JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK BAGI NEGERI JOHOR 1443H/2022

Sis Lin
0
JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK BAGI NEGERI JOHOR 1443H/2022 | ALHAMDULILAH esok kita akan mula berpuasa dan kita sudah pun masuk ke bulan ramadan, bulan yang penuh keinsafan dan keberkatan. Moga kita semua sihat dan kuat untuk menjalani ibadah puasa hingga selesai ke penghujungnya dan seterusnya meraikan Syawal. 

Tahun ni pasti meriah dan excited nak berpuasa dan beraya kan. Ye laa apabila sempadan negara telah di buka semalam, rata-rata ramai keluarga yang terpisah setelah dua tahun, akhirnya bersatu kembali dan sama-sama dapat menjalani hidup dalam fasa endemik secara normal seperti biasa dalam norma baharu. 

At least lega dan happy jugalah kan, tidak laaa rasa berjauhan dan bersusah senang sendirian lagi. Isteri/Suami kembali ke pangkuan Suami/Isteri, dan anak-anak dapat bersama kembali bersama Ayah dan Ibu mereka, syukur alhamdulilah. 

Dan untuk memudahkan semua dan sebagai panduan, Sis sertakan Jadual waktu berbuka puasa dan imsak untuk bulan Ramadhan tahun 2022/1443 Hijrah bagi seluruh negeri Johor Darul Ta’zim. Jadual waktu yang digunakan adalah berdasarkan Portal Rasmi JAKIM e-Solat bagi bulan Ramadhan 1443 Hijrah.

Takwim dan jadual ini disusun bagi memudahkan korang untuk untuk melihat atau menyemak waktu berbuka puasa dan imsak mengikut negeri masing-masing di negeri Johor. Ia disusun berdasarkan empat zon bagi seluruh negeri Johor yang meliputi Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Pontian, Batu Pahat, Muar, Segamat dan Gemas.

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Johor 2022/1443H

Pulau Aur dan Pulau Pemanggil – Zon 1

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Johor 2022/1443H

Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing – Zon 2

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Johor 2022/1443H

Kluang, Pontian – Zon 3

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Johor 2022/1443H

Batu Pahat, Muar, Segamat, Gemas Johor – Zon 4

Kita digalakkan untuk memberi makan /menjamu orang yang berbuka puasa kerana mempunyai fadhilat yang begitu besar. Rasulullah s.a.w bersadba yang bermaksud; 

“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Bersahur merupakan amalan sunat berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud;

“Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Seseorang itu dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;

“Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walau seseorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air”. 

Selamat berSahur korang.. 


P/S: Tak sabarnya nak masak Sahur dan berbuka.. :) 

إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!