BERSEDIA UNTUK MENIKMATI NUTELLA B-READY! | DIGEMARI dalam balang, kini dapatkannya dalam bentuk bar. Nutella, sapuan kacang hazel yang ikonik, telah memperluas rangkaian produknya dengan Nutella B-Ready, iaitu produk biskut yang diperkenalkan baru-baru ini di Malaysia.
Direka khusus untuk mereka yang sentiasa aktif dan sibuk serta mereka yang ingin mendapatkan makanan ringan antara sajian utama, Nutella B-Ready baharu merupakan penyelesaian yang sesuai dan tepat.
Para peminat Nutella yang selama ini menikmatinya dalam bentuk balang kini boleh mencubanya dalam bentuk bar! Nutella B-Ready adalah rangup pada bahagian luar dengan kulit biskutnya, dan berkrim pada bahagian dalamnya dengan Nutella® yang lazat serta taburan bertih gandum rangup. Bar biskut yang sentiasa dicari-cari ini dibungkus secara individu dan sesuai untuk dimakan sepanjang hari, pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.
Nutella B-Ready menggabungkan sapuan kacang hazel yang ikonik dengan kombinasi tekstur berbilang, dan diperbuat daripada tujuh ramuan yang dipilih secara teliti dan berkualiti tinggi tanpa pewarna atau pengawet tambahan.
Nutella B-Ready kini boleh didapati di rak-rak di kesemua peruncit utama, termasuk pasar raya, kedai serbaneka, kedai runcit, dan kedai dalam talian dalam 2 bentuk bar tunggal dan pek berbilang yang mengandungi 6 bar.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Nutella Malaysia atau layari www.nutella.com/my/en/
P/S: Memang sedap, haritu dah beli dah, cuma tak amik gambo hahahaha..
hhahaha ni salah satu coklat yg ako borong masa kat Langkawi aritu...
ردحذفada satu lagi lupa plak nama nya hhahaa
Sedap weiii tapi terkulat-kulat aku makan sebab takut manis hahahaha
حذفSedap betul tengok gambar tu. Selamat menyambut ramadhan :)
ردحذفCUba Syaz memang sedap... selamat berpuasa juga buat Syaz..
حذف