BERBUKA PUASA DENGAN BALANG RAMADAN NUTELLA EDISI TERHAD

Sis Lin
4
BERBUKA PUASA DENGAN BALANG RAMADAN NUTELLA EDISI TERHAD | Sempena bulan Ramadan yang mulia dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Nutella Malaysia telah melancarkan balang Ramadan Nutella edisi terhad. Pelancaran ini turut menampilkan resipi mudah dan cepat yang boleh dicipta oleh keluarga untuk berbuka puasa dan menikmati detik-detik gembira bersama keluarga pada bulan Ramadan ini.

Dengan slogan “Rasa Ceria, Erat Bersama”, Nutella berhasrat untuk menambah kegembiraan dan menggalakkan ikatan kekeluargaan pada bulan Ramadan ini menerusi pengenalan tiga resipi mudah dan cepat yang boleh dinikmati oleh seluruh ahli keluarga, iaitu Fried Bread (Roti Goreng), Mini Tart (Tart mini) dan Breakfast Bite (Sarapan Ringkas).

Berbuka Puasa dengan Balang Ramadan Nutella Edisi Terhad

Balang Ramadan Nutella edisi terhad boleh didapati di rak-rak di kesemua peruncit utama, kedai serbaneka dan kedai runcit yang menjual pada harga yang sama dengan balang biasa 680g mulai bulan April hingga Mei 2022. Nutella juga sedang menganjurkan pertandingan foto secara dalam talian yang memberikan peluang kepada semua 20 peserta untuk memenangi Electrolux Oven Toaster.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Nutella Malaysia, laman YouTube di Nutella Malaysia - YouTube, atau layari www.nutella.com/my/en/. Terdapat banyak lagi resipi Nutella di www.nutella.com/my/en/get-inspired/recipes.


P/S: Kalau dapat kat anak bujang Sis ni, ermmmm... habis, sekali hadap sebalang tu hokayyy.. 

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!