PENUH SATU TONG SUAMI BAWA BALIK IKAN

Sis Lin
14
PENUH SATU TONG SUAMI BAWA BALIK IKAN | ALHAMDULILAH rezeki dari laut yang Suami bawa balik semalam penuh satu tong ikan. Punya lama Suami tak turun laut memancing, semalam dari awal pagi Suami dah bersiap-siap, dia punya excited tu kan, macam nak pi korek emas hahahaha.. 

Minat Suami memang memancing, sepanjang kami berkahwin, belum pernah lagi Sis melarang Suami keluar memancing, cuma ada laa bebel gak sesekali, sebab masa untuk 'dating' bersama tu kadang agak terhad, so kena pandailah bagi masa. 

Kalau dulu pantang hari tak bekerja Sabtu Ahad mesti nak memancing, setelah kami bincang elok-elok, alhamdulilah, sekarang hanya hari Ahad atau Sabtu sahaja Suami memancing, atau waktu cuti umum.. tu pun tengok mood dia. Bukannya apa, hari makin tua, anak dah membesar, Sis pun seorang aja selalu di rumah, so kenalah 'beli jiwa' kita, luangkan masa bersama, agar tidaklah rasa sepi. 

Terima kasih juga buat Suami yang memahami ❤


Penuh Satu Tong Suami Bawa Balik Ikan

Memancing ni bagus, best juga sesekali ikut Suami, Sis kalau Suami ajak pun, kalau kena mood Sis okay, memang Sis follow jerr.. best woo, tenang je saat termenung tengok umpan di makan tu.. kena dapat ikan banyak, lagilah happy gilerrr.. kalau tak dapat ikan, tu bukan rezeki namanya.

Macam semalam, petang tu Suami dah hantar gambar wahtsapp, sekali tengok, kuss semangat, penuh satu tong ikan. Tu pun masa balik, kata Suami dah di bagi-bagikan pada kengkawan juga, Sis beri juga pada jiran sebelah, suka dia dapat ikan fresh. 


Hidup-hidup lagi ikannya, walau dah nyawa-nyawa ikan. Nengok tercungap-cungap mulutnya hehehe.. Ikannya pulak banyak kerapu, Sis tak berapa suka ikan kerapu, so mana yang beberapa ekor tu, Sis sedekah je pada jiran-jiran, Sis amik ikan yang mana Sis makan, dari simpan je dalam freezer, elok kita sedekah aje kan.. 

Penuh Satu Tong Suami Bawa Balik Ikan

Ikan lain pun banyak Ikan Tebal Pipi dan juga Ikan Kambing. Ada lerr sekor Ikan Mayong Suami dapat, bolehlah buat masak asam pedas celah gigi hahahaha.. fresh tu, mesti sedap kann.. alhamdulilah.. rezeki tak pernah salah alamat.. eh umpan ekk..

So malam tadi siap-sipa potong dan nyiang semua ikannya, simpan dalam plastik IKEA tu, then masuk susun dalam freezsr, perghh dah macam kedai frozen gayanya, jadilah stok untuk bulan puasa akan datang, tak payah le nak mikir pi kedai nak masak apa kan.. dan harga barang basah pun boleh tahan juga mahal kan sekarang, hurmmmm.. 

Makanya bersyukurlah dengan rezeki yang ada ni haa.. hari-hari makan ikan pun takpe, janji ada juga lauk nak di masak, kita jangan mengeluh, fikir di luar sana masih ramai yang susah mencari makan untuk keluarga, kita ni yang mudah dapat makanan, bersyukur aje la kan.. 

So harini menu apa? Ayam masak kicap jerr hahahaha.. ikan tu esok-esok je laa masak. 


P/S: Bukan kata ikan, udang pun ada juga Suami bawa balik semalam, jenis udang liar laut, manis.. 

إرسال تعليق

14تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Samalah kita pun kurang gemar ikan kerapu. Ikan kambing tu, cemana, Lin? Eh, semalam, Pak Inche mancing jugak, tapi mancing kat pasar tani, hahaha.

    ردحذف
    الردود
    1. Ikan kambing tu macam spesis ikan siakap Kak, tapi dia jenis kambing ehhh entah ek tak reti nak explain hahahahah.. nama kambing rupe ikan hahaha..

      حذف
  2. Mak oiii...banyaknya Sis Lin...cukup utk 2-3 minggu tu...

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn SA, jenuh weii nak memotong dan menyiangnyaa huhuhu

      حذف
  3. makan ikan memang sukaa cumanya malas nak siang ikan tu je haa.a hhahaha..

    ردحذف
  4. الردود
    1. Alhamdulilah Uncle, dah sesiap ni, excited nak tunggu Ramadan..

      حذف
  5. bestnya dapat makan ikan sekali sekala. best :D

    ردحذف
  6. jimat duit belanja dapur bulan puasa ni sis..:)

    ردحذف
    الردود
    1. Jimat tenaga pun yaa Cik Nor, tak payah pi kedai hehehehe

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!