BUFFET RAMADAN DINNER AMARI JOHOR BAHRU HOTEL | HANYA tinggal beberapa hari aje baki ramadan, tapi #buffetramadan masih lagi rancak sana sini ya.. ye laa puasa kan sebulan, so selagi masih dalam bulan ramadan, makanya buffet ramadan masih lagi ada. Pilih je laa nak makan mana dan nak di cuba, yang penting, makan jangan membazir.
Betul tau, nak makan buffet ramadan ni, kena pastikan kau betul-betul enjoy the food, kalau takat ko nak makan ceduk nasi ceduk lauk, then balik rumah, ermmm rasanya baik ko duduk makan ala-carte jerr.. betul, sebab kalau dah namanya buffet ramadan, makanan dia punyalah banyak, so kau kena makan secara berperingkat dan perlahan-lahan.. bukan ceduk semua letak atas meja, kemudian tak di makan, ermmm perangai sapa tu?...
[Baca Juga] : Buffet Ramadan Dinner Amari Johor Bahru Hotel 2021
Sebab tu Sis kalau nak ajak atau bawa 'geng makan', Sis akan bawa mereka yang betul-betul nak makan dan enjoy time makan. Macam semalam malam, Sis pergi mencuba buffet ramadan di Amari Johor Bahru Hotel dan Sis bawa adik Sis yang bongsu bersama Suaminya dan anak-anaknya, perghh tak rugi bawa mereka, semua mereka balun rasa dan komen, memang puashati betul tengok mereka makan.
Buffet ramadan Amari tahun ini bertemakan Irama Warisan ni menghidangkan lebih dari 200 menu pelbagai citarasa berbilang kaum untuk tetamunya. So maknanya, ada western, ada menu masakan kampung, ada masakan India dan juga masakan Cina. So korang boleh buat pilihan yang mana korang suka makan.
Yang menjadi perhatian ramai adalah Kambing Golek dan juga Nasi Beriani Gam mereka, perghh 2 menu tu memang sentiasa ada je orang beratur ceduk.. Tapi serius cakap, Nasi Beriani Gam dia memang korang kena cuba, daging dia sedap gilerr hahahaha sampai Sis ceduk daging dia aja 2 kali buat ratah hahahahaha..
Menu-menu masakan berlauk pun tak kurang juga sedapnya, antaranya; Seafood Berlado, Lamb Black Pepper, Beef Rendang, Sup Gearbox, Shellout Seafood, ada juga masakan Mee Kari Laksa, Roti John dan bermacam-macam lagi menu laaa.. tak termakan semua tapi tetap nak mencuba hahaha..
Oh,ya.. menu Satay pun ada juga yaa, sebab semalam lu[a nak snap gambo Satay dah bakar duk gasak duduk makan hahahaha.. memang banyak pilihan makanan, korang pilih dan makan jerr la mana korang berkenan.. Sedap tak sedap, terpulang tekak memasing kan..
Dan untuk pencuci mulutnya pun, semalam kemain banyak berulang Sis makan Durian Goreng dan Serawa Durian dia oiiii, perghh mabelessss.. adik ipar pun kata sedap.. memang layan habis makannn ... Untuk kanak-kanak ada di sediakan aneka pilihan aiskrim, memang suka laa bebudak kann.. Minuman pun ada berjenis perisa, air panas, dan juga air sejuk.. korang jangan lupa pekena Teh Tarik dia, perghh kawww kawww punya rasa hahahaha..
Sambil korang makan, korang juga akan di hiburkan dengan muzik secara live di situ.. sampaikan anak saudara Sis kemain asyik duk berjogettt manjang dengar lagu hahahaha.. adeiiii.. yang bestnya, lagu raya ajerr berkumandang hahahahaha..
Apa-apa pun, makan buffet ramadan di sini memang sangat puashati dan berbaloi. Tempatnya pun selesa, luas, lapang dan servisnya pun good.. cepat pinggan kotor di angkat, takde laa semak mata atas meja kann hehehehe..
Buffet Ramadan Irama Warisan
Amari at Amaya Food Gallery (Level 6)
Jam 6:30pm - 10:30pm
Harga per-saorang :
RM128nett Dewasa
RM96nett Warga Emas (60thn ke-atas)
RM64nett Kanak² (9-12thn)
[Buy 10 for RM1080nett] ..
Untuk tempahan :
Call : +607 266 8888
📩 Booking: https://forms.gle/MRNsKmoS5dHeFBJBA
📲 WhatsApp Order: https://wa.link/674rxl
🔗 Menu: https://linktr.ee/amarijb
P/S: Teringat-ingat masakan Thai mereka, sedap gilerr TomYum dia.. kannn Sunah kann..
kambing golek mmg wajib ada kt mana2 buffet ramadhan..cute la mini murtabak tu kn
ردحذفKannn cuma yang di sini roasted lamb, sedap gakkk
حذفSi Damia pakai spek.. alolo nmpk mature dia
ردحذفYaa Ret, dah pakai spek.. rabun jauh..
حذفitu murtabak mikro kan?
ردحذفEntah Uncle, tapi rasa murtabak dan sedap...
حذفKalau saya ambil udang dan kupang lebih. Fav tu! Senang ada murtabak mini macam tu, mudah nak ambil dah habiskan pun. Seronok sambil makan dijamu muzik sekali :)
ردحذفSama laaa, seafood aje Sis makan hehehehe
حذف