KU MENGHARAPKAN RAMADAN KALI INI AKU KHATAM AL-QURAN

Sis Lin
8
KU MENGHARAPKAN RAMADAN KALI INI AKU KHATAM AL-QURAN | OII oitt siapa suruh nyanyi hahahaha..  Jujurnya kan korang tanyalah Suami Sis, berkali-kali mulut ni bercakap bila tiba je ramadan Sis akan kata; 'harap-harap Saya dapat khatam Quran puasa ni', huhuhu memang tu jerr laa ayat yang selalu Sis bagitau Suami tiap kali nak masuk ramadan, tapi .....

Tu laa orang kata, bercakap mudah, nak istiqomah tu susahnya lahaiii... mulanya okay, dalam 5 hingga 8 hari ramadan dapatlah berjuzuk habis, kemudian masuk minggu kedua puasa, ermmm time ni, nak habiskan nak baca 3 lembaran pun susah. Mata dan hati tu syaitan dah mula hasut dan meniup bisikan-bisikan syaitonnnn... mulalah lepas Sahur lepas Subuh, peluk bantal terus membuta.. 

Nanti time Zuhur, Asar semua, dah mula 'lalai', siap solat ada je kerja nak buat, maklum dah mula fikir nak persiapan raya. So mengharapkan Maghrib dan Isyak aje laa dapat membaca Quran, huhuhu macam mana laa nak cepat habis kan khatamnya... astaghfiruallah... 

Tapi takpelah, kalau kita tidak mampu buat semua usah tinggalkan semua, betul tak? at least buka juga dan membacanya.. So bawah ni Sis kongsikan Tips dan cara macam mana nak khatam Quran time ramadan. Korang cubalah follow, moga istiqomah..

Ku Mengharapkan Ramadan Kali Ini Aku Khatam Al-Quran

#1 Mulakan dengan Juzuk 1 pada hari pertama Ramadhan
Bermula seawal mungkin. 

Jika korang berniat untuk khatam Alquran sekurang-kurangnya sekali pada Ramadhan kali ni, mula dari hari pertama lagi! Jika di luar bulan Ramadhan kita sudah membiasakan diri dengan tadarus Alquran, seharusnya tidak sukar untuk kita meneruskannya pada bulan Ramadhan.

Seterusnya bagi muslimah, usah lupa buat kira sekali hari-hari yang anda tidak dapat bertadarus kerana haid. Jika kelaziman anda haid 7 hari, ini bermakna anda hanya mempunyai 22-23 hari untuk bertadarus Alquran.

#2 Letakkan sasaran yang sesuai dengan diri sendiri
Letakkan sasaran harian. Susun jadual bacaan Alquran korang.

Bilakah waktu yang korang dapat meluangkan masa untuk bertadarus membaca Alquran? Sasaran harian tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa waktu mengikut kesesuaian peribadi. Mungkin ada yang selesa bertadarus selepas setiap kali selesai solat fardhu. Mungkin ada yang hanya mampu membaca selepas solat terawih.

Ada juga yang mampu habiskan sehingga 2 juzuk setiap kali sesi bacaan. Setiap orang ada kelapangan waktu tersendiri. Susun dan letak sasaran bacaan yang sesuai dengan diri sendiri.

#3 Sediakan waktu khusus untuk membaca Alquran
Tiada masa? Ini masalah biasa ramai orang.

Masa memang tidak akan ada jika kita tidak meluangkan masa. Atur masa korang. Sebaik-baiknya luangkan masa khusus untuk membaca Alquran. Sediakan waktu khusus untuk bertilawah. Kebiasannya kita memerlukan dalam 30-40 minit untuk mengkhatamkan 1 juzuk Alquran.

Ingin khatam lebih daripada sekali pada ramadhan kali ni? Luangkan masa yang lebih lama dan panjang. Atur masa sebaiknya!

#4 Manfaatkan waktu sebaiknya
Sehari kita ada 24 jam. Berapa lama kita sudi luangkan dengan membaca Alquran.

Sempena ramadhan ni, kurangkan berbual perkara yang sia-sia. Bagi yang sudah biasa bertadarus, biasanya memerlukan 30-40 minit untuk menghabiskan bacaan 1 juzuk Alquran. Jika kita letakkan sasaran untuk habiskan 3 juzuk sehari, maka kita hanya memerlukan 2 jam untuk membaca Alquran.

Ya, 2 jam daripada 24 jam yang kita ada dalam sehari. Cara mudah, waktu yang kita biasa gunakan untuk sarapan dan makan tengahari kan dah boleh digunakan untuk mengaji Alquran.

Ku Mengharapkan Ramadan Kali Ini Aku Khatam Al-Quran

#5 Gunakan tenaga sebaiknya
Membaca Alquran merupakan ibadah yang banyak menggunakan mata dan suara.

Mata untuk melihat helaian muka surat Alquran dan suara untuk membaca Alquran. Jadi, untuk menjimatkan tenaga tidak perlu bersuara dengan terlampau kuat. Cukup sekadar telinga kita sendiri dapat mendengarnya. Simpan tenaga supaya kita boleh berterusan membaca Alquran dengan istiqamah.

#6 Manfaatkan Teknologi
Susah nak baca Alquran sebab tertinggal Alquran di rumah?

Berhenti memberi alasan! Install applikasi Alquran di handphone. Supaya kita boleh baca di mana-mana. Selepas baca, tandakan supaya boleh sambung bacaan di waktu yang seterusnya. Selain itu, kita juga boleh download mp3 bacaan Alquran. Jika badan terlampau penat dan tak larat nak membaca, ambil lah masa untuk dengarkan alunan bacaan Alquran.

Mudah saja kan?

#7 Selalu membawa mashaf Alquran
Biasakan diri untuk selalu membawa mashaf Alquran kemana-mana.

Letakkan di dalam kereta. Simpan di pejabat. Ada kelapangan boleh terus capai dan baca. Tidak kira Alquran besar atau kecil, yang penting biasakan diri untuk simpan dan bawa kemana-mana.

#8 Membaca Di Tempat Yang Tenang
Cari tempat tadarus (membaca Alquran) yang boleh membuatkan kita duduk lama dan menenangkan.

Perlu bezakan ya, antara tempat yang tenang dan terlampau selesa. Jika terlampau selesa, takut-takut kita pula jadi mengantuk sewaktu membaca Alquran nanti. Cadangan tempat yang tenang, boleh sediakan satu ruangan khas di pejabat yang kita gunakan khusus untuk bertadarus pada Ramadhan ini.

#9 Lawan Rasa Mengantuk
Perihal biasa, apabila kita membaca Alquran terasa mengantuk.

Lawan rasa mengantuk, jangan dilayan dan diikutkan sangat rasa tersebut. Apabila rasa mengantuk, berhenti seketika. Buat sedikit regangan dan basahkan muka untuk mengembalikan kesegaran badan. Boleh juga menghilangkan mengantuk dengan menukar posisi bacaan. Apabila penat atau mengantuk membaca dengan cara duduk, boleh membaca sambil berdiri.

Tetapi jangan bertadarus sambil berbaring pula, takut-takut terus terlelap tanpa sedar!

Ku Mengharapkan Ramadan Kali Ini Aku Khatam Al-Quran

#10 Buat kira-kira mengikut sasaran korang
Seperti yang kami tuliskan di atas, setiap orang berbeza sasaran dan keupayaannya.

Ada yang mahu khatam sekali, mungkin ada yang mahu dua kali atau lebih. Disini kami berikan contoh kira-kira ringkas sebagai panduan.

Untuk SATU KALI Khatam Al-Quran :

1. Solat Subuh 4 halaman
2. Solat Zohor 4 halaman
3. Solat Asar 4 halaman
4. Solat Maghrib 4 halaman
5. Solat Isyak 4 halaman

Untuk DUA KALI Khatam Al-Quran :

1. Solat Subuh 8 halaman
2. Solat Zohor 8 halaman
3. Solat Asar 8 halaman
4. Solat Maghrib 8 halaman
5. Solat Isyak 8 halaman

Untuk TIGA KALI Khatam Al-Quran :

1. Solat Subuh 12 halaman
2. Solat Zohor 12 halaman
3. Solat Asar 12 halaman
4. Solat Maghrib 12 halaman
5. Solat Isyak 12 halaman

Jadi persoalannya di sini, kita ingin khatam berapa kali dalam Ramadhan kali ni?
Marilah kita sama-sama meraikan hadis Nabi ini;

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Alquran dan mengajarkannya” (HR Bukhari)


P/S: Jom pasang NIAT bermula SEKARANG..... 

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. In sya Allah boleh Sis. Selamat berpuasa kak.

    ردحذف
  2. jom kita sama2 istiqamah ! Ain pun dh rasa bila dah minggu seterusnya jadi malas . jadi first week ni memang kena rajin kan diri sgt2 . Insyallah

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa follow je tips tu Ain, moga kita dapat khatam Quran..

      حذف
  3. InsyaAllah..Terima kasih untuk tipsnya. Dia kalau dah biasa dan mulakan, pasti jadi mudah.

    ردحذف
    الردود
    1. Inshaallah Fizah, jom kita istiqomah dan teruskan, tak khatam pun takpe, janji bukak baca kan...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!