BELI-BELAH DENGAN LEBIH JIMAT PADA PERAYAAN INI DENGAN SHOPEEPAY DAY

Sis Lin
0
BELI-BELAH DENGAN LEBIH JIMAT PADA PERAYAAN INI DENGAN SHOPEEPAY DAY | Perasaan gembira menyambut Hari Raya tahun ini berkunjung tiba, lagi-lagi dengan pelbagai tawaran yang menarik. Untuk membantu korang mendapatkan tawaran terbaik dan penjimatan lebih, ShopeePay Day yang berlaku pada hari pertama setiap bulan kembali tepat pada masanya untuk sambutan Hari Raya. 

Sama ada membeli-belah dari rumah atau membuat pembayaran dengan ShopeePay di kedai fizikal menggunakan DuitNow QR yang ditawarkan di 1.1 juta cawangan di Malaysia, korang dijamin mendapat pelbagai ganjaran serta peluang untuk menyertai peraduan dengan tawaran hadiah lumayan!. 

Berikut ialah beberapa tawaran menarik bagi pengguna ShopeePay pada bulan Mei ini : 

Beli-belah dengan Lebih Jimat Pada Perayaan ini dengan ShopeePay Day


PULANGAN TUNAI SYILING

Hanya pada 1 Mei pengguna ShopeePay boleh memperoleh pulangan tunai syiling 12% apabila mereka melakukan pembayaran minimum RM25 di luar talian dengan ShopeePay di pelbagai peniaga seperti Ariani, AA Pharmacy, Alook, Ninjaz, Kopi Hainan Hometown, Ninso, dan banyak lagi. 

Tidak jumpa kod QR ShopeePay? Jangan risau, kerana ShopeePay disepadukan dalam ekosistem DuitNow QR, KORANG kini boleh membayar dengan ShopeePay di hampir 1.1 juta peniaga. Cari kod QR DuitNow merah jambu dan mula membayar dengan ShopeePay  untuk memperoleh lebih banyak ganjaran.

Beli-belah dengan Lebih Jimat Pada Perayaan ini dengan ShopeePay Day

BAUCAR 1 SEN SHOPEEPAY

Korang juga boleh mendapatkan lebih penjimatan dengan baucar ShopeePay 1 Sen daripada jenama seperti Caltex, The Koi, Juicy, Big Fish Small Fish, Santan, Vivo Pizza dan banyak lagi. Untuk menebus baucar 1 Sen ini, pengguna boleh membeli baucar di ciri ShopeePay Near Me yang boleh didapati di aplikasi Shopee.


Beli-belah dengan Lebih Jimat Pada Perayaan ini dengan ShopeePay Day

E-DUIT RAYA TRANSFER

Selain lebih penjimatan melalui baucar, ShopeePay juga memberi ganjaran kepada pengguna sehingga 155,555 syiling Shopee apabila mereka menghantar minimum RM5 kepada pengguna ShopeePay lain dari 1 Mei hingga 5 Mei. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk menghantar e-Duit Raya kepada korang dan keluarga korang.

Selepas itu, pengguna juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai mingguan bernilai sehingga RM100,000 dan memperoleh Baucar Penghantaran Percuma tambahan apabila mereka menghantar wang kepada pengguna ShopeePay yang lain dari 6 Mei hingga 31 Mei 2022.

Beli-belah dengan Lebih Jimat Pada Perayaan ini dengan ShopeePay Day

PERADUAN SHOPEEPAY DAY

Bagi memeriahkan sambutan Hari Raya korang, sertai peraduan ShopeePay x Maybank2U untuk mendapatkan lebih banyak lagi ganjaran dengan ShopeePay.

Dari 28 April hingga 5 Mei, tambah nilai minimum RM30 di ShopeePay dengan Maybank2U, transaksi di luar talian dan korang akan layak bertanding untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM115,000 daripada Dyson, Playstation, Samsung, GoPro. 

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, layari https://shopee.com.my/m/shopeepay-top-up-and-win

Beli-belah dengan Lebih Jimat Pada Perayaan ini dengan ShopeePay Day


PESAN DARI SHOPEEFOOD

Hari Raya ini, jadi pembeli bijak dan pesan makanan korang melalui ShopeeFood untuk majlis Raya korang bersama rakan dan keluarga. Kini beroperasi di Lembah Klang dan Johor Bahru, lakukan pesanan korang dari ShopeeFood untuk mendapatkan penghantaran percuma sepanjang hari dan diskaun Super Deals sehingga potongan 50%.

Dengan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa yang boleh didapati daripada peniaga di Lembah Klang seperti Nyonya Colours, A&W, KFC, Tealive, Johnny's Restaurant, Old Town White Coffee, Little KL Food Hall, SANTAN dan banyak lagi, pasti ada sesuatu untuk dihidangkan untuk majlis perjumpaan korang. Bagi warga Johor Bahru, pilih dari kedai-kedai kegemeran tempatan seperti Banafee Village, Johnny’s Restaurant, Tealive, ZUS Coffee, Shake Shake, Kenny Rogers Roasters dan banyak lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ShopeePay Day 1 Mei, layari https://shopee.com.my/m/shopeepayday.

Tertakluk kepada terma & syarat.


P/S: Menarik bermacam offer ekk Shopee buat... seramm nak bukak apps oiii hahahaha.. 

إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!