ME’NATE STEAK HUB BUAT PROMO DISKAUN 50% DUA HARI SAHAJA!

Sis Lin
16
ME’NATE STEAK HUB BUAT PROMO DISKAUN 50% DUA HARI SAHAJA! | KALAU sebut je nama restoran ME’NATE ni, mesti satu ayat je yang terpacul keluar dari mulut korang iaitu 'Mahal', betul tak? Bukan korang jerr, Sis pun sama.. bukan tak mampu tapi nak makan tu fikir dua tiga kali gak hahahaha samaada berbaloi ke idok.. 

Orang kata makan jangan berkira, jangan lokek, yaaa memang betul tapi kalau takat makan sorang dua okay laa, kalau dah family besar, anak ramai, macam mana nak membayarnya kalau dah beratus-ratus hengget.. kena fikir kemampuan memasing la kan..sebab tu Sis kalau orang kata ME’NATE ni mahal, Sis setuju sangat.. dia mahal sebab kualiti dia.. dari segi kuantiti, ikut menu mana ko amik..

Tapi, ada sedikit berita gembira buat korang yang rasa teringin nak makannya, macam Sis ni hahahaha.. now ME’NATE tengah buat promo 50% untuk DUA hari bermula semalam dan hari ini (last day) sempena ME’NATE dapat Anugerah Asean Food Travel sebagai “F&B Brand Of The Year (Steak House)”.. 

Me'Nate Steak Hub Buat Promo Diskaun 50% Dua Hari Sahaja!

Me'Nate Steak Hub Buat Promo Diskaun 50% Dua Hari Sahaja!

So apalagi, Sis laa orangnya yang tak ketinggalan untuk mencubanya. Cuma promo untuk 50% ini hanya sah laku untuk tempahan order secara PICK_UP sahaja. Maknanya korang kena order melalui onlone then korang kena datang pick-up di restorannya. 

Nasib baiklah restoran ME’NATE ni kalau dari rumah Sis dalam setengah jam nak sampai macamtu kalau tak sangkut jem. Sebab tu semalam Sis memilih untuk amik dalam jam 3pm, time orang belum balik kerja, so sempat laa kejarkan balik rumah untuk masak menu lain. 

Dan untuk promo 50% ni juga, ianya hanya pada menu Nate Box sahaja, maknanya menu-menunya dalam bentuk set box. Sis suka box macam ni, sebab semua dalam satu, so banyak pilihan dalam satu box tu. 

Me'Nate Steak Hub Buat Promo Diskaun 50% Dua Hari Sahaja!

Menu-menu Nate-Box yang korang boleh dapat diskaun 50% : 
- HEAVENLY ME’NATE
- HEAVENLY LAMB
- HEAVENLY RIBS
- COMBO A
- COMBO B
- CHICKEN LOVERS
- EXEC SET A
- EXEC SET B
- EXEC SET C
- EXEC BBQ FIESTA
- EXEC LAMB LOVERS
- ULTIMATE BURGER COMB

Sis pilih Combo A & Combo B, memang puashati sangat.. 
Untuk lihat gambar-gambar menu Nate Box tu, korang ke ke SINI 

Me'Nate Steak Hub Buat Promo Diskaun 50% Dua Hari Sahaja!

Me'Nate Steak Hub Buat Promo Diskaun 50% Dua Hari Sahaja!

Combo A 

Set combo A ni dia ada Steak Beef, Chicken, Pasta dan side-side menu yang sedap-sedap! Sesuai dimakan untuk 3-4 orang! Memang berbaloi sangat!! Kalau anak bujang Sis ni kemain suka semalam makan, tak padan dengan sakit hahahaha licin sekali hadap dia sekotak oiii...

Harga setelah diskaun 50% tinggal RM76.00 sahaja, berbaloi murah hahahaa..

Me'Nate Steak Hub Buat Promo Diskaun 50% Dua Hari Sahaja!

Me'Nate Steak Hub Buat Promo Diskaun 50% Dua Hari Sahaja!

Combo B 

Combo B ni pun sama je dengan combo A, cuma bezanya yang combo B ni dia Lamb. Lelain menu dalamnya sama. Yang ni Suami punya kesukaan, dia aje makan sorang Lamb tu, so Omaknya makan ayam ajo laa tapi ada laa rasa sikit hahahaha.. sedap la juga di tekak..  

Harga setelah diskaun 50% tinggal RM88 sahaja.. untuk anak-anak makan memang suka.. 

Me'Nate Steak Hub Buat Promo Diskaun 50% Dua Hari Sahaja!

So harini LAST DAY satu hari lagi untuk korang cuba. Untuk lihat menu-menu lain full beserta harga korang boleh ke IG @menatesteakhub atau ke FB Page Me'Nate Steak Hub mereka ook!

Puashati lerr beli Combo macamni, puas makan! Boleh makan untuk 3/4 orang, memang cukup sangat!!.. Rugi tak cuba time 50% offer ni!! Kalau tak orffer, mahal dah tu oii harganya.. 

PROMO ini hanya untuk SELF-PICKUP sahaja. 
Sempat lagi ni kalau korang nak order untuk buka puasa nanti.. 
Order boleh dibuat di link https://menate.com.my/spnatebox

Me'Nate Steak Hub JOHOR
No. 113 & 115, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor
TEL: 607-2446767


P/S: Tiba teringin pulak nak makan Tony Roma's ... dapnyaaaa... 

Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sedapnya.. nampak agak berbaloi dengan harganya..
    Menate kat Puncak Alam takde..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr harga berbaloi bila offer 50% gini...

      Delete
  2. Wow... 50% discount ek? Pasti ramai giler yg serbu Menate. Hehehe. Dah lah makan kat Menate pun sedap giler. Hehehe ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Fadima, semalam dah last, dia buat dua hari sahaja...

      Delete
  3. Wah Me'nate dah ada 50% plak ye. Menarik nie untuk order dan berbuka kat rumah bersama family kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam dah habis dah Rawlins.. ramai minta sambung lagi offer tu hehehe

      Delete
  4. wow menariknya, banyak pulak menu yang boleh dapat diskaun 50% di ME’NATE. Kepada yang dekat-dekat tu, apalagi, boleh la cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, puas makan dalam sekotak tu haa.. berbaloi sebab ada 50% tu haaa

      Delete
  5. Wow menarik sangat ni 50% diskaun untuk tempahan order secara PICK_UP. Tengak packaging dia pun cantik. Nampak menyelerakan sungguh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn bila 50% cepat-cepat pi order hahahaha..

      Delete
  6. Wow bestnyaaa serious lah 50%!!! Orang2 Johor tak patut lepaskan peluang ni!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa sebab tu Sis cepat terus order, tak rugi beli time diskaun ni..

      Delete
  7. Wah best nyer! ada 50% promos, tak sempat nak buy their HEAVENLY LAMB Box. Hopefully they will have another round of promo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Kelly, beli time diskaun berbaloi-baloii...

      Delete
  8. fuhh sangat berbaloi ya set ni.. kita rugi tak grab hahahah.. kalau x boleh makan seisi keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tunggu mana tau mereka buat lagi diskaun ni kannn

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!