet Ramadan lak hehehe sis apa lagi cari peluang staycation ker ehhh wakakak.. Chef Adu masak mesti sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomm Maha, kalau ke Johor boleh singgah sini berbuka.. jangan lupa roger-roger..

      Delete
  7. lauk pauk dia semua nampak sedap2 ya.. meriahhh tgk. mmg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua sedap, kena selera tekak Sis ni Ayu.. rasanya semua orang akan sukakannya...

      Delete
  8. nampak sedap pulak buffet ramadhan di DESARU COAST RESORT. Cumanya dalam bulan ramadhan ni mcm x de plan pulak nak ke sana. Apapun, nice review.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, puashati kalau makan sini Farest.. banyak pilihan dan menu-menunya menepati selesa Melayu kita..

      Delete
  9. Wah.. Menu2 semua npk sedap dah lama tak pergi buffet diner

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Kak, makan sini semua mesti sedap.. banyak pilihan..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!