PAGEVIEWS BLOG AKU DAH CECAH 20 000 000 JUTA! | ALHAMDULILAH tak sangka bulan ni boleh naik pageviewnya secepat ini, sebab rasanya baru bulan Mac lepas 19 000 000 juta, ni bulan April dah cecah plak 20 000 000 juta, syukur alhamdulilah. Satu pencapaian dan kebanggaan buat diri sendiri atas pencapaian blog sendiri..
Gigih? Yaa memang gigih seorang Sis Lin nak naikkan pageviews blog, sebab.... sekarang Sis mengejar adsense dalam blog Sis. Bila pageviews naik, maka adsense Sis juga naik meletop top top.. walau naik takde la berpuluh-puluh hengget sehari, at least bila di kira-kira, jika ada rezeki dapatlah melepasi claim cash-out tiap bulan atau selang bulan.. jadilah kan buat duit jajan surirumah, siapa nak bagi, ye dak..
Soalan yang bertalu di tanya ramai blogger, 'Macam mana nak dapatkan pageviews banyak sehari macamtu?'.. Hurmmm kan dah banyak kali Sis tulis dan bagitau, salah satunya yang utama kena 'RAJIN'. kalau takde rajin dalam diri untuk menulis blog, jangan di tanya soalan itu huhuhu..
Rajin maksud Sis adalah ;
- Kau rajin nak menulis dan update blog setiap hari.
- Kau rajin update blog dalam sehari dua tiga post dalam sehari (boleh?)
- Kau rajin nak menaip pepanjang sikit bila buat posting, paling kurang lebih 300 perkataan.
- Kau rajin nak menulis artikel yang memberi info/manfaat kepada pembaca kau
- Kau rajin nak blog-walking dan balas-balas komen blogger lain.
- Kau rajin nak membaca dan mencari tip/info mengenai blog
- Kau rajin nak kaji/repair apa kelemahan/kekurangan blog kau (analytic, gsc dan broken link)
- Kau rajin nak belajar dan buat macam mana nak edit html blog/template blog
- Kau rajin membaca mengenai SEO
Bila semua di atas tu kau rajin, maka sedikit demi sedikit ko akan improved dan blog kau akan automatik juga jadi lebih bagus dan ada rezeki akan naiklah pageview tu. Walau tak banyak sekali gus, tapi kena sabar dan belajar..
Sis pun mula dari zero okay, belajar sikit-sikit, korek ilmu sikit sana sini, then cuba buat sendiri dan kaji apa kekurangan dan kelebihan blog kita. Then tengok belek, 'kenapa blog orang tu boleh naik banyak'.. so kita kaji dan gali lagiii.. bila ada sifat rajin tu, maka akan datang ilmu tu, dan kau akan guna ilmu tu dalam blog ko..
Tapi cuma nak Sis ingatkan.. ada benda yang kita sendiri tak boleh buat, so kau kuar laa modal sikit dan bayar upah untuk orang yang lebih arif settlekan untuk kita. Contohnya; dulu Sis upah Tuan Hasrul Hassan untuk repair, edit, adjust dan checkkan semua structure blog dan adsense Sis, rasanya dua kali kot Sis upah dia, then lepas tu Tuan Hasrul Hassan akan terangkan kenapa dan mengapa blog kita gitu gini, haa masa tu kau simpan ilmu tu, bebila kau nak edit blog kau, kau guna ilmu tu, faham?..
Jam 3.35pm (semalam), pageviews blog melepasi 20 000 000 juta..
Bab gini jangan lokek, jangan nak ilmu free jer, ada benda kau kena keluarkan 'modal' sikit, macam juga template, kalau dah bertahun kau menulis blog tu, apa salahnya kau 'beli' laa template tu then guna, jangan guna semata free template tu. Bila kau beli template tu, kau akan rasa perubahannya sikit dalam pageviews blog kau. Tapi jangan salahkan template pulak bila lepas tukar pageview menurun, kau kena balik pada RAJIN kat atas tu..faham?..
Yaa dulu memang semata Sis guna free template jer, bila dah rasa nak blog lebih bagus, so Sis beli dan 'hadiahkan' template berbayar untuk blog Sis. Sampaikan ada laa kengkawan kata juga 'membazir' hurmmmmm.. tak apalah, hak memasing.. domain pun sama, kalau rasa nak lebih okay, belilah dot com... pun terpulang, hak memasing.. tiada paksaan.. ada orang guna blogspot dot com pun boleh maju ke depan, terpulang kerajinan memasing...
So pokok pangkalnya diri sendiri, nak dengan taknak jer.. kalau kau rasa menulis blog ni sesuka hati kau jerr.. untuk isi masa lapang, so kekalkan je laa apa yang blog kau dapat tu.. tapi kalau kau rasa nak naikkan blog kau, dan nak cuba menjana pendapatan lebih banyak lagi dengan manulis, so kau rajin-rajinkan laaa minat menulis dalam diri kau yang sedia ada.
Persoalannya, kalau dah minat, kenapa tak menulis?..
Sis pun tak sehebat mana, ada orang lebih hebat dalam bab ilmu blog ni.. apa yang Sis kongsikan, inilah cara dan inilah yang Sis buat.. nak seribu daya, taknak duduk laa diam-diam ya.. Okaylah sekian dulu, nanti sambung lagi yaa.. Jika ada apa-apa kesilapan dalam penulisan ni, mohon maaf ..
P/S: Terima kasih semua readers dan kengkawan semua yang sentiasa support blog akusislin ❤
pergh..x leh tanding la Sis Lin...jauh lagi nak sampai ke situ...tahniah Sis Lin....keep it up
ردحذفInshaalah boleh tu SA, teruskan menulis yaa
حذفtahniah dari blogger cebisan ni hahahah
ردحذفThanks Ret yang sentiasa menyokomg aku...
حذفkipidap dongibab!! yeah..
ردحذفTeruskan usaha anda.. buat sampai jadi...
حذفSangat mencabar juga nak dapat view ribu riban juta..hehehe
ردحذفApapun tahniah Sis
Yaaa Aini, bukan senang nak nampak senang.. yang nampak time senang, time susah tu, perghhh kena sabar...
حذفPC pun ikut bersemangat tau tengok peningkatan blog Sis. Betul, kena step by step. Itu yang cuba PC praktikkan Sis. Kerap update. Tukar ke dot com. Cuma minta bantuan dengan yang lebih pakar PC belum buat.
ردحذفBetul PC, kena plan masa depan untuk blog kalau rasa blog tu kita nak jadikan dia platform menjana pendapatan.. minat pun ya, sambil tu boleh buat duit..
حذفTahniah Sis Lin.
ردحذفTerima kasih Amie..
حذفAlhamdulillahhh, tahniah! Yela ek, kena RAJIN. Kalau malas cam saya ni, jangan harap..hàahaha..tapi i sometimes..ada la jugak cuba cuba gitu... Best eh tengok juta juta riaaa
ردحذفHahaha engko tu rajin Non, cuma cubalah tulis pepanjang sikit, so keyword tu dan SEO tarik...
حذفBlogger idola ni. tahniah sislin! next week kita celebrate sesama ek hehe.
ردحذفHahahah sila belanja makan yaaaa :p
حذفwahh tahniah sis lin..
ردحذفsemoga makin maju..
Alhamdulilah, makaseh Syu...
حذفWah,
ردحذفTahniah Lin...
Usaha Tangga Kejayaan
Kegigihan membuahkan hasil positif..Tahniah Lin
Alhamdulilah Mama, terima kasih atas sokongannya...
حذفPerghh padu lah kak lin ni. Betul lah tu sebenarnya kita kena invest kalau nak kan sesuatu. Tahniah kak lin!
ردحذفBiasa aje laaa Nad, inshaallah Nad pun boleh juga.. kipidab okay..
حذفAlhamdulillah..hebat tu sebulan sejuta. Mantap betul kak. Betul betul, kalau rajin mesti ada hasilnya.
ردحذفAlhamdulilah Fizah, berkat sokongan semua pembaca dan juga sokongan dari Fizah juga..
حذفalhamdulillah, very proud of you sis...sangat2 cepat naik..kekalkan momentum, moga terus berjaya di masa hadapan...ha poyo ke tak ucapan aku...
ردحذفThanks Sunah, kau laa yang banyak memberi aku semangat dan sokongan padu... moga kau terus berjaya juga...
حذفWah Sis Lin, congrat ye. Suka je baca contents dlm tenet time boring penat baca buku ilmiah. Bebenornya nak search benda lain. Enjoy je baca your contents. Keep it up ye Sis.
ردحذفAlhamdulilah.. makaseh Dr ROhana.. moga apa yang di kongsikan memberi manfaat buat semua..
حذفthanks untuk perkongsian ini, Sis Lin
ردحذفSama-sama kita .. jom sama-sama naikkan PV blog/.
حذفwowwwww 5 angka PV sehari. ammi nak dapat 4 angka pun jenuh
ردحذفTakpe Ammi, try jangan putus asa..
حذفTerbaik la kak. Baru walking blog ini ternyata mmg layak dpt view yang meletop
ردحذفTerima kasih, biasa-biasa aja ni, banyak nak kena belajar.. jom kita sama-sama naik yaaaa
حذف