'CHERRY CUP' CAWAN HAID PERTAMA YANG BERKUALITI DI MALAYSIA | KORANG pernah ke guna alat lain untuk menampung atau serap darah haid korang selain dari pad? Kalau pengalaman Sis, sekali dulu laa pernah pakai tampon, tu pun pakai sebab beriye beno nak mandi kolam, tapi tampon jenis yang biasa terjual tu la.
Dan untuk 'Cherry Cup' ni, ianya adalah lebih kepada cawan atau cup untuk menampung darah haid kita. Ada bezanya Cherry Cup ni dengan pad atau tampon. Ni pun Sis baru pertama kali tawu gak alat ni haa.. haritu dah cuba gak guna, okay laa rasa selesa juga pakainya. Tapi korang kena berani laa nak gunakannya, kalau takut, tak payah hahaha..
Sis kongsi buat mereka yang nak mencubanya dan rasa ianya memerlukan.. Sebelum guna, baca dan fahamkan betul-betul ya..
Apa itu Cawan Haid?
Cawan haid adalah satu produk kebersihan wanita yang digunakan ketika dalam haid, ianya juga merupakan satu alternatif lain untuk membantu wanita ketika dalam haid, selain daripada penggunaan pad dan tampon. Ianya berbentuk seperti cawan kecil dan akan dimasukkan ke dalam faraj wanita, sesuai dengan fungsinya untuk mengumpul darah haid tersebut. Berbeza dengan pad atau tampon, kedua-dua fungsinya hanya menyerap darah tersebut.
Bagi korang yang tak pernah guna macam Sis ni, memang agak konpius gak macam mana nak gunapakainya hahaha.. seramm pun ado oii, tapi bila dah cuba, ermm okay selesa dan lebih mudah rasanya dari pad atau tampon tu.
Lagi-lagi kalau korang jenis yang haidnya heavy flow. Bagi yang heavy flow, sangat recommended untuk gunakan Cherry menstrual cup ni! Ianya hanya perlu dicuci setelah 10-12 jam penggunaan.
Cherry cup boleh menampung sehingga 25ml-40ml menstrual blood. Jika korang risau bocor, boleh cuci 2-3 kali sehari. Yang bagusnya korang boleh understand korang punya menstruation flow untuk beberapa kali cycle. Nanti korang dah dapat agak isipadu darah haid korang sendiri.
Manfaat, kelebihan dan kebaikannya Cawan Haid.
- Jimat, kos yang rendah dan secara tidak langsung menyumbang kepada pengurangan sisa
- pembuangan sampah
- Tiada bau yang tidak menyenangkan
- Tidak akan menjejaskan keseimbangan pH faraj.
- Sangat selesa
- Boleh melakukan semua aktiviti lasak tanpa perlu risau tentang haid. termasuk berenang!
Jika korang biasa guna tampon atau pad, pada penggunaannya, para wanita perlu sering menukarkan pad dan tampon paling kurang setiap 4 jam sekali bagi normal period. Adapun jika mereka mengalami heavy period, sudah tentu memerlukan kadar penukaran yang kerap lebih daripada kebiasaan.
Jimat duit dan Masa
Kekadang tu 5 keping pad pun tidak akan cukup! Tapi cawan haid ini akan digunakan seumur hidup. Penggunaan cawan haid bagi wanita yang hanya memerlukan kos yang rendah sangat efektif bagi wanita. Lebih-lebih lagi wanita zaman kini yang berkarier dan aktif.
Secara praktikalnya, 1 cawan haid boleh digunakan selama 12 jam pada waktu normal period tanpa perlu menukar. Wanita hanya perlu menukar jika mereka dalam heavy period dikhuatiri ia akan melimpah keluar daripada cawan haid tersebut.
Hanya perlu keluarkan cawan haid , buang darah haid tersebut, basuh cawan haid dan masukkan semula ke dalam vagina. Sangat mudah! Wanita tidak perlu bawa pad lebih lagi dalam handbag mereka waktu keluar ke mana-mana.
1 cawan haid boleh digunakan secara berulang-ulang dengan selamat jika dijaga dengan rapi. Dan secara automatiknya kita juga dapat menjaga alam kita daripada sisa buangan sampah kita.
Cara guna Cawan haid
1) Pertama: Sebelum menggunakan cawan haid ini, kita perlulah menstrilkan dahulu cawan haid tersebut.
Bagaimana?
- Masukkan cawan haid tersebut ke dalam air panas sehingga 3-5 minit.
- Keluarkan dan biarkan cawan haid tersebut sejuk terlebih dahulu sebelum memasukkannya ke dalam faraj.
2) Cuci tangan
3) Lakukan posisi duduk yang sesuai untuk memudahkan proses memasukkan cawan haid ke dalam faraj.
4) Lipat cawan haid mengikut kesesuaian dan keselesaan korang. Boleh rujuk pada gambar cara lipatan cawan haid yang telah dilampirkan)
5) Masukkan cawan haid yang telah dilipat tadi ke dalam faraj.
6) Kemudian pusingkan cawan haid sehingga anda yakin sudah selesa dan ia fully open di dalam faraj anda.
7) Jangan lupa cuci semula tangan korang setelah selesai memasukkan cawan haid.
UTAMAKAN KEBERSIHAN!
Belum berkahwin. Boleh ke gunakan cawan haid ini?
Menstrual cup juga sesuai untuk anak dara. Walau bagaimanapun, young teens & virgins mungkin perlu practice a bit more waktu mula-mula sebab mereka biasanya tidak biasa dengan anatomi mereka.
Keperawanan/dara bukan penghalang, tetapi disebabkan oleh otot vagina anak dara lebih ketat akan buatkan proses memasukkan menstrual cup boleh jadi mencabar buat mereka, sehingga badan mereka sendiri adapt dengan menstrual cup itu.
Saiz Cherry Cup?
Cherry cup ada 3 saiz. Yang macam Sis pakai ni saiz 2. Sesuailah untuk Sis yang dah berumur dan beranak tiga ni haa.. Pilihan saiz pula bergantung kepada umur, status wanita (sama ada sudah berkahwin atau belum/ pernah melahirkan anak – secara normal atau caesar) dan juga saiz vagina wanita.
Kenapa korang mesti memilih Cherry Cup?
(KEISTIMEWAAN CHERRY CUP)
Mereka bersama-sama dengan team daripada Amerika Syarikat membuat research, design dan penambahbaikan cherry cup dari semasa ke semasa.
• Material yang digunakan adalah original dan highest quality of 100% medical grade silicone. 100% selamat digunakan. Cost yang mahal disebabkan Quality material (QUALITY YANG TERJAMIN)
• Made in USA : standard keselamatan yg tinggi, tanpa bahan pengawet atau pewarna, apatah lagi pewarna tiruan.
• Standard size. Sesuai untuk kegunaan wanita Asia. Ada 3 saiz dengan harga yang mampu beli
• FDA Registered
• Team Cherry cup akan guide wanita di luar sana daripada awal hingga akhir
Cara simpan Cherry cup setelah habis period:
1) Disinfectkan terlebih dahulu menstrual cup
- Hanya perlu bersihkan cup korang dan masukkan dalam 1 bekas air yang mendidih selama lebih kurang 3-5 minit. Atau rendam dalam cold water yang telah diletakkan Milton Sterilising Tablets selama 15 minit. Rationya, 1 tablet 100 ml cold water. Siap disinfect!
2) Setelah disinfect, keringkan dan simpankan untuk digunakan pada bulan depan.
- Pembelian Cherry cup akan didatangkan dengan 1 Cherry beg yang material diperbuat daripada bahan yang bersih dan memberikan pengudaraan yang baik. Simpan menstrual cup korang dalam Cherry bag tersebut. Jangan simpan di dalam bekas yang kedap udara, kerana ia memerlukan pengudaraan.
FAQ : Kenapa saya pakai jadi leaking?
Menstrual perlu dimasukkan dan diletakkan dengan betul di dalam vagina (fully open). Kemungkinan besar leaking terjadi disebabkan oleh menstrual cup tidak fully open. Penyelesainnya, boleh picit sedikit di bahagian bawah menstrual cup, kemudian pusingkan 360 ̊. Pusingkan beberapa kali.
Nanti boleh cuba rasa sama ada cup sudah terbuka sepenuhnya atau belum. Untuk memastikan cup sudah fully open atau belum, boleh cuba rasa/sentuh bahagian tengah cup. Jika tiada lekukan di sekeliling cup & smooth bentuk bulatannya, bermakna menstrual cup tersebut telah fully open di dalam vagina.
So korang jangan risau, ianya selamat dan lebih selesa, cuba dulu baru rasainnya dong.. Tapi paling penting, amalkan kebersihan yaa..
Untuk korang dapatkannya, korang boleh beli di Shopee: https://shopee.com.my/thecherrycup atau ke laman website mereka seperti di bawah ;
Website : https://www.thecherrycup.com
Facebook : https://www.facebook.com/cherrycup.my
Instagram : https://instagram.com/cherrycup_official
P/S: Makin hari makin memudahkan semuanya kan...
macammenarik bab jimat tu tapi macam seram la pulak..hahahaha
ردحذفKannn jimat tu satu hal, rasa lebih selamat.. lagi kalau hais banyak..
حذفMenarik gak ye bab penjimatan tu. Boleh Rawlins cadangkan pada my sisters nie. Yang penting guna cup ini ada kebersihan ketika mencuci dan penjagaannya.
ردحذفBoleh rekemen kat adik kakak Rawlins, memang sangat selesa, jangan takut, mudah pakai dan selamat..
حذفwow this is such an interesting product! i have personally never tried this method but now i am quite intrigued and curious hehehe
ردحذفYup Grace, you must try, once you try, memang selesa...
حذفI pernah baca review tentang cherry cup ni tapi setakat ni belum try lagi. Macam elok juga boleh jimat duit beli pads.
ردحذفYa Kelly, now ramai gunakannya, sebab mudah nak cuci dan jimat pun ya..
حذفMenarik juga ye ada product macam ni sekarang.. to be honest bila baca ni, lebih jimat kan instead of beli banyak pad, ni reusable and nak maintain pun senang.. siap with product under same brand untuk maintain hygiene of the cup..
ردحذفYaa Nel, makin canggih tapi memudahkan...
حذفagak unik walaupun agak menakutkan hahahah.. suka sbab ianya lebih jimat..
ردحذفTengok memang ngeri, dah cuba, rasa selesa...
حذفBeraninya Sis Lin! I is takut. Hehehehe. Belum ada keberanian lagi nak cuba. Seriously, memang tabik spring la kat Sis Lin. Tini pernah baca regarding menstrual cup ni tapi tu lah, penakut. Bila tengok part jimat tu, menarik la pulak.
ردحذفMula takut gakk, banyak kali try, akhirnya berjaya dan selesa di situ hehehehe
حذفSelalu dengar pasal menstrual cup ni. Teringin nak try, tapi takut lagi haha
ردحذفNanti boleh cuba Zayani, jimat satu hal, senang cuci dan guna semula dan selesa juga..
حذفKita dah dok survey gak bendalah ni, dok masuk chart tapi bayar nya belum. Macam masih serammmmm nak cuba! Maybe satu hari nanti sebab kita suka tang jimat tuuu
ردحذفHehehe beli Nina, memang mudah jerr, nampak je susah, dah pakai selesa sangat...
حذفMemula memang seram nak pakai. Bila dah pakai, baru tahu bahawa darah tu tak sebanyak macam di pad. Tambahan bila basuh pad lg buat kuantiti darah seperti banyak. Hakikatnya ia sikit. Cherry Cup banyak membantu jaga hygene. Saya suka. ☺️
ردحذفYaa Ruby, tu sebab bila dah lama pakai, rasa selesa kan..
حذف