MAKAN MALAM DI RESTORAN TODAK SEMPENA BIRTHDAY ANAK | AGAK lama juga tidak makan di Restoran Todak bersama anak-anak. Last rasanya tahun lepas kot sebelum anak Sis,Yana tu berkahwin, lepas tu terus takde dah. Kalau ada pun hanya Sis dan Suami aja.
Restoran Todak ni memang menjadi pilihan anak-anak Sis kalau ditanya nak makan seafood mana. Memang kitaorang banyak survey dan pergi makan, tapi di sini juga yang makannya puashati dan harga dia snagat murah. Tapi kenalah gaya memilih menunya.
Sebab tu kalau yang ikut ceritera Sis kalau makan di sini, memang menu yang sama je kami order, takde amik menu lain. Bukan kata yang lain tak sedap, tapi menu yang biasa kami makan tu laa yang menjadi 'signature' atau paling ramai orang order dan makan.
Thats why bila yang jarang-jarang makan di sini, bila mereka order menu yang bukan biasa orang order, mereka akan kata 'rasanya biasa atau kurang sedap'... sebab mereka salah pilih menu hehehehe.. yang biasa makan sini mereka tau laa menu apa yang mesti di order..
Selain dari menu Chili Crab yang mesti korang try, anak-anak Sis memang suka Crab Blackpeppernya. Memang ada masa sos lada hitamnya banyak melimpah pekat, ada masa agak kering, tapi rasa dia, perghh memang sedap selalu. Sama macam Chili Crab tu juga.
[Baca Juga] : Chili Crab Restoran Todak Memang Sedap
Dan menu-menu lain yang memang akan Sis order adalah' Udang Kari Indonesia, Baby Kailan Ikan Asin, Sotong Goreng Butter, Ikan Stim Hong Kong, dan juga Roti Mantou.. untuk menu ketam, samaada Chili Crab atau Blackpepper.
[Baca Juga] : Tapau Menu Restoran Todak Makan di Rumah
Pernah juga try Crab Salted Egg dia, pun sedap, tapi sebab anak-anak tak berapa suka, so jaranglah Sis order. Lagi satu menu Siput Gonggong, memang mesti order kalau ada musimnya. Macam baru ni pergi, siputnya baru jee sampai, tapi mereka belum bersihkan, takut pulak nak order kang ada makan rasa pasir... sebab belum cuci kan..
Apa-apa pun sedap itu subjektif yaa.. sedap tekak Sis, belum tentu sedap kat tekak korang, so kenalah cuba sendiri okay..
Alhamdulilah, satu kepuasan laa bila melihat Suami, anak-anak dan juga menantu makan kemain enjoy malam tu. Suami pun banyak pulak makan masa tu, maybe sebab lapar ke? Hahahaha.. Cuma time makan gini, teringat kat anak Sis di Subang sana.. lama Kakak tak balik, sibuk dengan Master dia..
Inshaallah, ada rezeki nanti, Kakak balik kita pergi makan lagi yaa.. by the way, happy birthday buat anak Mak,Yana (29/3). Moga anak Mak sentiasa sihat, bahagia dan menjadi anak juga isteri yang solehah dunia akhirat till Jannah.. Walau adik dah berkahwin, adik tetap anak Mak dunia akhirat..
P/S: Moga Allah lindungi anak Sis,Kakak yang sedang sakit di sana (warded) dan di jauhkan dari segala penyakit merbahaya.. aamiinnn..
weii kakak warded kenapa???
ReplyDeleteDia jatuh Ret, then kepalanya terhantuk... now masih lagi kat ward..
DeletePibeday untuk anak Sis!
ReplyDeleteMakaseh Uncle..
DeleteHappy Birthday to your daughter dan semoga cepat sembuh si kakak! Amin!
ReplyDeleteMoga terus tabah..Tak pernah try kedai Todak ni...Leh try..Huhu..
Thanks Nona.. sesekali jom pi Todak, ko belanja ea hahahaha
DeleteSelamat ulangtahun anak Sis, Yana. Semoga segera sembuh anak sulong Sis juga ya.
ReplyDeleteAaamiinn.. makaseh PC.. now dah getting better.. cuma belum kuar ward je..
Deleteaduh sedapnya nengok semua menu tu kak oi....
ReplyDeletemoga anak sulung akak cpt sihat ye
Memang Dana, kalau pergi makan sini, semua sedap, puashati..
DeleteMakaseh atas doanya Dana..