DOAKAN UMRAH PERTAMA AKU INI DIPERMUDAHKAN | YA ALLAH, syukur alhamdulilah, dengan izin dariNya dan restu dari Suami, Sis diberi peluang untuk menunaikan ibadah Umrah untuk kali pertama pada tahun ini dalam norma baharu. Alhamdulilah ...
Tak tau nak gambarkan bagaimana perasaannya. Alhamdulilah, semua persiapan sebelum berangkat Allah permudahkan. Dan ketika korang baca posting ni, mungkin Sis sudah berada di KLIA untuk menunggu berlepas dari Kuala Lumpur ke Madinah tengahari (jam 2pm) ini.
Korang doakan keselamatan, kesihatan dan kekuatan fizikal dan rohani Sis dan jemaah-jemaah lain juga ya. Inshaallah Sis akan doakan semua pembaca di sini diberikan rezeki dan diberi peluang juga untuk mejejakan kaki ke tanah suci Mekah, inshaallah... aamiinn..
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ“Lailaha illa Anta subhanaka inni kuntu minadhdhalimin” : ”
Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."
Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami. Bermula dari kami keluar dari rumah sehinggalah kami kembali ke sini. Janganlah kami terjebak dengan sebarang kesulitan yang menyukarkan kami untuk sampai ke rumah Mu. Jauhilah kami dari wabak merbahaya juga mala petaka atau bencana yang akan menimpa kami Ya Allah.
Ya Allah, Kau peliharalah keselamatan dan kesihatan ahli keluarga kami di Malaysia. Tenangkanlah hati mereka. Jangan Kau cetuskan rasa rindu kepada kami sepanjang kami menjadi tetamu Mu ya Allah. Kau hilangkan lah rasa rindu kami kepada mereka semasa kami berada di sana. Ya Allah, kami pergi ke rumah Mu semata mata untuk beramal ibadah kepada Mu. Janganlah Kau palingkan niat dan tujuan kami. Jangan Kau sukarkan perhubungan antara kami.
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَHamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.
Aaamiinn ya rabbal alaminn..
Cuti menulis dari : 2 Mac sehingga 13 Mac 2022
(jika diizinkan inshaallah update guna handphone)
Travel agent (Umrah Premier) : Attiq Travel
Bimbingan Mutawif/Mutawifah : Tuan Hj Shahrizal & Isteri Ummu Nurin
P/S: Bismillahi tawakkaltu alallahi la hawla wala quwwata illa billah ....
bismillah..semoga Allah permudahkan perjalanan dan urusan sis di sana .
ردحذفYa Allah kau makbulkanlah segala doa yang dipohon oleh hambaMu ini.
ردحذفSampaikan salam rindu kami buat Rasullullah dan sahabat2nya Sis Lin...
Semoga selamat semuanya
Semoga diberi keafiaatan dan dipermudahkan urusan Marlin Mohd Noor di sana, Amiiiinnn Ya Robb.
ردحذفalhamdulillah...semoga selamat pergi dan balik sis...insya'Allah dipermudahkan segalanya nanti...ameen
ردحذفsmoga dipermudahkan urusan ke tanah suci..selamat mengerjakan ibadah umrah
ردحذفsemoga dipermudahkan urusan sis hendaknya. moga diberikan kesihatan yang baik sepanjang umrah di sana.
ردحذفAamiin..aamiin..aamiin. Semoga dilancarkan urusan ibadah, pergi dan balik Sis dan jemaah yang lain.
ردحذفMoga dipermudahkan urusan ke Baitullah, dan mendapat umrah yang mabruru. In syaa Allah.
ردحذفAlhamdullilah.. semoga dimudahkan semua urusan Lin dan selamat pergi dan balik ya.. Aamiin Ya Rabb..
ردحذفSemoga selamat pergi dan balik sislin... tak sabarnya nak baca entri pasal pengalaman umrah musim covid ni.
ردحذفselamat menunaikan ibadah umrah Sis Lin semoga dipermudahkan segala urusan
ردحذفAlhamdulillah sis dapat berziarah ke sana. Semoga diberikan kesihatan yang baik sepanjang di sana. Take care sis Lin. Semoga selamat pergi dan pulang. ^^
ردحذفInsyaAllah... semuanya baik2... Rindunya!
ردحذفAlhamdulillah, tahniah Sis dapat jadi tetamu-Nya
ردحذفMoga beroleh umrah yg mabrur aamin
Mohon doakan kami beroleh lagi jemputan-Nya :)
Alhamdulillahhh.. Bestnya.. Moga Allah makbulkan segala doamu di sana sis Lin. Moga selamat perjalan pergi, keadaan sepanjang di sana dan moga selamat pulang ke Malaysia semula.... Stay safe ya
ردحذفAlhamdulillah..seronoknya bila tengok orang pergi umrah, semoga satu hari nanti dapat menjadi tetamu Nya.Moga sis selamat pergi dan balik dan dipermudahkan urusannya di Sana..Aamin
ردحذفAlhamdulillah...Semoga mendapat umrah yang mabrur dan segala urusan Allah permudahkan. Jaga diri dan selamat menunaikan ibadah umrah.
ردحذفAlhamdulillah inilah nama dia rezeki. Semoga menjalani ibadah umrah dengan baik dan selamat. Bestnyaa dalam pergi umrah
ردحذفSemoga selamat pergi dan balik ye sis..
ردحذفSemoga dipermudahkan urusan sislin dan mendapat umrah yg mabrur.. bestnya dpt melawat rumah allah
ردحذفSelamat menunaikan umrah. Semoga mendapat umarah yg mabrur. In Shaa Allah...
ردحذفAlhamdulllah
ردحذفSemoga dipermudahkan urusan di sana dan dianugerahi umrah yang mabrur
Aamiin
Alhamdulillah.semoga dipermudahkan sis lin. Selmat mengerjakan Umrah
ردحذفrinduuu sgt2 nk dtg sini lg.
doakan ye semoga Allah jemput dan mudahkan urusan rakyat2 malaysia ini
Rindunya nak ke sana.. semoga dipermudahkan segala urusan
ردحذفAlhamdulilah.. terima kasih semua yang mendoakan Sis.. moga Allah beri rezeki pada kalian semua untuk ke bumi Haramain... aamiinn..
ردحذف