KOLEKSI TUDUNG COTTON TURKI BY WANY HASRITA LARIS TERJUAL! | BERSEMPENA Syawal yang tak lama lagi tiba, Bidadarihouse telah melancarkan koleksi Tudung Cotton Turki by Wany Hasrita yang terbaru melalui siaran LIVE di Shopee mereka semalam. Dan ternyata ianya mendapat sambutan hangat dan laris terjual. Sis yang sama-sama tonton live tu, memang sekejap je ko tudungnya terjual, nasib baik Sis sempat gak grab time offer tu ha..
Koleksi Tudung Cotton Turki yang terbaru ini adalah kolaborasi Wany Hasrita dengan Bidadarihouse yang di keluarkan khas istimewa untuk Raya 2022. So memang sesuai sangatlah timing dia lancar sebab Sis sendiri pun tengah usha-usha tudung nak pakai raya nanti.
Dalam gambar tu, Wany Hasrita memakai Tudung Cotton Turki koleksi Istanbul. Korang tengok laa, elok terletak dan labuh menutup aurat kan?. Material kesemua koleksi Tudung Cotton Turki ni kalau korang pakai memang sama ajer. Selesa ketika memakai dan kainnya sejuk.
Istimewanya koleksi pertama Tudung Cotton Turki by Wany Hasrita untuk Raya 2022 kali ini, ianya diperbuat dan dikilangkan dari Turki dan terus dihantar ke Malaysia untuk dipasarkan. So memang kat Malaysia takde yaa kain cotton tu.. kalau korang pakai, kira eksklusif laa kann..
Untuk Tudung Cotton Turki by Wany Hasrita ini ada 5 jenis corak pilihan iaitu :
- Bursa Blossom
- Enes Luxs
- Marmaris Bold
- Istanbul Spring
- Izmir Vintage
Dan 5 Corak Tudung Cotton Turki by Wany Hasrita ini mempunyai 6 warna dan mempunyai 2 saiz bidang iaitu bidang 50 dan bidang 55. Kiranya tudungnya patuh syariah muslimah sungguh la kan. Materialnya pun sejuk, dan mudah untuk di bentuk. Ye laa orang perempuan ni kalau cari tudung, mesti nak yang senang di bentuk awningnya, kalau tak rosak mood raya okay...
Haa dah ada yang berkenan? Semua koleksinya cantik-cantik bukan?..
Tudung Cotton Turki by Wany Hasrita ini telah mula dilancarkan dan dijual pada 7 April 2022 (semalam). Dan harganya untuk sehelai cuma RM89 sahaja. Atau korang nak beli combo pun boleh.
Harga sehelai : RM89
Percuma Ziplock
Juga 5x Sampul Raya Bidadarihouse
Beli 3 helai dengan harga RM229 (save RM130)
Percuma Exclusive Raya Box
1x Bawal Printed Turki random
3x Exclusive Sampul Raya
5x Sampul Raya Bidadarihouse
Free Shipping SM
Special combo :
Beli 3 Helai BCT & 3 Helai TURKI Printed dengan harga RM329 (save RM85)
Percuma 2x Exclusive Raya Box
1x Bawal Printed random
1x Bawal random
6x Exclusive Sampul Raya
10x Sampul Raya Bidadarihouse
Free Shipping SM
Bestnya kalau korang beli, korang akan dapat box exclusive ni. Cantik sangat boxnya kan, boleh di jadikan hadiahkan untuk yang tersayang juga ni. Siap dengan sampul raya lagi, nampak nau Turki sangat hokayyy hehehe..
Korang juga boleh dapatkan diskaun RM10 dalam setiap pembelian daripada harga promosi di https://www.bdr.house/BHRM10Raya . Dah ler murah, ada diskaun pulak, ermm berbaloi betul..
Untuk pembelian dan design terkini, korang boleh terus ke website www.bidadarihouse.com, di Shopee BidadariHouse atau walk-in terus ke butiknya di alamat :
Bidadarihouse
58-3, Petaling Utama Avenue,
Jalan PJS 1/50,
46150 Petaling Jaya, Selangor
Facebook Page : Bidadarihouse
Instagram : Bidadarihouse
P/S: Sis udah beli selai nak cuba, kalau okay, boleh laa beli combo tu, harga berbaloi...
Istanbul Spring tu lembut-lembut warnanya..Cantik la Lin
ReplyDeleteYaaa sangat, Lin pun suka design yang tu Mama..
DeleteSeronok laaa beraya dengan tudung cantik ni...
ReplyDeleteKannn, selesa dan yang penting bidang labuh, so sangat menutup aurat dadanya tu kan...
DeleteKita tak boleh pakai kalau tak nak juga tak apa lah kita beli tuk mak dan adik perempuan mereka mesti suka cantik tudung baru ni...
ReplyDeleteBelikan Mak ke adik ke Maha, dapat kotak cantik tu haa, ekslusif sangattt dah tu..
Deletewahhh baru tahu wany kluarkan tudung huhuhuhu
ReplyDeleteIyerr OM< baru je lancar 7/4 baru ni, boleh laa beli buat raya yaaa
DeleteCantik cantik design tudung bawal turki ni. Memang kena sangat dengan Wany Hasrita yang suka pakai tudung bawal.
ReplyDeleteKannn Fizah, dia pakai manis ajaa, terletak tudungnya, tu yang kenan nak beli juga ni..
DeleteSemua cantik-cantik belaka kan Lin, naik rambang mata pulak nak pilih..
ReplyDeleteKann Kak, Lin beli yang design Istanbul tu Kak.. hehehehe
DeleteKoleksi Enes Luxs memang menarik perhatian Sally betul la...dah la warna soft, corak pun tak berat sgt...ishh! Kena pulak dengan baju Sally byk yg plain...
ReplyDeleteEnes pun cantikk.. semua cantikkannn Sally, kena beli semua ni kann hahahaha
DeleteLawanya koleksi Enes Luxs tu. Nampak eksklusif betul. Berbaloi grab kombo kan
ReplyDeleteCici pun suka ek... kenalah beli selai tuu.. nak jimat beli combo..
DeleteCANTIK DESIGN DIA...Tahniah Bidadari House dan Wany Hasrita Untuk koleksi pertama Tudung Turki Cotton Raya 2022.
ReplyDeleteKan semua cantik, tak tau nak pilih mana, tapi Istanbul tu lawaa
DeleteTenkiu sis lin nak hadiahkan kita set dengan box tu ðŸ¤
ReplyDeleteYe ye box aje kann hahahaha
DeleteSiapa yg pakai sure nampak ayu cam wany..cantik sangat
ReplyDeleteKann Hanny, cantik terletak kannn...
Deletelawa2 kan..alang2 beli yang combo la. Jimat & dapat banyak free gift ^_^
ReplyDeleteMemang semua lawa DikBee, Sis dah beli dan pakai dah, selesa sangat..
Delete