DUA MINGGU AKHIR RAMADAN, JANGAN LUPA QUNUT WITIR

Sis Lin
6
DUA MINGGU AKHIR RAMADAN, JANGAN LUPA QUNUT WITIR | DIAM tak diam, ada baki lagi dua minggu saja lagi selesai laa ramadan kan? Masa pantas betul berlalu. Lagu raya pun dah berkumandang di corong radio, mood raya memasing dah masuk macam kena rasuk hahahaha.. ye laa semua orang dah mula buat persiapan raya. 

Ada yang dah mula buat biskut raya, beli baju raya, dan mula mengecat dan menghias rumah. Memang meriahlah raya tahun ni kan. Lagi pulak kita dah masuk fasa endemik ni, so tahun ni semua orang boleh balik kampung, yehaaaa... 

Dalam pada gembira tu, bebaik dan berjaga-jaga juga yaa semua orang, pastikan kita sihat, dan buat test selfkit RTK tu sebelum pulang ke kampung berjumpa keluarga. At least jika tidak sihat, atau kita +ve, kita boleh elak dari berjumpa ramai orang sebelum kita ni jad pembawa kepada mereka semua. 

Sis tahun ni seperti tahun sudah jugalah, raya di sini aja bersama adik-adik, Mak Abah semua dah takde, so sapa lagi kan nak adik-adik menumpang beraya, kalau tak Sis ni anak sulung. Suami pun Mak Ayah takde juga, di Kuala Lumpur tu hanya anak-anak saudaranya aja, kalau Abang Kakaknya pula, memasing buat hal memasing, so memang Sis tak pernah balik beraya bersama sana kecuali nanti pergi beraya. 

Harini dah masuk 16 ramadan, bermakna kita dah memasuki separuh kedua bulan ramadan. Separuh kedua ni sangat penting untuk kita. Dan bermulalah juga qunut witir di akhir rakaat solat. Korang ada yang amalkannya?. 

Dua Minggu Akhir Ramadan, Jangan Lupa Qunut Witir

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa kita perlu membaca doa qunut berkenaan dalam solat sunat tersebut. Sedangkan, ia sering kali dibacakan setiap kali menunaikan solat Subuh. Hukum membaca doa qunut dalam solat witir adalah sunat sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi.

Antara perkara yang menjadi amalan sunat di separuh akhir Ramadan ialah melakukan bacaan doa Qunut ketika solat Witir 1 rakaat. Cara membaca doa Qunut ketika solat witir sama seperti membaca Qunut ketika solat Subuh. 

“Ketahuilah, dalam Mazhab Imam Syafie, disunatkan bagi mereka yang melakukan solat witir untuk membaca doa qunut witir pada separuh yang terakhir dari bulan Ramadan iaitu bermula pada malam yang ke-16 Ramadan. Ia termasuk sebahagian daripada usaha untuk mendapatkan malam lailatulqadar dengan berhujahkan sebuah hadis: “Maka carilah ia (malam al-Qadr) pada separuh yang terakhir (dari bulan Ramadan)”. 

Telah berkata Imam Nawawi: Di dalam Mazhab Syafie sunnah berqunut pada rakaat terakhir daripada solat Witir di separuh akhir Ramadan. Ini merupakan pendapat yang paling masyhur di dalam mazhab. - (Majmu' Juz 14 m/s 4).

Sependek-pendek bacaan ialah dengan memuji Allah dan berdoa kepadaNya dengan sebarang lafaz yang dikehendaki seperti:

Allahumma ghfirli ya Ghafur
Ya Allah ampunilah daku wahai Allah yang Maha Pengampun. Tetapi yang lebih baik ialah beriltizam dengan doa yang datang daripada Rasulullah.

Hukum mengangkat kedua-dua belah tangan ketika membaca doa Qunut dengan menadah kedua-dua tapak tangan merupakan sunnah. Setiap doa kita juga perlu mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri doa yang baik adalah isi doa itu perlulah terarah untuk memohon kemaafan daripada segala dosa dan kesalahan yang dilakukan terhadap Allah.

Dua Minggu Akhir Ramadan, Jangan Lupa Qunut Witir

Ini adalah bacaan doa Qunut dalam solat witir sebagaimana yang terdapat di dalam Sunan Abi Daud:


اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ، إِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ

Maksudnya:
“Ya Allah Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepadaku petunjuk di kalangan mereka yang mendapat petunjuk-Mu, sihatkan diriku di kalangan mereka yang Engkau berikan kesihatan. Tolonglah daku di kalangan mereka yang mendapat pertolongan-Mu. Berkatilah nikmat yang engkau kurniakan kepadaku. Peliharalah diriku daripada segala keburukan yang Engkau tentukan. Sesungguhnya Engkaulah penentu dan tiada sesiapa yang berkuasa ke atas-Mu. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau muliakan dan tidak akan mulia orang yang Engkau musuhi. Wahai Tuhan kami, Engkaulah yang Maha Suci lagi yang Maha Tinggi”.

Ia hendaklah dibaca pada rakaat terakhir dalam solat witir. Jika kita menunaikan satu rakaat (solat witir) sahaja, maka bacaan qunut dibuat selepas bangun daripada rukuk. Jika kita tunaikan solat witir tiga rakaat, maka bacaan qunut witir adalah pada rakaat yang terakhir. 

Tidak kiralah sama ada kita solat solat tarawih dan witir sama ada bersendirian atau secara berjemaah, jangan lupa untuk membaca doa qunut yang disunatkan ketika solat sunat witir.

Semoga kita dipertemukan dengan malam lailatulqadar yang dikhabarkan dalam al-Quran bahawa ia lebih baik daripada 1,000 bulan. Inshaallah .. 


P/S: Sedihnya laaahaiii dengar lagu raya :((

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Terima kasin kak Lin mengingati kamisemua

    ردحذف
  2. Sis Lin terima kasih ingatkan. Sebenarnya kalau dilihat maksud doa Qunut tu banyak makna tersirat. Tambahan bab rezeki.

    ردحذف
    الردود
    1. Sama-sama kasih Ruby.. Benar, ikutkan setiap bacaan dalam solat kita pun punya banyak makna tersirat, begitu juga ayat-ayat Quran.. sama-sama kita amalkan..

      حذف
  3. insya'Allah sama2 kita amalkan baca doa qunut dalam rakaat terakhir witir, separuh ramadan terakhir ni..

    ردحذف
    الردود
    1. Moga kita mendapat hidayah dan rahmat dari Allah...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!