BUFFET RAMADAN DINNER HARD ROCK HOTEL DESARU COAST

Sis Lin
29
BUFFET RAMADAN DINNER HARD ROCK HOTEL DESARU COAST | SESEKALI ini kali kita pi buka puasa makan jauh sikit dari rumah. Kalau dari Pasir Gudang tempat Sis ke Hard Rock Hotel Desaru Coast (HRHDC) ni, ada dalam 43km lebih macamtu, jauh kann.. tapi jauh perjalanan, puashati makan. Sebabnya semua menu-menu yang di hidangkan sangat sedap dan rasa puashati bila makan. 

Bukan laaa kata yang sebelum-sebelum ni tak sedap, semua pun sedap, ada kelebihan dan kekurangannya, Sis kata macamtu sebab rasa berbaloi datang jejauh, dan makanan #buffetramadan nya semua sedap. So takde laa kau rasa frust kan drive jejauh.. gitulah maksud Sis. 

Bertemakan 'The Malaysian Endemble Dinner Buffet', makanya semua hidangan yang di sediakan memang sangat menepati citarasa selera bagi sesiapa saja yang suka makan pelbagai variasi makanan. Masakan Melayu ada, Cina ada, India ada, semua pun ada. 

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Lebih dari 150 hidangan yang di sajikan, sememangnya semuanya nampak begitu mengiurkan. Masa Sis sibuk amik gambar tu, mata dah tertumpu dengan menu Seafood Masak Lemak Cili Api tu, punya laaa nampak sedap, ternyata memang sedap. Rata-rata semua orang ceduk lauk tu hehehehe.. 

Ye laa, biasa mana-mana Hotel akan ada Seafood On Ice kan? Tapi tak semua orang pandai makan, so Chef Izzudin kata, dia beri kelainan dalam makanan laut dengan memasak kesemuanya dalam satu menu. Betul juga kata Chef kan, memang bagus idea gini. Sis suka sebab ketam dia besau hehehe.. 

Main dish dia memang semua boleh di katakan sedap, ada Paru Goreng Bercili, Kambing Kuzi, Sayur Lemak Pucuk Ubi, Ayam Masak Merah, Kari Ikan, Sayur Kangkung Goreng Belacan dan beberapa jenis menu lagi. Walaupun korang akan nampak tak banyak menunya, tapi bila kau makan memang sangat 'worth it' okay.. Alaaa buka puasa ko bukan makan banyak mana pun kann.. 

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Bukan itu saja, beraneka jenis Kerabu pun ada, Sis sampai ceduk kesemuanya nak rasa sebab nampak sedap beno dan memang betul sedap, lebih-lebih lagi Kerabu Seafood tu haa adoiii dua kali ceduk hohohoh... Yang bestnya lagi, bagi korang yang bawa anak-anak, buffet ramadan HRHDC ni juga ada menyediakan kaunter menu untuk kanak-kanak okay. 

Maksudnya, ada di sediakan menu seperti, Mac and Cheese, Spageti Carbonara, Goreng-gorengan seperti Nugget, HotDog, dan lelain tu haaa.. so sangat Children Friendly yaa, ye laa bebudak kan, bukan makan sangat nasi berlauk, so kenalah sediakan menu kesukaan mereka. Nice kan?.. 

Juga ada Bubur Lambuk, Sup Ekor, Roti Nan, Roti John, aneka ulam-ulaman, berjenis sambal sambalan, Keropok, Kerepek, buah-buahan, Lemang Serunding juga Kuih-Muih Tradisional. Yang bestnya, ramai tak tau Kuih Seri Muka tu adalah perasa durian hahaha.. Sis makan kemain banyak, sebab sedap gilerrr ko hahahaha.. lagi satu kan, ada Kuih Dangai juga, pun sedap.. 

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Haa yang atas Sis cerita tu, tu bahagian dalam, so korang jalan pulak ke bahagian luar restoran, situ pun ada juga menu-menu panas yang tersedia. Jangan lupa mencuba Mee Bandung mereka yang memang di buat khas kata Chef. Istimewanya kuah Mee Bandung ni lain dari yang lain. Sekali cuba memang nak lagi. Menu ni mereka buat rotatation, kalau harini Mee Bandung, esok Laksa Johor, lusa Kari Nyonya, begitulah kesemua menu-menunya berpusing. 

Juga ada masakan panas seperti Bihun Goreng, atau nanti ada Mee Goreng, Kue Tiaw Goreng, juga ada bahagian grill, korang boleh makan Satay, Otak-Otak, Ayam Roasted dan paling Sis suka Lamb Chop tu, perghhh makan pepanas, curah sos lada hitam, bila makan tak ingat ada kolestrol oiii hahahahaha.. 

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Dan di bahagian luar tu jugalah di sediakan aneka minuman panas seeprti Teh Tarik, Nescafe Tarik dan pelbagai minuman ceduk, dah macam bazar ramadan pulak yaa hehehe.. Korang juga akan di hiburkan dengan persembahan Ghazal di bahagian luar tu. Tapi duduk dalam pun still boleh dengar juga. Cuma Sis lebih suka hiburan tahun lepas, sebab tahun lepas buffet mereka ada 'Live Band' berserta nyanyian live, tu baru rockkkk hahahaha.. 

Kemudahan Surau juga di sedakan. Surau di tingkat lobby belakang Cafe Elephant. nampak pintu dewan besar tu, haa tu laa Surau, tapi wudhuk, korang kena pi toilet yaa.. Sejadah ada di sediakan, telekung kena bawa sendiri. 



Nak tengok LEBIH BANYAK GAMBAR menu-menunya lagi, korang klik laa Facebook Pages Sis di atas tu ya, atau klik SINI aja. So korang jika ada kesempatan, bolehlah datang mencubanya ya. 

The Malaysian Endemble Dinner Buffet
Buffet Ramadan Hard Rock Cafe Desaru Coast 
Bermula dari : 7 April sehingga 2 May 2022
Dari jam : 6.30pm hingga 10pm 

Harga Per-Seorang : 
Dewasa : RM 118nett
Kanak-kanak : RM 59nett

Tempahan secara GROUP : 
Buy 10 Free 1

Untuk tempahan : 
Call : +607 838 8888 atau
Email : fnbmarketing@hrhdesaru.com

Sedap itu subjektif, nak tau, kenalah cuba sendiri yaa.. 


P/S: Korang dah beli baju raya ke?.. 

Post a Comment

29Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Best la buka puasa kat HRC, banyak pilihana tu ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr SA, walau menang tak banyak tapi sangat menyelerakan...

      Delete
  2. Ya Allah dugaan apakah ini..hahaha sedap semuanya

    ReplyDelete
  3. Meriahnya juadah dia. Lokasi pula memang dah vogue the vast. Tu kalau CLP nampak seafood mau diajaknya semua berbuka ke sana nie Sis Lin hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, dia gan Sis sama laa hantu, tapi CLP lebih menghantui hahahaha

      Delete
  4. Gambar2 sangat cantik. Best la berbuka kat sini. Pernah la menginap kat Hotel ni dan memang best!!. Makanan laut tu nampak mengancam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr Ezna, di sini semua suasana best dan menu-menunya pun lazat kan.. mai datang lagi...

      Delete
  5. Wow... best nyer buffet package ramadan di Hard Rock Cafe Desaru. Saya belum sempat jejak kaki ke Hard Rock Desaru lagi. I wish to dine here one day. Insya-Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. One day mai laa ke JB dan singgah stay dan eat sini Fadima..

      Delete
  6. Meriahnya menu...
    Semua nampak sedap..
    Betul la..seafood lemak cili api tu nampak sangat menggoda..selamat menjamu selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Mama, seafood tu memang menarik perhatian ramai.. semua orang ceduk...

      Delete
  7. Alamak kecur liur baca review ni kak. Haha. Seafood Masak Lemak Cili Padi tu nampak sedap betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan.. tahun depan buffet mai JB makan sini yaaa Hasif...

      Delete
  8. Banyak pilihan, rotate menu okaylah kan. Berbuka kat sini confirm tak tahu nak makan apa dulu, semua sedap sedap. Kecur! Silap timing pulak datang siang. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fizah, rotate menu dia so takde laa kalau yang stay situ pi makan rasa jemu dengan menu yang sama aja kan...

      Delete
  9. Fuuhhh.. merecik betul menu yang ada kat hotel ni

    ReplyDelete
  10. typo tu sayangku... The Malaysian Ensemble Dinner Buffet sepatutnya... tahun ni takde rezeki berbuka dekat sini, ku cancel ri tu sebab kereta takleh gerak jauh sangat dah..mencicit-cicit bunyinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo baru perasan laaaa, malas nak edit hahahahahaha tau haritu ajak sekali ko, kot ko nak jon sekali, tapi tengok ko dah ada event..

      Delete
  11. Teringin nak pergi Hardrock juga taw, tak pernah lagi even staycation kat mana2 HR di Malaysia. Cantik bah yang ni, buffet pun sgt reasonable harganya! Hopefully ada trip ke sana la, sempat juga singgah nanti before Ramadan berakhir!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Nel, memang sangat cantikk, mana-mana HRH memang view dan makannya best.,

      Delete
  12. This place seriously serves up an amazing and beautiful ramadan spread! i hope i get to drive down to the hotel to try the amazing malay dishes such as the kerabu salad!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Grace.. sangat-sangat relaxing makan dinner di sini.. one day you come and try..

      Delete
  13. Rindu pulak nak pi makan-makan kat Hard Rock Hotel. Suasana menenangkan dan banyak spots yang cantik untuk kita abadikan kenangan kan. Makanan, confirmedlah superb rasanya tu. Sampai teringat-ingat bila balik rumah.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!