KORANG DAH BAYAR FIDYAH PUASA?

Sis Lin
14
KORANG DAH BAYAR FIDYAH PUASA? | SATU lagi soalan, korang dah ganti puasa? Puasa tahun lepas? kalau puasa sebelum-sebelumnya tu, korang dah bayar fidyah puasanya?. Ramadan hanya beberapa hari jer lagi. Kalau korang masih belum melaksanakannya, dah boleh buat sekarang. Tak susah pun, sekarang kita dah boleh bayar fidyah online jer. Mudah je kan. 

Mungkin kita ada terlupa menggantikan puasa dan diwajibkan membayar fidyah bagi puasa yang ditinggalkan, tapi kita ni tak tau, dan tak pernah nak amik tau. Walau puasa tu bertahun-tahun lamanya dulu, fidyah tetap kena bayar, nak mudah, tiap tahun sebelum masuk ramadan, korang bayar ajer fidyahnya, dah selesai atau tidak, tak mengapa, jika sudah, anggap je la tu sedekah kita. 

Yang perlu qada', tetap wajib kena puasa.. jangan hanya membayar fidyah aja ya. 
Tapi, bagaimana cara kiraan fidyahnya? 

Korang Dah Bayar Fidyah Puasa?

Apakah Fidyah?

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka sebagai qada) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.” (al-Baqarah: 184).

Antara golongan yang wajib membayar fidyah :

  • Orang tua uzur dan pesakit yang tiada harapan sembuh. Golongan ini tidak wajib untuk qadha puasa.
  • Orang yang telah meninggal dunia. Waris perlu menguruskan bayaran fidyah sebelum pembahagian harta pusaka dibuat.
  • Orang yang melewatkan qadha’ puasa sehingga tiba bulan Ramadhan seterusnya.
  • Perempuan mengandung atau menyusukan anak dan khuatir akan keselamatan anaknya.

Boleh rujuk infografik daripada JAKIM tentang keadaan / situasi yang mewajibkan seseorang membayar fidyah seperti di bawah:

Korang Dah Bayar Fidyah Puasa?

Kadar Bayaran Fidyah Mengikut negeri-negeri Seluruh Malaysia

Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat, sebagai contoh kadar fidyah di Johor adalah RM1.75 untuk setiap hari puasa yang wajib digantikan.

Kadar fidyah adalah berbeza setiap negeri.

Cara Kira Fidyah Mengikut Negeri & Gandaan

Harga bayaran fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak. Harga tersebut berubah mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Beras hasil bayaran fidyah pula perlu disalurkan kepada fakir miskin.

Bagi mengira fidyah yang perlu dibayar, kiraan adalah seperti formula di bawah :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah = Fidyah yang perlu dibayar.

Korang Dah Bayar Fidyah Puasa?

Gandaan Fidyah

Sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan.

Sebagai contoh, jika puasa ditinggalkan pada tahun 2015 (1436 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2016 (1437 H) sehingga 2021 (1442 H).

Maka, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:

Tahun pertama 1436 H hingga 1437 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qadha puasa dan belum masuk Ramadhan berikutnya.

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar.

Korang Dah Bayar Fidyah Puasa?

Korang Dah Bayar Fidyah Puasa?

Cara Bayar Fidyah Online

Bagi negeri Johor, korang boleh lihat kalkulator fidyah yang akan mengira fidyah secara automatik di bawah ini. Untuk negeri-negeri lain, korang boleh rujuk sini

Johor: RM1.75
Gandaan : Ya


Bila Perlu Bayar Fidyah?

Fuqaha sepakat menyatakan waktu membayar fidyah bermula sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat disempurnakan. Bagaimanapun waktunya luas dan tidak terhad pada satu tempoh waktu yang tertentu. Namun demikian digalakkan ia disegerakan kerana dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan jika bertangguh.

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Korang Dah Bayar Fidyah Puasa?

Apa Nak Buat Kalau Lupa Berapa Hari Yang Ditinggalkan?

Mungkin ramai juga yang lupa nak catat berapa hari dah tinggal puasa setakat ni.
Jadi, apa nak buat?

Sekiranya tidak pasti atau tidak ingat bilangan hari yang telah ditinggalkan, buatlah anggaran bilangan hari yang telah ditinggalkan mengikut sangkaannya (kecenderungan) yang paling kuat dan Ahwat (lebih berhati-hati). 

Contohnya : Dia tidak tahu berapa hari dia telah tinggalkan puasa, tapi dia rasa tidak lebih dua minggu. Jadi gantilah sebanyak dua minggu kerana itu yang diyakini (pasti) dan lebih berhati-hati. Begitulah juga halnya dengan fidyah bagi bulan-bulan Ramadan yang telah dilangkau.

Bagaimana Jika Sudah Meninggal Dunia dan Masih Ada Baki Fidyah?

Sekiranya ada individu yang meninggal dunia dan masih mempunyai bayaran fidyah yang belum lunas, maka pihak waris wajib mengambil harta si mati untuk melunaskan semua baki fidyahnya. Jika si mati tidak berharta, maka pihak waris boleh menggunakan harta mereka sendiri untuk membantu menjelaskannya.

Hukum jika seseorang itu tidak membayar fidyah puasa adalah berdosa. Sekiranya fidyah puasa tidak dilunaskan di dunia, ia akan menjadi hutang di sisi Allah SWT dan akan dituntut di akhirat kelak. 

#SisSharing ...


P/S: Bab fidyah puasa perlu sentiasa diberikan perhatian. Takut kita terleka dan terlupa untuk bayar dan bakal dituntut di akhirat nanti. 
Tags

إرسال تعليق

14تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!