BUFFET RAMADAN DINNER LEGOLAND® MALAYSIA RESORT

Sis Lin
16
BUFFET RAMADAN DINNER LEGOLAND MALAYSIA RESORT | JUMAAT lepas Sis penuhi jemputan dari Legoland Malaysia untuk hadir ke majlis perlancaran festival 'Build The Thrills Festival' dan juga sekali berbuka puasa #buffetramadan di sana. Rasanya agak lama juga Sis tak ke Legoland ni. 

Buat pertama kalinya, LEGOLAND® Malaysia Resort telah mengubah taman tema mereka menjadi dunia litar lumba. Festival Build The Thrills ini telah pun bermula pada 15 April lepas dan akan berakhir pada 26 Jun 2022 ini. Apa yang akan menarik perhatian orang ramai, festival ini ada menawarkan pelbagai aktiviti dan pertunjukkan setiap hari untuk pengunjung yang datang ke taman tema ini. 

Ini termasuk peluang untuk menyaksikan dan mengambil gambar bersama model LEGO® Ferrari 512 M berskala besar, dengan berat 280kg, pada 2700 x 1200 x 700 mm, versi 3D bersaiz sebenar. Dan yang terujanya kan, replika ini mengambil masa 164 jam untuk direka bentuk dan 480 jam lagi untuk membinanya dengan 78,496 bata. Perghh bukan senang yaa.. nampak mudah, kalau tengok secara dekat, sangat mengagumkan. 

Korang boleh baca info dan aktivti selanjutnya festival tu dengan klik link di bawah ini yaa.. 


Buffet Ramadan Dinner Legoland Malaysia Resort

Buffet Ramadan Dinner Legoland Malaysia Resort

Selesai aja majlis perlancaran tu, kitaorang semua bergegas ke Hotel Legoland untuk berbuka puasa di Bricks Family Restaurant mereka. Tengok jam dah hampir jam 6.50pm, so dalam kepala fikir, mesti dah ramai dan fullhouse. Dan sangkaan Sis ternyata betul.

Time ni Sis dah blur dah hahahaha.. duk fikir macam mana ni, nak amik gambar makanannya dulu ke, nak ceduk makanan dulu ke, sebab rata-rata semua orang dah mula ceduk makanan dan kalau bangsa Cina siap dah duduk makan lagi hahahaha.. ko ngase?...


Nak taknak, atas nama 'kerja', okaylah takpelah, kita round pusing-pusing sambil amik jugalah gambar, jangan tidak kann.. walaupun makanannya dah 'lompong-lompong' dalam tray tu, tapi Sis ko gigihkan juga amik gambar mana yang dapat jer laa untuk Sis kongsikan di sini.  

Buffet Ramadan Dinner Legoland Malaysia Resort

Buffet Ramadan Dinner Legoland Malaysia Resort

Buffet Ramadan Dinner Legoland Malaysia Resort

Pilihan menu dia banyak, lebih dari 200 menu ada, ada menu western, dan juga menu masakan kampung. Taknak makan nasi pun, ada juga bubur dan aneka mee dan pasta. 

Tapi yang jadi perhatian Sis adalah Smoked Duck dan juga Daging Lemak Cili tu (ye ke tak ek namanya) haaa.. cuma agak masin sikit rasa lemak daging tu haaa.. tapi okaylah.. Di sebabkan masa Sis sampai semua orang dah ceduk makanan, so memang banyaklah makanan yang dah 'selesai', makanya amik je laa mana yang ado dulu, korang kena tunggu mereka topup lagi. 

Bab makan buffet ni kena sabar, jangan berebut macam soploh hari tak makan oii.. jangan risau, memana hotel kalau buffet, mereka akan topup menu tu kalau habis, so korang kena sabar okay.

Buffet Ramadan Dinner Legoland Malaysia Resort

Buffet Ramadan Dinner Legoland Malaysia Resort

Buffet Ramadan Dinner Legoland Malaysia Resort

Di bahagian luar sana mereka letak bahagian bakar-bakar, so korang bolehlah dapatkan Kambing Golek, Ikan Bakar, Otak-Otak, Kebab, aneka pasta, aneka mee dan juga bermacam jenis menu grill laa di situ. Pastikan jaga SOP yaa.. jangan rebut-rebut.. 

Bahagian pencuci mulut dan buah-buahan pun banyak pilihan. Shushi pun ada, jeruk pun ada, semua ada laa.. nak cite semua pun tak tau nak tulis namanya hahahahaha.. cuma gambar, mana yang ado je laa Sis dapat letak yaa.. 

Sambil makan pun korang akan di hiburkan dengan selingan penari-penari Zapin dan Joget. Bebaik kalau time makan tu, jangan pulak ko heret pinggan tu ke pentas yaaa hahahaha.. pantang dengar zapin ekk terus nak masuk line muahahahaha.. 

Buffet Ramadan Dinner Legoland Malaysia Resort

Buffet Ramadan Dinner Legoland Malaysia Resort

Buffet Ramadan Dinner Legoland Malaysia Resort

Bertemakan Flavors Of Nusantara Buffet, harga buffet ramadan di Legoland Malaysia Resort ini memang menjadi perhatian pengunjung luar. Baik dewasa mahupun kanak-kanak. Tapi paling happy kanak-kanak laa kan, dapat makan dan dapat bermain di taman tema.

Surau juga di sediakan di tingkat 3. Sejadah tersedia, telekung sila bawa sendiri. Dan perlu di ingatkan, sila amik wudhuk terlebih dahulu sebelum masuk Surau, sebab dalam Surau tu tiada tempat amik wudhuk ya.. harap maklum..   

Buffet Ramadan Dinner Legoland Malaysia Resort
Flavors Of Nusantara Buffet

Harga per-seorang :  
RM138nett Dewasa 
RM70nett Kanak-Kanak 
*Additional 10% Off for Annual Pass holders
*Each purchase of the Dinner Buffet is entitled for a SEA LIFE Malaysia access at RM20 ONLY! 

Untuk tempahan :
Call : +607 560 3808/3884 atau 
Email : admin.fnbhotel@legoland.my

*Daily performances throughout the month of ramadan except Tuesday


P/S: Huru-hara sangat kali ni, sampai gambar OOTD dekat restaurant pun takde, kita tepek gambo dalam Surau hahahaha.. 

إرسال تعليق

16تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. alor comelnya adik2 ku amek makanan hahahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha aku yang suruh dia action, sebab aku nak amik gambarnya hahahaha

      حذف
  2. Rasanya memang semua makanan mereka akan top up kecuali kambing golek tu. Haaa tu yang orang berebut dulu. Hehe. Walaupun kita tak puasa sepatutnya hormat juga la pada yang berpuasa ye tak?. Kalau anak kecik makan dulu ok ajer....

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Ezna, kadang susah nak kata, datang time puasa ni, kaum Cina pun nak makan juga, cuma timing je tak kena hehehe.. so yang Islam ni time nak buka, banyaklah lauk pauk dah hilang hahahaha

      حذف
  3. Meriah buka puasanya ye. Juadahnya pelbagai. Dan pastinya, Rawlins yang akan naik menari zapin bersama pinggan kalau datang sana haha

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Rawlins, meriah memang sebab ramai kanak-kanak gembira..

      حذف
  4. nampak sedap pulak buffet ramadhan ni Legoland ni. banyak aktiviti dan makanan pun best.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Fareast, sini anak-anak suka datang makan.. dapat main sambil makan..

      حذف
  5. Anak-anak happy la berbuka sebelah banyak Lego ni. RM 138 okay sangat ni dengan banyak juadah tu kak. nyummy!

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Ruby, cakap je Lego mesti anak-anak dah terloncat hahahaha

      حذف
  6. Kak pun klu pg buffet Ramadan mmg blur nk pilih yg mana satu nk mkn dulu sbb mmg sedap2 menu2 ygvdihidangkan

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Kak, makan kena tenang-tenang fikir apa nak di makan.. janji jangan membazir..

      حذف
  7. Menarik nya menu buffet dia. Daging dia nampak sedap. Sepanjang Bulan Ramadan tak berpeluang lagi pergi buffet. Memang berbuka dekat rumah je ni

    ردحذف
    الردود
    1. Takpe Nadia, lagi best juga masak dan berbuka di rumah.. Sis kadang pi buffet ni saje nak enjoy-enjoy dengan kengkawan...

      حذف
  8. Wow meriah nyer buffet ramadan di legoland ni, memang banyak pilihan yang sedap dan tempat pun best

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, makan pun seronok sebab riuh dengan anak-anak...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!