1 APRIL 2022 : FASA PERALIHAN KE ENDEMIK | Bermula hari ini, Malaysia masuk Fasa Peralihan ke Endemik dan kita akan kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu. Syukur alhamdulilah... inilah yang kita tunggu-tunggu, walaupun wabak Covid-19 tu masih lagi berleluasa sana sini.
Dan pada hari ini juga, Malaysia dan Singapura membenarkan semua pengembara yang telah lengkap divaksinasi untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian COVID-19, termasuk ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan.
Meskipun kita bergerak kepada peralihan ini, tanggungjawab dan kawalan kendiri seharusnya terus kita pikul bersama dengan mengamalkan TRIIS agar penularan dan rantaian Covid-19 ini dapat diputuskan.
SOP Peralihan Endemik Bermula 1 April 2022
Berikut adalah ringkasan pengumuman Perdana Menteri serta SOP yang akan dikuatkuasakan dalam Fasa Peralihan Endemik Mulai 1 April 2022 sebelum ini.
- Pelitup muka masih wajib di tempat awam.
- Had masa berniaga dimansuhkan (boleh buka 24 jam dan bersahur mengikut syarat lesen operasi premis).
- Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan tetapi tidak di tempat terbuka.
- Aktiviti ibadah boleh dilakukan tanpa penjarakkan sosial. (sudah boleh rapatkan saf). Walaubagaimanapun ia terletak dibawah kuasa Majlis Agama Islam Negeri.
- Vaksinasi – had liputan dimansuhkan. Semua boleh merentas negeri. Pekerja juga tiada had.
- Had kapasiti 50% melibatkan perkumpulan ramai dimansuhkan. Penjarakan fizikal yang munasabah perlu dilakukan.
- Pemilik premis wajib memastikan sistem pengudaraan ventilasi yang baik di dalam premis.
- Kekerapan dan cara melakukan pembersihan premis diseragamkan bagi setiap Kementerian.
- Individu yang disyaki atau disahkan positif COVID-19 wajib mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan KKM (Ujian pengesanan COVID-19 dan tatacara kuarantin)
- Vaksinasi lengkap – tiada keperluan untuk menjalani kuarantin. Hanya perlu menjalani RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta RTK-Antigen dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.
- Tiada Vaksin – Menteri Kesihatan akan umumkan perincian.
- KKM akan umumkan SOP secara terperinci dalam masa terdekat.
- Bagi negara yang masih menutup sempadan, rakyat masih boleh menggunakan VTL bagi Malaysia dan negara terbabit. (Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia).
TERKINI: Perincian SOP #ReopeningSafely Bagi Setiap Sektor (MKN)
Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini telah mengumumkan perincian Prosedur Operasi Standard bagi setiap sektor untuk rujukan semua.
Korang boleh lihat SINI ..
Awal pagi tadi melihat gambar-gambar dan video yang kawan-kawan share suasana di Tambak Johor, memangis Sis dibuatnya. Betapa sedih, gembiranya mereka walau berjalan kaki sepanjang Tambak Johor tu untuk keluar sempadan bertemu dengan keluarga, allahuakbar...
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.. ada seorang kawan Sis tu, dari mengandung 3 bukan, sampai anak dah nak setahun dah, tak jumpa Ayahnya.. sedih rasa.. moga ianya akan terus berakhir dengan berita-berita gembira buat kita rakuat Malaysia.. aamiinn..
P/S: Mesti meriah Ramadan dan Syawal tahun ni kannn... jomm laaa kita hidupkan kembali suasana itu dengan norma baharu..
Mesti orang JB bercampur-baur kan perasaan bila border dah bukak. Lepas ni JB sesak balik la dgn orang ramai macam sebelum pandemik ni. Tapi kita tumpang gembira dgn rakyat Malaysia yg dah lama terkandas kat sana.
ReplyDeleteYerr Karni, semalam keluar dah mula nampak jem sana sini balik, dah meriah dah kat bandar.. alhamdulilah ramadan dan syawal tahun ni comform fullhouse hehehe
DeleteAlhamdulillah…semoga mnjadi titik positive utk hidup kita…aminnnn
ReplyDeleteYaa Alia.. moga ianya akan kekal seperti sekarang sampai bebila...
Delete