KARI DAGING MENU BERBUKA KHAMIS LEPAS

Sis Lin
16
KARI DAGING MENU BERBUKA KHAMIS LEPAS | PUNYA lama punya cerita, baru ni belek gallery, ternampak ini gambar terus nak update kat blog buat ada-ada posting untuk harini hahahaha.. takpelah, gambar bukannya basi, cuma menu berbuka Kari Daging tu jangan di cari, dah habis lumat jadi tahi hehehehe.. 

Memang agak lama juga tak masak menu daging, last Sis masak Daging Goreng tu laa, then balik-balik menu ikan, menu ayam, kalau tak pun, menu telur, tu je laaa yang 'laku' di makan time berbuka puasa. Tapi dah setengah ramadan ni, ermmm memasing dah macam malas nak makan nasi. Siap Suami kata, 'Goreng Kuetiaw je laa esok'... ermmmm.. 

Bila dah Suami kata begitu, so goreng kuetiaw aja laa harini yaaa.. then dah pesan dengan anak bujang, balik nanti singgah beli Ayam Golek tepi jalan nuuuun.. sekali belikan Maknya Tong Mo tu.. dapnyaaa, lama tak makan.. 

Resepi Kari Daging Sedap

Kali ni buat Kari Daging dapat pujian Suami dan anak-anak, kemain memuji kesedapan kuah karinya yang pekat dan sedap tu hehehehe.. bukanlah kata biasa buat tu tak sedap atau Suami dan anak tak puji, tapi entah, ini kali sedap beno kari dagingnya kata Suami, mau Sis rasa gembira sebab walau tengah puasa, tapi rasa kari tu di puji sedap.. 

Sis paling cuakk oii masak tengah puasa nak bagi makan orang, tak kiralah baik Suami atau anak-anak.. lagi kalau akhir puasa tu, adik-adik datang berbuka sini, time nak masak tu perghh berkira-kira nak letak bahan masakan, duk fikir okay ke tak ni, masin ke, tawar ke hahahaha.. 

Kalau ada yang tak puasa, memang jadi mangsa Sis laa tukang rasa hahahaha.. 

Resepi Kari Daging Sedap

Resepi Kari Daging ni sama je dengan bahan-bahan masak kari korang.. cuma Sis punya cara, masa menumis, Sis masukkan tomato potong dadu sekali ketika menumis sebelum masuk rempah karinya. Sis tumis sampai semua bahan menumis layu.. barulah di masukkan rempah kari then tumis lagi sampai pecah minyak.

Bila dah pecah minyak baru masukkan daun kari.. then masuk daging kasi kecut walau dagingnya dah di lembutkan. Baru masukkan air asam sikit, then air juga santan cair. Dah mendidih baru masuk santan pekat. Kentang tu jangan lupa masuk awal, kang keras plak.. 

Ada orang tak tumis dengan potongan tomato, tapi Sis buat. Ikut cara kaum India masak, macamtu laa mereka buat. Mesti tumis dengan potongan tomato. Korang cubalah.. kalau dah cuba, kot tak kena tekak, jangan cuba lagi.. kalau suka, silalah mencuba lagi hehehe..

So harini korang masak menu apa?..


P/S: Korang dah berapa jenis buat biskut raya?.. 

Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Selamat berbuka puasa
    Nampak sedap kari daging tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berbuka Wak.. alhamdulilah sedap...

      Delete
  2. Bila tengok kari mesti terus terbayang roti jala. Bila pekat gini ngam sangat-sangat kawankan dengan lempeng pun ya juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee PC, Sis moreh tu buat lempeng cecah dengan kari tu haaa..

      Delete
  3. Seronok dapat pujian tu. Dari gambar memang nampak pekat kuahnya tu. Samalah kita kak, risau kalau masak tak kena dengan selera orang. Rasa bersalah pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Fizah, walau hari-hari masak juga, tapi kena puji time puasa, lain macam hahahaha

      Delete
  4. kuih raya satu pun tak buat lagi..Entah bila nak buat, nak buat ke nak beli..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli aja laa Eda.. hahahaha kat UTC Pusat Bandar tu banyakk jual..

      Delete
  5. uish sodapnya...nak buat jugak lerr nanti untuk berbuka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah buat,.. pastu buat lempeng time moreh, yummmyyy

      Delete
  6. Kari daging ni kalau pair dengan ikan masin uishhhh... boleh 2-3 pinggan nasi bertambah!

    ReplyDelete
  7. aah sis...tgk mendiang nenek ammi masak pun biasanya dia akan diced tomato tu pastu tumis diawal-awal...sampai layu baru masuk yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. Sis pulak tau sejak pi demo masak India hahaha lepa tu try, waa kari jadi sedap...

      Delete
  8. Tumis tomato ni dulu belajar dari youtuber memasak india tu. Bila kita masak kalau suami dan anak puji (keluarga) memang akan best sangat - sangat. Rasa excited esok nak masak lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, tak silap arwah Mak Sis pun takde buat cara ni, Sis tengok demo memasak baru tau...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!