BUFFET RAMADAN DINNER GEO RESORT & HOTEL, GENTING HIGHLANDS | PUNYALAH jauh kann Sis pergi berbuka puasa, sampai ke Genting Highlands yaaa hehehe.. takpelah sesekali apalah salahnya bertukar angin, rezeki ramadan juga namanya, sesambil hunting baju & kasut raya di Genting Premium Outlets (GPO) tu.. fuhhhh punyalah sale, orang punya ramai beratur oiiii..
Tapi takde apa pun yang Sis beli, cuci-cuci mata jerr.. Sis ni kalau takde Suami yang ikut nak menyoping, memang idokk lerr nak membeli, bukan kedekut tapi fikir dua tiga kali nak membayonya sendiri hahahaha... duit kita, kita beli benda lain, bab keperluan raya, biar Suami yang urus, haaa gitu kekdahnya lalalalala..
Nak di pendekkan cerita, kebetulan Sis check-in 3 hari 2 malam di Geo Resort & Hotel (nanti Sis cerita lain posting) ni bersama Retna, dah alang-alang dah check-in, so kita pun tak payah laa pergi ke mana-mana, kita cuba ajer laa #buffetramadan mereka yang memang sedang berlangsung sepanjang ramadan ni hingga 2 May 2022.
Cuma kali ni special sikit makan malam kami, sebab ada Kak Maria Tunku Sabri bersama untuk berbuka puasa sama. Sis sampai Jumaat petang, so Jumaat malam tu Sis dah berbuka puasa malam pertama di sini, tapi Jumaat tu Sis takde buat 'kerja', orang punyalah ramai, full house ko, banyak makanan dah di ceduk, so kitaorang enjoy makan jerr.. malam Sabtu esoknya baru Sis dapat berpeluang amik gambar menu-menunya sebab Sabtu tu kami keluar awal sebelum orang ramai serang hahaha..
Menu dia sini ada lebih 80 menu yang dihidangkan. Rata-rata menunya semua adalah masakan kampung kita, memang Sis perhatikan kurang sangat ada menu western, so kalau korang bawa family, memang ibu ayah korang suka laaa menu-menu di sini. Antaranya ada; Aneka Asam Pedas, Kambing Golek, Ikan Masak Lemak Tempoyak, Nasi Kandar bersama aneka lauk-pauk, Mee Claypot TomYum, Lemang & Rendang, juga ada Roti Prata Terbang dan bermacam-macam lagi.
Dan paling 'rare' sekali kan, menu di sini ada Telur Ikan Goreng ko, cuma tak tau laa ikan apa, maybe telur ikan Tenggiri atau ikan-ikan lain, tapi memang sedap gilerr.. kalau orang Johor macam Sis, memang suka arrr makan telur ikan goreng macamtu..
Memang kitaorang enjoy habis makan, penuh meja ko, semua lauk-pauknya sedap, mana laaa tak kecur, kalau boleh semua nak di amik, tapi jangan gelojoh, kang membazir sayang je kann.. Tapi yang paling sedap dan enjoy gilerr makan adalah Kue Tiaw Goreng panas air tangan Chef Zack's. Sedapnya sebab ianya di goreng secara live dan panas-panas bila makan, perghh sedap betui..
Kalau pencuci mulutnya pun meriah, beraneka kuih-muih dan berjenis kek di sajikan. Minuman pun meriah, ada air panas dan juga minuman sejuk. Tapi paling berulang Sis minum air Lai Chi Kang sejuk tu haaa, sedapnya woooo, sejukkkkk... ais kacang pun ada gak, tapi Sis tak cubalah sebab dah dapat Lai Chi Kang hehehehe..
Tapi kannn, paling betul meriahnya, di saat-saat akhir tu, korang layan Roti Tisu atau Roti Canai Terbang, perghhh memang dah macam lepak mamak pulak gayanya.. Kak Maria paling suka betul roti canai mereka, sedap, lembut dan garing... Sanggup beratur menunggu giliran sebab nak makan roti canai tu.. korang kena cuba..
Untuk lihat LEBIH BANYAK GAMBAR lagi, korang boleh ke facebook pages Sis di atas, atau klik SINI aja.. situ banyak gambar menu yang Sis upload..
So korang kalau ada jalan-jalan naik ke Genting Highlands tu, bolehlah singgah makan buffet ramadan di sini yaa.. Buffet bertemakan Citarasa Selera Geo ini di sajikan sepanjang bulan Ramadan bermula 4hb April sehingga 2 May 2022. So masih sempat lagi kalau korang nak mencubanya ..
Geo Resort & Hotel
Jalan Permai 2, Genting Permai Avenue,
69000 Genting Highlands, Pahang
Phone: 03-9213 0838
Harga buffet Ramadan ;
RM138nett Dewasa
RM69nett Kanak² (12 tahun ke bawah)
RM75nett Warha Emas (65 tahun ke atas)
Untuk sebarang pertanyaan & tempahan ;
Whatsapp : www.wasap.my/60192367838 atau
P/S: Tinggal seminggu aja kan nak raya, ermmmmmmm...
tq awak.... sedap!!
ردحذفesp roti tisu dia memang puas ar makan :D
Kann Ret, jarang-jarang hotel buffet ada roti tisu hahahaha
حذفAdui terbaca tengah hari buta plak. terus rasa lapo hahaha
ردحذفKekekeke buka puasa apa harini Madi...
حذفMeriah ye juadah dia. Harga pun agak berbaloi tu, sebab buka puasa ala-ala di Eropah,sejuk2 berkabus gitu
ردحذفKann Rawlins, memang berbaloi laa datang jejauh, menu sedap dan selesa..
حذفmerata jemputan buka puasa sislin ni, rezeki di bulan ramadhan kan. saya pun suka telur ikan, paling suka telur ikan terubuk masin. Lama tak makan.
ردحذفIyerr Karni, rezeki ramadan.. seorang makan je dah berapa, ada rezeki kongsikan dengan kengkwan, alhamdulilah...
حذفwah wah wahh... banyak menu sedap dan menarik ni
ردحذفSangat Kid.. berbaloi kalau datang berbuka di sini...
حذفJauh berjalan, luas pengalaman.
ردحذفYerr Kak.. luas mata saujana memandang hehehehe
حذفBaca time nih mengundang betul nih haha! lapar sudah. Bestnya, meriah betul buffet ramadan. Macam-macam lauk & makanan sedap ada.
ردحذفHahaha nanti datang lagi time buka, mesti dah tak haus hahahaha
حذفLooks great Ramadan food at Hotel Geo & Resort, Genting! Yummy!
ردحذفYaa Selina, you can come and taste the variety of food...
حذفbetul jauh tu..sesekali tukar selera pi tempat jauh skit apa salhnya kan..
ردحذفHahaha jauh perjalanan, makan pun kekenyangan Eda...
حذفwah banyak menu dia. Menarik menarik menu. Jauh pulak kat genting kalau kt KL boleh terjah :)
ردحذفTersangat banyak.. walau tak beratus tapi sangat kenyang makan dengan lauk-pauk yang di hidangkan..
حذفSeronok nyaaa menu dia banyak gilaaa. Dessert pon siap ada kek redvelvet. Omggg tu faverettt kitaaa
ردحذفHehehe kek-kek dia semua sedap...
حذفwow kat sini hidangan berbuka dia not bad.. mcm2 ada ya semuanya menyelerakan
ردحذفYaa Ayu, semua menu dia masakan kampung, tu yang menyelerakan sangat...
حذفwahh ada ketupat palas. sonoknye tido hotel sekali. 2 malam tu.
ردحذفMenu raya memang tak tinggal, rendang dia sedap...
حذفbiasanya kalo ada ikan tenggiri masak lemak tempoyak, telur dia lah tu dijadikan masakan yang lain..
ردحذفKann memang betul ada Sun hehehe
حذفTelor ikan goreng sedap tu, byk menu2 bufet ramadan kat genting plk tu.. btl2 mkn angin
ردحذفYeee Kak, makan begitu ratah ajee sedap...
حذفWahhh jauh perjalanan Sis Lin Buffet Ramadan. Best tengok makanan mereka. Nyummmmmm!
ردحذفSesekali bertukar angin kannn .. gitu laaaa
حذفwah jauh sis lin berbuka puasa.. nun tinggi ke genting tu. rugi lah sampai genting tak shopping hehe. tapi ramadan staycation memang enjoy buffet jer lah kan, dah menu semua sedap2 tu tengok..
ردحذفTu laa last minit plan, redah aje laa, alhamdulilah jauh berjalan, makan puashati...
حذفNell tahun ni tak berkesempatan untuk merasa iftar kat atas bukit ni... hopefully next round dapat pergi.. Best kan, makanan pun sedap, tempat staycation pun best..
ردحذفYaa Nel, best betul resortnya, next time stay sini je kalau nak ke Genting...
حذفTakpe sis, anggap macam staycation je sampai sini. Best juga kan, ke tempat sejuk masa bulan puasa.
ردحذفKannn, sesekali bertukar angin makan berbuka, sambil lepak staycation dengan kawan.. nikmatttt...
حذفThis place seriously serves up an amazing and beautiful ramadan spread! the Telur Ikan Goreng really is a rare and unique find!
ردحذفYup Grace, pestime i makan buffet da telur ikan goreng...
حذفWow! Sampai ke Genting gitchew. Masa Ramadan haritu, kami sekeluarga pun plan nak ke sana tapi ada hal la pulak, terus cancel. Minat betul tengok plating dan gaya susunan kat Geo Resort Hotel ni. Kreatif dan buat kita rasa excited nak rasa semua makanan yang terhidang.
ردحذفIyerrr.. bertukar angin gitu sesekali, jejauh pergi tapi puashatii.. makanan sedap, dan tempatnya selesa...
حذف