KONGSI REZEKI DAN GANDAKAN PAHALA RAMADAN INI DENGAN INFAQ PEK MAKANAN

Sis Lin
2
KONGSI REZEKI DAN GANDAKAN PAHALA RAMADAN INI DENGAN INFAQ PEK MAKANAN | Ramadan adalah sebaik-baik bulan untuk merebut dan meraih 'bonus khas' yang tidak terdapat dalam bulan lain. Oleh itu, semakin umat Islam menghampiri akhir bulan Ramadan tahun ini, adalah digalakkan untuk memperbanyakkan amalan-amalan yang mulia.

Antara amalan yang boleh dilakukan adalah bersedekah, justeru amat wajar untuk umat Islam mengasingkan sedikit bajet untuk bersedekah seperti memberi sumbangan makanan kepada orang yang berpuasa.

KOPETRO Catering, salah sebuah anak syarikat kepada Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), telah mengadakan inisiatif program infaq pek makanan sepanjang bulan Ramadan ini. Program infaq pek makanan ini mensasarkan kepada orang ramai yang ingin menyumbang dan bersedakah makanan kepada anak-anak yatim, golongan yang memerlukan ataupun kepada kaum keluarga sendiri sebagai tanda ingatan pada bulan Ramadan.

Dengan tempahan minimum sebanyak 20 pek, orang ramai yang berminat untuk membuat infaq boleh memilih antara dua set menu makanan panas yang mengandungi nasi, lauk-pauk dan air serendah RM10.00 satu pek dan penghantaran ke sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dilakukan secara percuma.

Kongsi Rezeki Dan Gandakan Pahala Ramadan Ini Dengan Infaq Pek Makanan

Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, berkata program infaq pek makanan ini bukan perkhidmatan baharu yang ditawarkan KOPETRO. Pihak KOPETRO sebelum ini juga telah melakukan inisiatif yang sama untuk membantu mangsa banjir pada tahun lalu. Sumbangan orang ramai turut disalurkan kepada anggota-anggota barisan hadapan seperti Angkatan Tentera Malaysia dan Bomba yang masih lagi bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.

Menurut Mohd. Safwan Zulmani, Ketua Pegawai Operasi Bahagian Makanan & Minuman KOPETRO, selain menawarkan pek makanan panas, KOPETRO Catering turut menawarkan produk sejuk beku sedia untuk dimakan jenama LengQuas keluaran KOPETRO Food.

Mula dipasarkan sejak tahun 2019, sebanyak 5 menu baharu LengQuas telah diperkenalkan pada tahun ini disamping 21 seleksi menu yang telah sedia ada. Dikenali sebagai sebuah jenama yang menawarkan juadah tempatan berasaskan resipi turun temurun, LengQuas telah menambah menu baharu iaitu Ayam Cili Padi, Puff Daging, Ikan Merah Kukus, Ayam Pedas Korea dan juga Daging Perap Barbeku, seiring dengan matlamat LengQuas untuk memasuki pasaran antarabangsa tidak lama lagi.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program infaq pek makanan dan produk-produk LengQuas boleh mendapatkan maklumat lanjut dan promosi-promosi terkini mengenai LengQuas, di Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube @lengquas.official atau hubungi Hotline LengQuas di talian 017-319 5764.


P/S: Alhamdulilah, moga tahun-tahun mendatang lebih banyak yang sudi menyumbang.. 
Tags

إرسال تعليق

2تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Memang teramat bagus dan besar pahalanya brkongsi rezeki ni. Moga terus jadi amalan

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!