BUFFET RAMADAN DINNER OPERO HOTEL SOUTHKEY | MUNGKIN ramai tertanya-tanya 'Di manakah Opero Hotel ni?', atau ramai memang nampak bangunannya yang bersebelahan dengan SOGO tu, tapi tertanya-tanya, 'Dah buka ke?'.. Yaaaa, hotelnya dah buka sepenuhnya sejak 14hb Mac 2022 yang lalu, masih baru, fresh dan 'bau kedai' orang kata hehehehe..
Bersempena dengan bulan ramadan ini, Opero Hotel Southkey juga tidak ketinggalan untuk sama-sama meraikan bulan ramadan ini dengan mengadakan #buffetramadan buat semua pengunjung hotel mereka yang berada di Johor mahupun luar Johor. Hotel bertaraf 4 bintang ini menyajikan lebih 200 menu sajian air tangan dari Chef Mahady yang pasti tidak akan mengecewakan korang.
Sis berkesempatan untuk pergi menikmati buffet ramadan dan berbuka di sana pada hari ke-tiga berpuasa baru-baru ni. Melangkah masuk ke hotelnya wowww nampak mewah, elegant dan moden sungguh dekorasi hotel Opero ni yaa.. dalam hati kata, ni tempat orang 'have-have' ni hehehehe..
Untuk buffet ramadan mereka, korang kena turun ke Level LG di Grand Florius Ballroom mereka. Disitulah buffet ramadan mereka di adakan. Ruang dewan yang luas, selesa dan tenang, pasti kalau makan susah nak balik ni hahahaha..
Menu-menu mereka yang menjadi tumpuan semestinya Kambing Golek Kuzi, Sis sendiri pun sukakannya, sebab isi dagingnya juciy dan sedap di makan dengan nasinya sekali (nasi apa ek, lupa laa). Juga pelbagai menu 'main dish' yang tersedia. Antaranya; Sotong Goreng Tepung, Aneka Kerabu, Sup Ekor Pedas, Rendang Daging, Salmon Baked Cheese, Seafood On Ice, Brisket, Ayam Panggang, Satay, Laksa Johor, Ikan Bakar, Yong Taufu dan bermacam-macam lagi...
Yang bestnya, Sis terjumpa Uncle Putu Mayam yang biasa Sis beli di Permas tu hahahaha.. hebat betul Uncle, sampai masuk Opero Hotel yaaa. Tapi Putu Mayam dia memang sedap, ada aneka rasa okay.. Korang cubalah nanti.. kalau dengar bunyi 'Pet, pet pet.. Putu Mayam', haaa dia laaa tu hahahaha..
Psttt jangan lupa juga tunjuk bakat korang membuat aiskrim cone korang nanti guna mesin tu haaa.. rata-rata kengkawan Sis yang buat, takde yang berjaya elok cantik macam staff McD tu buat hahahahaha... tapi rasa aiskrimnya semua kata sedap.. Sis tak makan, sebab overdose makan manis malam tu oii.. so sedor diri sat muhasabah hahaha..
Lagi satu, sebagai penutup, korang jangan lupa mencuba Bubur Kacang Durian dia (lupa nak amik gambar dalam mangkuk), perghhh mantop meletop top top.... Sis sangat sukakannya walau Sis nengok, yang lelain takde pun amik makan, maybe memasing dah kekenyangan baham kambing hahahaha.. nasib baik Sis simpan space sikit, kalau tak rugi tak makan oiii.
Yang bestnya, sepanjang korang menikmati hidangan berbuka puasa, korang di hiburkan dengan persembahan Ghazal. Apalagi, sambil makan, terlenggok-lenggok badan dan bahu yaaa.. lagi-lagi kalau dia nyanyikannya lagu '4 Dara' tu hahahah memasing mengelenyah nak menari ekkk hahahaha..
Surau juga mereka sediakan di Tingkat 4. Sangat selesa dan sangat luas. Sejadah ada tersedia, cuma telekung korang kenalah bawa sendiri ya. Tempat amik wudhuk juga ada dalam Surau tu, cuma toiletnya aje jauh dari Surau, so better sila ke toilet dulu sebelum masuk Surau ya..
Untuk lihat LEBIH BANYAK GAMBAR lagi, korang boleh ke facebook page Sis di atas tu, atau klik SINI aje okay..
So apalagi, jom buat tempahan sekarang ..
Buffet Ramadan Dinner Opero Hotel Southkey
No 2, Jalan Southkey 1/2, Kota Southkey, Johor Bahru, Malaysia
07-336 7888
‘Bazar Makan-Makan’
Tempat : Grand Florius Ballroom, Level LG
Bermula 4 April - 2 Mei 2022
Dari jam 6.30pm hingga 10.30pm
Harga untuk seorang :
RM148nett untuk Dewasa
RM69nett untuk Kanak-kanan
[Complimentary vouchers for every 10 purchased vouchers!]..
Untuk tempahan : wasap.my/601136800899
P/S: Harga memang mahal, tapi dengan menu tersedia, memang puashati makan.. cuma Sis ko tercari-cari, 'Takde Asam Pedas ek?'.. hurmmmmm...
Ingatkan Sogo KL ni baca sampai habis la kat JB ye?. Tengok sedapnya lauk pauk yang dihidangkan. Terliur tengok. Baru pukul 3 petang je ni Sis Lin.....Hahaha
ردحذفHehehehe jangan tak tau, JB pun ada SOGO yaaa hahahaha
حذفPutu mayam tu dia bawa masuk dengan motor dia sekali ka Lin?
ردحذفNostalgia buka posa diiringi ghazal...Dulu2 dengar dari radio la sambil buka posa
Aaah MamaCella, siap dengan motornya sekali hahahaha
حذفPetang-petang tengok juadah kat Opero nie buat terliur la Sis oii hahahaha
ردحذفNasib petang nie berbuka dengan CLP, confirm kenyang
Kannn banyak pilihan Rawlins, puas makan, berbaloi dengan harganya..
حذفMenariknya!
ردحذفMakanannya pun sedap belaka.
Yaaa Amie, sangat-sangat mewah makanannya.. puas rasanya makan buffet di sini...
حذفterkenang-kenang menu opero bila dah balik rumah hahahaha
ردحذفHahahaha bubur kacang durian dia perghhh dapnyaaa...
حذفAlhamdulillahhh, kurang kempunan sebab dah try jugak.. hahaha.. Sungguh, memang sedap.. tempat selesa.. berbaaloi dengan harganyaaa itu..
ردحذفHahahaha engko makan salad je kann? Hahahaha rugi diet kalau pi buffet ni kan Non...
حذفFood presentation dia buat rasa macam tak sabar nak makan. Sambil makan sambil dengar lagu lama syok jugak. Nampak cerita P.Ramlee jugak tu.
ردحذفYaa Fizah, sangat nampak mewah serba serbi.. dari menu dan juga tempatnya...
حذفMenarik juga ye buffet ramadan spread kat hotel ni sis Lin.. if ada pergi Johor boleh singgah sini bah.. now tengah gigih merancang trip since boleh kesana kesini.. :)
ردحذفHotel baru Nel, mestilah meriah kann, lagipun memang gah sikit menu dan dekorasi dia... mai leee JB...
حذفMeriah juga buffet berbuka kat Johor ye, kemain banyak pulak tu menu rare.
ردحذفMeriah Yani, Opero ni hotel baru, so memang laaa semua nak ke sana merasa hehehe
حذفWow their ramadan buffet spread is so scrumptious, will check out this hotel when i go to Johor.
ردحذفYaaa kelly, meriah dengan makanan .. semua pun ado.. come to JB.. we buka puasa sama...
حذفYa ampun sis... Meriah menyelerakan! Hebat presentation food depa. Cantik
ردحذفBeruntung laaa orang JB
Kalau dekat ni dah booking dah
Hehehe kot laa TERdatang JB, mai lerr makan sini..
حذف