MENU DIET YANG SESUAI DI BULAN RAMADAN UNTUK ORANG DIET

Sis Lin
18
MENU DIET YANG SESUAI DI BULAN RAMADAN UNTUK ORANG DIET | APA laa tajuk macam bunyi terbelit-belit gitu hahaha, arghh janji ko faham sudah. Tapi betullah, Sis nak kongsikan menu dan tips diet yang sesuai di bulan ramadan untuk orang diet. Haa faham tak tajuk tu? Tak faham? Okay abaikan.. ko baca je dalam diam.. 

Apabila tiba sahaja bulan Ramadan dan kebetulan pula korang sedang berdiet untuk kurus, menu diet berbuka puasa serta bersahur sudah pasti akan bermain di fikiran. Ini kerana pada waktu berbuka dan sahur itu adalah ketika di mana sesaorang berpuasa cenderung untuk makan dengan sedap dan banyak tanpa fikir apa pula kesan sampingannya. 

Tak payah orang lain, Sis sendiri aje laa, kalau dah di mulut kata 'Okay harini nak makan sikit jer', tapi bila dah ke #buffetramadan, dan nampak segala macam menu, ko ingat nak tengok jer ke? Hahahaha sebab tu laa, sejak Sis tau ada penyakit tambahan, now Sis banyak kurangkan pi event makan-makan, takut tak boleh control huhuhu.. 

Menu Diet Yang Sesuai Di Bulan Ramadan Untuk Orang Diet

Ramadan bulan sesuai untuk korang diet?

Secara logik akal, mungkin ramai orang yang akan fikir bahawa bulan ramadan adalah bulan yang paling sesuai untuk kita mula berdiet kerana berpuasa itu hal wajib. Ya, korang mungkin betul tentang perkara di atas sebab dengan puasa wajib bagi penganut agama Islam, sesaorang secara tidak langsung hanya akan makan pada waktu tertentu.

Pun begitu, ia juga boleh jadi satu masalah kerana kita cenderung untuk makan dengan lebih sedap dan banyak pada waktu sahur dan berbuka lalu menjadikan usaha diet korang itu rosak. Sebenarnya, keputusan terletak di tangan kita. Korang mungkin tidak perlu tunggu sehingga bulan puasa tiba baru hendak mula diet kerana bila-bila masa sahaja kita boleh bermula.

Namun jika korang masih ingin cuba untuk berdiet dengan berpuasa, jangan putus asa dan teruskan!

Menu Diet Yang Sesuai Di Bulan Ramadan Untuk Orang Diet

Antara tip-tip penting di bulan Ramadan!

Di bulan puasa, ia adalah peluang utama untuk kita semua memulakan atau mengamalkan cara dan gaya pemakanan yang baik. Dengannya, tubuh badan akan jadi lebih sihat. Walaupun korang tidak boleh makan dari terbit fajar hingga tenggelam matahari, namun korang masih boleh makan pada waktu sahur dan iftar dengan juadah yang sihat.

Dengan berpandu kepada beberapa tip-tip penting di bawah, tubuh badan kita akan kekal sihat:

#1. Minum air kosong dengan secukupnya

Bukan pada waktu anda sedang berpuasa ya! Korang masih boleh minum air kosong dengan secukupnya di antara waktu berbuka dan sahur untuk mengelakkan kondisi dehidrasi.

Jumlah yang disarankan adalah sekurang-kurangnya 10 gelas kerana kita sudah tidak makan dan minum kira-kira 12 jam puasa pada waktu siang. Maka, sila cukup minum air. Apa yang penting, adalah sumber air tersebut disarankan dalam bentuk air kosong dan bukan air bergula, berkafein mahupun beralkohol kerana ia adalah pilihan yang salah.

#2. Sahur dengan makanan yang mengenyangkan

Sahur itu sangat penting bagi menyediakan sumber tenaga untuk individu mengekalkan tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan mental sepanjang tempoh anda berpuasa. Pengambilan karbohidrat kompleks daripada banyak sumber seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, daging, telur, tenusu dan lain-lain itu amat penting untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.

#3. Iftar dengan makanan yang menyegarkan

Iftar itu lebih penting untuk mengisi semula perut yang telah lama menahan lapar dan dahaga. Namun, waktu ini bukan lesen untuk kita semua melantak seperti lupa dunia. Pengambilan protein, vitamin, mineral dan lain-lain nutrisi adalah sangat penting untuk mengecas kembali sumber tenaga yang hilang. Cuma, pastikan juadah korang itu sihat.

Menu Diet Yang Sesuai Di Bulan Ramadan Untuk Orang Diet

Menu Diet Berbuka Puasa Dan Bersahur Untuk Korang

Sekiranya korang berdiet dan berpuasa dalam masa yang sama, ia tiada masalah. Apa yang perlu korang beri lebih perhatian adalah tentang menu diet berbuka puasa dan bersahur itu. Berikut adalah contoh -jenis jenis hidangan yang mungkin boleh korang amalkan ketika iftar dan sahur:

Sahur

Antara contoh menu yang baik di waktu sahur adalah roti, biskut, nasi, telur, tenusu, minuman malt coklat berserta sayur seperti salad dan buah seperti kurma. Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan juadah bersahur yang lebih sedap, mudah dan berkhasiat.

Cadangan: Sandwic berinti telur, keju dan sos @ krim kegemaran berserta minuman coklat panas.

Menu diet berbuka puasa atau berbuka

Antara contoh menu yang baik di waktu berbuka adalah nasi, mi, bihun, pasta, daging, minuman teh herba, berserta sayur seperti salad dan buah seperti kurma. Gunakan kreativiti korang untuk menghasilkan juadah berbuka puasa lebih sedap, mudah dan berkhasiat.

Cadangan: Nasi putih berlauk sup daging, sayur timun, buah kurma berserta minuman teh hijau.

Moreh

Jangan dilupa juga waktu moreh sama ada di rumah atau di surau usai solat tarawih ya. Selepas menikmati menu diet berbuka puasa, korang mungkin masih rasa lapar terutama selepas solat terawih. Korang mungkin boleh makan pada waktu lepas isyak ini dengan hidangan yang agak ringan seperti roti, biskut dan pelbagai jenis snek sihat untuk kekal bertenaga menjalani ibadah di bulan mulia ini.

Cadangan: Bubur nasi @ lambuk berlauk daging ayam berserta minuman buah lemon atau limau.

Kesimpulannya, menurunkan berat badan bukan semuanya mengenai senaman, tapi apa yang korang makan juga penting. Kajian mendedahkan bahawa sesetengah makanan mungkin mempunyai kesan terhadap selera makan. Disebabkan itulah, adalah penting untuk meningkatkan pengambilan sayuran, bijirin, kacang, dan makanan lain yang penuh dengan serat, protein, dan lain-lain nutrien ke dalam makanan untuk diet kita seharian.. 


P/S: Dah makin berusia ni, makan pun dah tak berapa bernafsu, hurmmmm... asyiklah nak makan biskut ajaa.. percaya tak? :p

Post a Comment

18Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Macam tak nampak bayang kebaya tahun ni. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorrr cuba pi bazar raya, banyak kebaya Aien hahaha

      Delete
  2. SA sdikit kurang minum air lepas bbuka puasa...1 liter pun x sampai...dari dulu memang macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laa kita SA, minum togak time Sahur, dah nak smabung tidur lepas sahur, asyiklah bangun kencing hahahaha

      Delete
  3. Aini kuat minum air kosong sahur n berbuka..
    Dah habis makan peut senak sbb penuh dgn air..haha
    pastu lewat mlm lapar balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnyaa... boleh sambung puasa lagi tu lepas minum air hahahaha

      Delete
  4. Semoga kita terus diberi keafiaatan dalam melengkapkan rukun islam yang ketiga, Amiinnn YRA.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Ajak goat makan sekali Uncle, mesti banyak sayur...

      Delete
  6. Ya..saya selalu baca..nak diet ni, kena 80% makanan, 20% diet.. Gituh! Saya memang amek makanan berat waktu sahur kalau time kerja sebab tak pasti penggunaan tenaga camana time tu, dan air kosong mmg minum byk.. ada kwn sy tu, minum airrr je sepanjang sahur.. Wow betul.. hàaha.. Buka tu, ada masa ler... Lauk lauk biasanya... Cuma akan bilas ngn air masak sebanyaknya . bior cepat nak membuang lepastu . ahahahahhaa... Apa pun, moga sihat selalu... Biskut pun boleh sis.. yg penting jenis sihat punya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biskut mayat Non, kompom laaa kurus kering macam biskut kering hahahaha

      Delete
  7. Try juga timbang beberapa hari lepas.Turun la 2kg..
    Tapi takat 2 kg tu 3 hari ja qadha makan...boleh gerak semula agka tu..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha lepas sahur tido, lepas buka tido Mama, kompom kurus hahahaha

      Delete
  8. Tahun ni puasa ako... buka n sahur cari nasi weii...!! Aisshh konpom mmg xde la nak diet bagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha berselera ek.. takpe, baju jubah jerr Ret hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!