MENU BERBUKA PUASA 1 RAMADAN SUAMI AKU MASAK IKAN KERAPU GORENG KICAP

Sis Lin
12
MENU BERBUKA PUASA 1 RAMADAN SUAMI AKU MASAK IKAN KERAPU GORENG KICAP | PUNYALAH panjang tajuk ek, dah itu yang Sis nak bagitau, so tulis je laa biar korang faham hahaha. Alhamdulilah kita dah melepasi puasa pertama kita, harini masuk hari kedua dah, kejap aje yaa masa berlalu, tau-tau nanti dah penghujung ramadan. 

Semalam korang berbuka apa? di mana? masak apa? dengan siapa?.. biasalah puasa pertama ni memang banyak soalan, hahahaha.. mesti meriah buka puasa korang semalam kan, dapat balik kampung, berbuka puasa bersama family semua. Sis  tahun ni, buka puasa berdua aja dengan Suami. Plan asal adik-adik nak datang berbuka sama, tapi sebab anak  bujang Sis tengah kuarantin Covid-19, so Sis tak bagi semua datang, plan next time aja laa.. 

Dan semalam kebetulan hari pertama puasa hari Ahad, so Suami memang tak kerja. Makanya dari pagi sampai ke petang Sis dan Suami keluar selepas sanitise rumah dan siapkan makan dan minum anak bujang Sis tu. Syukurlah so far kesihatan dia semakin membaik. 

Menu Berbuka Puasa 1 Ramadan Suami Aku Masak Ikan Kerapu Goreng Kicap

Tanya Suami nak masak apa buka puasa nanti, boleh plak Suami jawab, 'Nanti Ayah masak'...erkkk bior betul je kata dia nak masak ekkk hahahaha.. Suami suruh keluarkan Ikan Kerapunya (sekor saiz besar, sekor saiz kecik untuk anak bujang), sebab katanya nak masak Ikan Kerapu Goreng Kicap.. 

So semalam di dapur, Suami laa yang nyiang ikan, siapkan bahan dan kemas semua dapur, Sis? Sis hanya hidangkan dan buat air aje. Ada laa buat Sambal Belacan Penyek, gorengkan karipap dan Vadey juga potongkan buah tembikai untuk pencuci mulut. Lain-lain semua Suami buat, alhamdulilah.. 


Ikan Kerapu tu ikan hasil memancing Suami minggu lepas, tu yang beriyer Suami nak masak tu, katanya nanti dah lama sangat simpan tak sedap. Tapi bulan puasa ni, memang tak lama laa simpannya Bang, hari-hari juga masak hehehehe.. 

Menu Berbuka Puasa 1 Ramadan Suami Aku Masak Ikan Kerapu Goreng Kicap

Alhamdulilah, inilah menu berbuka puasa yang sedap pembuka selera makan. Selain Suami masak Ikan Kerapu Goreng Kicap tu, Suami masak juga Baby Kailan Ikan Asin tu. Ulam-ulaman tu semua kami beli masa ke pasar tengahari semalam. Memang berselera betul makan berbuka semalam. 

Tengah makan Suami tanya, 'Esok nak masak apa Sahur?' hahahaha makan buka belum habis, lauk Sahur dia dah tanya.. Sis jawab 'Entah'... terus Suami kata, 'Masak Sardin jer, ada jering ni'.. kekekeke lagi sonang... so Sahur tadi makan nasi lauk Sardin laa kami bersama dengan ulam-ulaman, alhamdulilah.. 

Pagi tadi Suami tanya, 'Menu berbuka harini apa'? Hahahaha adoiii.. asyik tanya ajaa, belum fikir lagi hahahahaha.. nanti dah fikir Sis wahtsapp jer laaa kat Suami hahahaha.. So korang apa plan harini?..


P/S: Sayu je hati ramadan tahun ni 😭 ...

إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ya allah...nampak sedap tu ha ikan kerapu tuh....gemok2 plak tu....nanti nak cari la and nak buat macam ni...

    ردحذف
    الردود
    1. Itu laa Sis tak berapa suka ikan kerapu SA, tapi semalam masak macamtu sedap pulak cecah..

      حذف
  2. Puasa2 ni, masak simple macam ni paling sedap. Kita esok sahur nak makan nasi la.. tadi pagi makan roti jer.

    ردحذف
    الردود
    1. Yee Kak, semalam simple ajerr buka puasa.. lebih minum air je hahahaha..

      حذف
  3. Menyelerakan betul lauknya pun. Untung encik suami pandai masak. Alhamdulillah..Semoga anak bujang baik baik je dalam tempoh kuarantin. Saya berbuka simple² jugak :)

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah, tapi ikut mood dia juga tu Dana hahahaha

      حذف
  4. dia punya ulam ulaman tuhhh kemain meriah....kalah food review hotel .hahhaa..

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, makanlah ulam untuk kesihatan dalaman Ain oii hahahaha

      حذف
  5. Bestnya kak suami akak pandai masak, sonang kojaan kita. Geram nengok akak punya ulaman tu ada jering dan petai jugak. selalu isteri yang tanya nak sahur apa, nak buka apa tapi ni terbalik lak hhehheh..

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe boleh di katakan ulam tu semua dah jadi stok ni haaa kat rumah untuk ramadan..

      حذف
  6. alhamdulillah, seronok baca keterujaan korang berdua nak masak menu apa...

    eh amat kenapa? aku terlepas perahu..

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha semak dapur i okay bila orang lelaki masak hahahaha..
      Ermmm Amat +Ve lerr..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!