MASAK KARI SOTONG UNTUK ANAK BUJANG | SEKALI tengok macam Dalca, bila makan rasa Kari, arghh memana laaa, dalca boleh, kari pun boleh, janji dua tu adik-badik gitu hahahahaha... menu ni pun Sis masak khas untuk anak bujang yang tiba-tiba kata 'Lama tak makan sotong'..
Ikutkan nak masak Sotong Masak Hitam, tapi fikir-fikir jemu pulak rasa.. so sesekali kita ubah selera pulak, kita masak kari sotong. Kebetulan masa tu Sis puasa sunat Hari Putih, so bolehlah masak sekali untuk berbuka, cuma seram gak time masak, hanya agak-agak jerr bahan perasa semua, tapi alhamdulilah, nasib baik anak bujang kata sedap..
Sejak anak bujang intern di Hospital Sultanah Aminah (HSA), waktu bekerja dia ikut waktu kerajaan, Jumaat Sabtu tidak bekerja, so bila balik je kerja tu, kemain laporr, sampai kadang tak nyempat nak pi mandi bagai, amik pinggan terus makan... sian nengok..
Bila di tanya tak makan ke? Katanya, makan tengahari je, petang minum air panas je, nak makan kat rumah katanya.. ishhhh nasib baik Emak ko ni rajin masak, kalau tak masak, siann laaa naka kebulur ekkk hahahahaha.. sabo je laaa...
Untuk resepi Kari Sotong ni, Sis tuliskan serba ringkas je yaa.. bahan ikut agak-agak Sis aja.. lelain korang adjust sendiri wokay..
Resepi Kari Sotong
Bahan-bahannya:
- Sekilo sotong (dibersihkan)
- Selabu besar bawang besar**
- 3 ulas bawang putih**
- 3 biji lada merah**
- Sedikit potongan halia**
- 2 biji tomato (dicincang dadu)
- 3 batang kacang panjang (dipotong sederhana)
- Sebiji lobak merah (potong panjang-panjang)
- Daun kari
- Sekotak santan kotak (kecil)
- Sekeping asam keping
- Serbuk kari ikan secukupnya
- Bahan perasa dan garam
- Air secukupnya
Cara Memasaknya :
- Blender kesemua bahan bertanda **
- Panaskan kuali, dan tumiskan bahan blender hingga wangi.
- Kemudian masukkan tomato yang di cincang dadu juga daun kari dan gaul sampai layu.
- Masukkan rempah kari secukupnya dan gaul sampai pecah minyak.
- Setelah itu, masukkan sedikit air, kacang panjang dan juga lobak merah beserta asam keping. Biarkan mendidih sekejap sampai lobak merah masak.
- Setelah itu, masukkan santan dan juga sotong, gaul-gaul sampai mendidih.
- Letak bahan perasa secukupnya dan gaul sekejap, kemudian tutup api, hidangkan.
Selamat mencuba..
P/S: Dapat sotong besar memang sedap.. kuah dah pekat, esoknya makan cecah roti, nikmatttt...
Sedapnya sotong. Teringin pula.
ردحذفKannn, sesekali cuba masak kari gini Ai...
حذفUntung balik rumah terus dapat makan sedap sedap. A ah nampak macam dalca, rupanya kari ye. Kari ke dalca dua dua sama sedap. Sotong pun masak apa pun sedap. Sesekali tukar selera, bertambah selera makannya.
ردحذفKannn Fizah.. kadang kalau tak masak, tak sampai hati pulak...
حذف