BUFFET RAMADAN DINNER IKEA | SEMALAM malam duk bukak facebook lalu lalang orang share buffet ramadan dinner IKEA ni haa.. boleh di katakan, lama juga IKEA tak buat buffet ramadan dia, tu yang orang ramai memang tertunggu-tungu, termasuk gak Sis. Tapi fikir nak ke IKEA Tebrau tu, then dengan jalan jem dan orang ramai nak berbuka, menjadikan nak pergi fikir dua tiga kali.
Kalau tanya Suami Sis, lagi laa dia geleng kepala, takat kalau nak makan pi IKEA time bersahaja, dia okay, tapi kalau memang pergi time orang menunggu dan duduk makan berbuka tu, memang Suami pilih makan di rumah ajerr dari nak bersesak hahahaha, dah faham sangat dah perangai dia.
Tapi teringin gak nak mencubanya huhuhu.. takpe la, kot mana tau angin Suami bertukar nanti, dapatlah merasa buffet ramadan dinner IKEA ni nanti. So korang kalau nak cuba, dah bolehlah yaaa, Sis kongsikan di sini untuk korang yang tertanya-tanya.
Kalau korang nak tau macam mana suasananya buffet ramadan dinner IKEA ni, silalah pergi mencuba yaa.. Sis kongsi sekadar untuk info korang aja..
Jom Iftar Buffet Ramadan IKEA
Penggemar Ikea, jangan lepaskan peluang untuk iftar ala buffet di sini. Yer, kat Ikea pun ada buffet. Tersangatlah berbaloi dengan harga murah sangat.
Promosi sah di cawangan Ikea Damansara, Cheras, Batu Kawan & Tebrau.
Lokasi: Ikea Damansara, Cheras & Batu Kawan
Tarikh: 11 - 28 April 2022 (Isnin - Khamis)
Masa: 7 - 9.30 malam
*siap dapat voucher Ikea RM10 lagi!
Lokasi: Ikea Tebrau
Tarikh: 11 - 29 April 2022 (setiap hari)
Masa: 6.30 - 9 malam
*siap dapat voucher Ikea RM5 lagi!
Untuk pertanyaan dan info lanjut, korang boleh contact : ikea tebrau buffet
Kredit gambar (sebagai hiasan) : gambar admin sendiri
Kredit info : Sumber dari facebook sana sini.
P/S: Rindunya nak makan meatball IKEA tuuu ... ngencessss oii..
wak x penah lagi iftar kat ikea tebrau nih.. 😅😅
ردحذفYaaa Wak, Saya sekali dulu pernah, tapi zaman tu tengah stop menulis, so takde laa nak kongsi di sini sebagai gambaran hehehe..
حذف
ردحذفSemoga hati En suami Lin tu nak ikut Lin pi buffet Ramdhan tu..hihihi
Eh .murah banget tu Lin.Tak tau pun Ikea ada buffet Ramadhan.🙈
Padahal Ikea Cheras tu tak jauh pun dari sini..Macam nak pi la .
Hahaha aamiinn, mudah-mudahan Mama, semalam bagitau dia je, terus kata taknak hahahaha.. Dekat dah tu nanti boleh try Mama...
حذفHarganya pun mesra pengguna
ردحذفKannn Wak, jadilah kannn, bukan nak makan sangat punnnn..
حذفbiasanya menu nya apa ye sis lin? kena beli voucher tu masa hari nak pergi or boleh beli awal and book date?
ردحذفMenu dia ada pelbagai menu berlauk kampung juga, dan ada juga menu =-menu dari IKEA Cafe.. Baucer dia kena beli walk-in di IKEA Cafe yaa.. kena beli in-advance sebelum sold out..
حذفwoww murah nya, walk in je ke? memang bayar 20 ringgit eaa
ردحذفYaaa walk-in beli baucernya dulu di IKEA Cafe atau di Swedish Food Market IKEA tu.. Yaa Saya kalau di JB harganya begitu..
حذفTeringin gak bila tgk harga tu murah jugak. Tapi kiteorang pun sama mcm Abg Sabar, malas nak bersesak2 dgn orang ramai. Lagi selesa bila berbuka puasa kat tempat yang tak ramai orang atau tempat luas.
ردحذفHahaha kann, kita dah tau sangat perangai Abang Sabar tu haaaa kekekeke
حذفbanyak org ke ? kena beratur or reserved type ??
ردحذفBanyak orang ikutlah berapa ramai keluar makan sana.. Kena beli baucernya dulu di IKEA Cafe atau Swedish Food Marketnya yaa..
حذف