KOLEKSI BERTEMAKAN DISNEY PERTAMA NAELOFAR : “THE LITTLE MERMAID” | MELAKAR satu lagi pencapaian dalam misi membantu memartabatkan para wanita untuk Go Far dengan bergaya, Naelofar secara rasminya melancarkan kolaborasi pertama dengan watak puteri Disney, The Little Mermaid di Pusat Membeli-Belah 1 Utama.
Mengetengahkan nilai keberanian, koleksi The Little Mermaid Disney X Naelofar membawa tema “Perjalanan untuk anda cipta” menjemput para peminat pakaian muslimah melihat keajaiban rekaan variasi produk yang diinspirasikan daripada watak Ariel.
Pengasas Naelofar, Noor Neelofa berkata, “Saya teruja untuk umumkan koleksi bersama Disney ini setelah berbulan lamanya kami rahsiakan persiapannya, kami suka akan watak Disney, Ariel yang tak lapuk dek zaman, kagum akan semangat dan ketabahannya dalam mengharungi perjalanan penemuan dirinya. Ariel adalah seorang wanita muda yang tabah dan penuh sifat ingin tahu, bersedia untuk mempertahankan pendiriannya, dan sikap ini dapat dilihat dalam ramai wanita dari pelbagai generasi.”
“Kami mahukan #NaelofarBabes mempunyai keberanian yang sama seperti Ariel. Kami mahukan setiap wanita memperkasakan perjalanan hijab mereka. Perjalanan untuk berhijab adalah berbeza bagi setiap wanita. Ada yang mula berhijab dengan mudah dan ada juga yang menghadapi cabaran semasa mula berhijab. Melalui Naelofar, kami ingin menyokong perjalanan ini dan membantu memperlihatkan keindahan mereka sebagai wanita muslimah”.
Mendapat inspirasi daripada filem Disney The Little Mermaid, Naelofar memberikan sentuhan unik mereka untuk memperincikan keajaiban dalam corak rekaan hijab The Little Mermaid Shawl dan Square yang boleh didapatkan pada harga RM119 sehelai.
Digubah daripada kelembutan alunan satin dalam 6 warna menarik, seleksi hijab ini membawa elemen utama seperti ekor duyung, tiara dan terumbu karang yang diinspirasikan daripada watak asli francais, Ariel yang ditonjolkan dalam keindahan pengulangan corak di dalam setiap rekaan koleksi.
Koleksi turut mengetengahkan rekaan Kaftan yang dijalin dengan elemen yang serupa dalam tiga warna berbeza dan dipasarkan pada harga RM199 sehelai. Sebagai pelengkap, hiasan logam tapak sulaiman rekaan eksklusif Disney X Naelofar diletakkan pada hijab dan juga hujung lengan kaftan.
Bagi melengkapkan penggayaan koleksi, The Little Mermaid Clear Tote Bag turut direka dan dijual pada harga RM149 sebuah untuk memenuhi keperluan penggayaan harian wanita. Diperbuat daripada PVC dan trim kulit vegan, bag membawa konsep terbuka dengan rekaan tembus lihat untuk mewakili air laut dalam kehidupan bawah laut Ariel.
Bagi menghidupkan koleksi ini, Naelofar turut mengadakan sebuah acara pelancaran unik dan eksperimental yang membawa para peminat ke dalam perjalanan Under The Sea dan The Beach, membangkitkan beberapa adegan yang paling diingati dalam pengembaraan Ariel.
Para pengunjung yang datang dapat mengalami sendiri pengembaraan bermula daripada terowong eksperiensial, dilengkapi dengan tayangan video untuk menunjukkan suasana di bawah laut. Para pengunjung juga dapat menikmati sesenduk aiskrim atau secawan kopi di bahagian The Beach, istimewa daripada Inside Scoop dan ZUS untuk setiap pembelian koleksi.
Untuk sentuhan unik peribadi, pengunjung boleh mendapatkan khidmat eksklusif Get Personal Naelofar sepanjang acara diadakan. Koleksi ini boleh didapati di semua cawangan rasmi Naelofar bermula 24 Februari 2022.
P/S: Jadilah dapat beli Tote Bag tu jer haaa.. gerammm, cantik sangat hehehehe..
Cantik corak koleksi disney. Senang kan family business ni semua adik beradik je.
ردحذفKannn, satu family buat bisness, satu kepala memag best.. pakai baju pun boleh tukar-tukar hehehehe
حذفCantik-cantik semuanya. Suka warna-warnanya.
ردحذفBelilah selai dua Non kalau berkenan hehehe
حذفMenarik!! Sis dah beli belommm😂 Tersedak saya tengok harganya... Hahahaha.. Tapi memang cantik, berkualiti kebabom la kann.. Hehee.. Buat raya ni niceee
ردحذفSis beli bagnya aja, nak beli kaftan, harga agak mahal plak huhuhu...
حذف