KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH JOHOR 2022 RM7 DAN RM10 | KORANG ada yang dah membayar Zakat Fitrah? Alhamdulilah jika sudah, elok selesaikan awal, supaya tidak terlupa dan tidak kelam kabut di saat-saat akhir. Lagipun sekarang mudah, semuanya boleh di bayar secara online je kan.
Walaupun orang kata, biar lambat asal selamat, tapi bab menunaikan zakat fitrah rukun Islam ke-empat ni, janganlah di buat sambil lewa atau remeh yaa. Ada juga kejadian yang memang saat akhir lupa nak bayar, nanti pagi raya laa kelam kabut cari Amil nak membayarnya, dan ada juga 'terlepas' waktu nak membayarnya, pun adaaa, ermmmm.. sedangkan bukak je handphone tu, bebila masa boleh bayar..
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah mengumumkan kadar zakat fitrah bagi umat Islam di negeri Johor untuk tahun 2022, berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di negeri ini, pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram.
Kaedah pembayaran zakat pula boleh dibuat menerusi tiga cara iaitu secara atas talian, melalui amil zakat fitrah dan kaunter zakat MAINJ di setiap daerah. Rakyat dan Bangsa Johor digalakkan menunaikan zakat fitrah di awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum hari raya.
Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor bagi tahun 2022 / 1443H
- RM7.00 – Umat Islam di negeri Johor yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis Super Tempatan.
- RM10.00 – Umat Islam di negeri Johor yang menjadikan makanan hariannya beras selain daripada Jenis Super Tempatan (Beras Import) seperti Beras Wangi, Beras Basmathi dan lain-lain.
Saluran dan Kaedah Bayaran Zakat Fitrah Negeri Johor bagi tahun 2022
Bagi memenuhi keperluan masyarakat menunaikan ibadat zakat fitrah pada tahun ini, MAINJ telah menetapakn 3 kaedah pembayaran sebagaimana berikut;
1. Bayaran Secara Atas Talian (Online)
Bayaran secara online boleh dilakukan melalui 3 kaedah berikut;
- Fast pay di http://fitrah.maij.gov.my
- Zakat Johor online payment di epayment.maij.gov.my
- Aplikasi TULUS di https://www.tulus.my/
2. Melalui Amil Zakat Fitrah
Seramai 1648 amil telah dilantik dan diberi tauliah bagi menjalankan tugas memungut fitrah di seluruh negeri Johor.
3. Melalui kaunter-kaunter MAINJ diseluruh daerah
Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat di semua kaunter MAINJ di setiap daerah.
Peringatan Majlis Agama Islam Negeri Johor Tentang Zakat Fitrah Bagi Rakyat Johor
- Umat Islam yang bermukim di negeri Johor wajib menunaikan zakat fitrah di negeri Johor.
- Umat Islam digalakkan menunaikan zakat fitrah di awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum hari raya.
- Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada MAINJ.
- Memastikan setiap pembayaran zakat fitrah menerima resit rasmi MAINJ.
- Bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19, semua pihak iaitu amil bertugas dan pembayar zakat, prosedur keselamatan yang ketat (SOP) mesti dipatuhi bagi mengelakkan sebarang jangkitan.
Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah
Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Apakah Hukum Zakat Fitrah?
Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk maklumat berikut;
Facebook : https://www.facebook.com/zakatjohor
Laman Web : https://www.maij.gov.my/
Telefon: 07-224 3918
Emel : zakatfitrah@maij.gov.my
P.S: Untuk family Sis kena bayar kadar RM10.00 tu la, sebab kami makan beras brasmati...
tak silap ako, yg no 2 tu kalau kat KL harga nya RM14
ردحذفAKO? of coz RM7 je laaa ... i makan beras biasa je :p
Waa boleh tahan yee harganya beza.. setiap negeri lain kan...tapi kalau niat nak beredekah, bayar lebih tu pun boleh Ret..
حذفalhamdulillah dah selesai bayar zakat.
ردحذفAlhamdulilah...
حذفAlhamdulillah..tq for sharing
ردحذفMoga bermanfaat untuk peringatan bersama Nurul..
حذفYa.. zakat wajibbb dibayor... Ada org pompuan nak bayar sendiri tuk diri pun boleh tu
ردحذفBenar Nona, jika dah bekerja, bayarlah untuk diri sendiri dan juga orang tua mu..
حذفBayar awal senang tak kalut dan tak risau lupa.
ردحذفKannn Fizah.. bila dah sibuk nanti semua jadi kalut..
حذفbaek, insya'Allah nanti kena ingatkan ady untuk bayar zakat fitrah..
ردحذفJangan lupa yaa Sunah..
حذف