DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA

Sis Lin
6
DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA | SELAIN dari korang mengadap handphone sebelum berbuka tu, ada lebih baiknya korang amik masa sepuluh minit sebelum duduk depan makanan di meja tu dan korang berdoa. Sis pun bukannya 'baik' yang boleh menasihati orang, tapi cukup menasihati sekadar peringatan bersama. 

Tak payah cakap orang lain, kadang anak-anak dan Suami pun sama jerr buat macamtu, dah nak buka, depan meja pun memasing pegang handphone, hurmmm.. so lepas ni kita tegur dan kita ubah cara kita sebelum berbuka. Bukan susah mana pun, just angka tangan dan berdoa. Doa je apa yang korang nak doa. Sebut dalam hati, nak cakap kuat-kuat pun boleh, so yang lain-lain boleh aminkan.. 

Kita dituntut di dalam agama untuk sentiasa berdoa kepada Allah walaupun ketika makan. Tambahan pula, doa orang yang berpuasa adalah mustajab. Begitu dasyatnya doa sebelum berbuka puasa, rugi kalau kita tak amalkan dan meminta kepadaNya.. 

Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur, tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.

Dasyatnya Doa Sebelum Berbuka Puasa

Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras.

Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka menjelang azan maghrib, kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu... atau dzahaba zhoma'u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.

Nabi SAW : “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)

Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT. Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa. 

Dasyatnya Doa Sebelum Berbuka Puasa

Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja..... boleh diubah mengikut hajat masing-masing. 

Cadangan doa ketika  berbuka puasa
1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak-anak berjaya.
13. Perniagaan yang diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tangan kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal. 
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yang dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan

Yang tak pernah Sis tinggal berdoa dalam dua tahun ni adalah, agar di jauhi dari wabak penyakit Covid-19.. tak putus-putus berdoa.. huhuhu.. ketika di Mekah dan Madinah pun sama, memang doa itu yang utama Sis minta pada Allah.. bagi Sis jika kita sihat dari wabak tu, maka sihatlah kita seleuruhnya dan mudah menjalani ibadah dengan tenang.. 

Semoga memberi manfaat buat semua. #SisSharing 


P/S: Tapi.... realitinya, time nak buka tu, adaa jee benda atau kerja yang lupa nak buat, adoiiii... paling kerap, lupa nak keluarkan buah dalam esbox hahahaha.. 

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tq for sharing..btul..bulan ramadhan ni cubalah ada amik keberkatan sebaiknya

    ردحذف
  2. hahahhaha ye laaa paling lupa nak kuar kan buah ye :p
    insyallah pasni jom sama2 kita doa b4 berbbuka k

    ردحذف
    الردود
    1. Ye ko, buah selalu lupa nak keluarkan dari esbox hahahaha

      حذف
  3. perbanyakkan doa sebelum berbuka puasa

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!