BERBUKA PUASA SAMBUT BIRTHDAY ANAK DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL

Sis Lin
16
BERBUKA PUASA SAMBUT BIRTHDAY ANAK DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL | KISAH Sabtu lepas 16 April adalah hari lahir anak bujang bongsu Sis yang ke 22 tahun. Tahun ni kena plak birthday dia bulan ramadan, so memang siang hari takde kemana-mana laa.. sebab puasa, ajak dia keluar pun dia malas hahahaha.. 

Plan asalnya macam biasalah, kalau family Sis ada birthday, kalau di tanya nak makan mana, semua pilih makan di Restoran Todak, sebab memasing suka seafood. Tapi ini kali, bila di tanya anak bujang tu nak makan berbuka puasa mana, terkejut pulak dia jawab, 'Amat nak makan buffet kat Renaissance' hahahahaha.. kemain ko demand.. 

Tak sampai hati juga Sis dan Ayahnya nak menolak permintaan dia, sebab sepanjang ramadan ni, anak bujang tu belum merasa lagi makan #buffetramadan. Sejak dia intern di HSA tu, masa dia agak terbatas, sebab sampai rumah dah petang, so kalau nak ajak dia teman Sis pi event #buffetramadan memang tak sempat nak tunggu dia balik. Sebab tu laa bila kata dia nak makan buffet sempena birthday dia, Ayah dia kata okay aja.. 


Berbuka Puasa Sambut Birthday Anak Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Berbuka Puasa Sambut Birthday Anak Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Berbuka Puasa Sambut Birthday Anak Di Renaissance Johor Bahru Hotel

So seminggu sebelum, Sis dah booking table di Renaissance untuk 5 orang. Bawa anak menantu sekali, kecuali Kakaknya aja yang tak balik sebab nak settlekan semua kerja Master dia sebab nak balik cuti raya lama nanti. Makanya berlima ajaa la Sis anak banak. 

Makan buffet ramadan di Renaissance ni korang jangan pelik yaaa, memang banyak gilerr makanan dia oiii, lebih dari 600 menu tersedia. Dari makanan barat hingga ke makanan harian kita. Banyak pilihan menu, sampaikan anak-anak pun termenung gak nak mulakan makan apa dulu hahahaha.. 

Kalau Sis yang memang dah biasa makan buffet sini atas jemputan media, memang Sis dah tau jugalah nak makan apa yang memang jadi kemestiannya, apalagi kalau bukan bahagian 'Craving Station' dia dan juga kaunter 'Goreng-Gorengan' tu .. situ makanannya memang jarang-jarang laaa kau jumpa memana, rugi datang makan sini kalau tak merasa makanan di bahagian tu hahahaha.. 

Berbuka Puasa Sambut Birthday Anak Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Berbuka Puasa Sambut Birthday Anak Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Berbuka Puasa Sambut Birthday Anak Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Tengok anak bujang punya pinggan dan juga anak menantu, rasa kepuasan betul. Ye laa semua menu sedap-sedap belaka dan nampak 'mewah', apa je yang takde, semua ada kata Suami. Tersenyum-senyum Ayahnya nengok anak-anaknya kejap bangun kejap duduk amik makanan hahahaha..

Kalau Ayahnya menang kurang sikit makan buffet ni, makan pun amik yang perlu aja, takde nak ulang-ulang, tapi anak bujang dan anak menantu, perghhh bertukar-tukar pinggan hahahaha seronok nengok, tak rugi bawa makan buffet. 

Sis pula, dah dapat menu yang Sis suka, memang tu jerr laa Sis hadap. Malam tu Sis banyak makan Seafood On Ice, Oyster Baked Cheese, dan juga Chili Crab tu. Sayangnya Udang Galah tu, kami semeja tak dapat nak merasa, sebab kekdahnya, pantang letak, licinnnn... Kalau Sis tau, masa Sis sampai awal tu Sis dah cedukkkkkk duluuu okay.. hahahaha..

Berbuka Puasa Sambut Birthday Anak Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Berbuka Puasa Sambut Birthday Anak Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Apa-apa pun makan buffet di sini memang sangat puashati yaaa, walau harga buffetnya mahal, tapi apa yang kau makan sangat worth it dan berbaloi-baloi.. cuma kalau kau bukan pemakan, tak payah laaa pergi buffet, makan je ala-carte. Lagi kalau anak-anak kecil lagi, elok makan aja order dan hidang, sebab budak bukanlah makan sangat kan. 

Ini pun bila kita kata pi makan buffet, semua kata membazir, tak jaga pemakanan dan  jenis 'have-have'.. tapi tu terpulanglah memasing ya.. bagi Sis sefamily, bab makan ni janganlah berkira, tak kisah harga, kalau ada rezeki dan boleh bayar, Sis dan Suami bawalah anak-anak merasa, janji anak-anak suka dan happy time makan. 

Soal mampu ke tidak, jangan di persoalkan rezeki orang, kita ni ada rezeki bawalah family pergi makan sesekali yang lain dari lain. Kalau tak suka cara orang pergi makan jangan kau mencebik muka sambil berkata-kata yang tak sepatutnya.. Sepatutnya kau mendoakan rezeki kau ada dan kau nak juga bawa anak dan family makan juga. Inshaallah ada rezeki, semua orang pasti dapat merasa. 

Berbuka Puasa Sambut Birthday Anak Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Berbuka Puasa Sambut Birthday Anak Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Apa? Kau ingat aku blogger, aku makan FREE ke???? ...
Biarlah gambar berbicara ... 

Yang nak tengok LEBIH BANYAR GAMBAR menu-menu buffet ramadan Renaissance Johor Bahru Hotel yang baru Sis pi makan ni, bolehlah ke facebook page akusislin ni okay.. 

Harga per-saorang : 
- RM168nett Dewasa
- RM84nett Kanak² 
[3 April - 2 May 2022] 

Sis dapatlah diskaun 15% masa booking, jadilah kannn.. apa yang penting? Makan kenyang, hati manyak senang..  Terima kasih En Suami ❤


P/S: Rezeki dari Allah berbeza-beza, makanya bersyukurlah atas segala nikmat yang Allah berikan, alhamdulilah .... 

إرسال تعليق

16تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. الردود
    1. Yer Kak, puashati bayar, duduk makan sampai tutup.. anak-anak memang suka makan buffet...

      حذف
  2. الردود
    1. Mau tak meriah Wak.. lebih 600 menu ado hahahaha

      حذف
  3. Alhamdulillah..dapat juga berkumpul celebrate birthday boy. Happy belated birthday untuk anak bujang akak. Semoga berjaya dunia akhirat. Aamiin..
    Makan buffet ni kena makan macam macam baru tak rugi. Untung bawa dorang suka makan :)

    ردحذف
    الردود
    1. Syukur Fizah.. walau tak cukup sorang tapi tetap meriah hehehehe

      حذف
  4. dapat diskaun berbaloi2 tu..alhamdulillah, seronok dak amat dapat makan buffet yang diidamkan...dahsat ek, time aku gi tu kurang kelician udang galah tu..maybe masa tu border belum bukak..ni border da bukak, ramai datang dari sana agaknya peminat udang galah hahahah

    ردحذف
    الردود
    1. Tau takpe.. mereka tak berebut tapi pantang letak, sekelip mata hilang ko hahahaha

      حذف
  5. Hah. Sekali dia letak resit, baru kome tahu. Ingat makan free sokmo ke kami? Hahaha

    Happy Bestday adik oii

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha jangan ingat blogger makan free je kan Rawlins hahahaha..

      حذف
  6. Happy Birthday to your son. Semoga sentiasa dirahmati. Untung dapat ibu macam Sis Lin nie. Baik hati. Syukur alhamdulillah.

    ردحذف
  7. Sama la celebrate birthday Jun pun bukak puasa di hotel tapi tak semeriah ni ler lauknya, tapi bayar lebih kurang sama je. Lagi puas hati buka puasa hotel kat JB agaknya.

    ردحذف
    الردود
    1. Yerr Karni, makan sini bayar mahal pun puashati weiii.. memang gilerr menu dia..

      حذف
  8. Seronok anak kak lin tu dapat sambut birthday makan buffet. Saya setuju kalau bukan jenis makan banyak sekaligus better jangan pergi buffet. Orang itu adalah saya. Saya memang jenis tak leh makan banyak sekali gus.

    ردحذف
    الردود
    1. Sesekali okaylah Nad, kalau selalu, pengsan nak bayo harga macamtu hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!