PERDANA MENTERI UMUM TOL PERCUMA, HAFIZ MAHAMAD BAGI TIKET BAS PERCUMA BALIK BERAYA! | ALHAMDULILAH petang-petang ni terbaca posting dan berita dunia mengenai raya, ada dua berita yang membuatkan Sis terpanggil nak berkongsi kepada korang di sini.
Bila di baca, sepertinya sama keadaannya tapi berbeza situasinya. Sebentar tadi PM kita umum, sebanyak 30 lebuh raya di seluruh negara menawarkan tol percuma dan diskaun sempena sambutan Aidilfitri bermula pada jam 12 tengah malam pada 30 April 2022 (Sabtu) sehingga jam 11:59 malam pada 1 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.
Syukurlah, sekurangnya meringankan beban kepada mereka yang tidak berapa nak ada budget nak pulang ke kampung tapi tetap di usahakan untuk balik beraya, so dengan adanya diskaun dan tol percuma ni, bertambahlah meriah dan excitednya mereka nak pulang ke kampung kan..
Cumanya, kenalah bijak atur masa dan juga janganlah merungut bila berlakunya kesesakan lalu lintas nanti. Tu dah pasti, pasti akan jem.. berpusu-pusu, berjuta-juta kenderaan akan berada di atas jalanraya nanti, so kena banyakkan sabar dan banyakkan istighfar.. Jika tak larat berpuasa, amiklah niat 'musafir' dan bolehlah berbuka puasa, tapi jangan lupa ganti puasanya nanti..
Dan satu lagi berita gembira yang nak Sis kongsikan adalah, ahli perniagaan Hafiz Mahamad,Founder of Ainaa Beauty & Ainaa Clinic, berbesar hati menaja/sponsor 3 hingga 5 bas untuk mereka yang ingin pulang ke kampung tapi ada masaalah kewangan..
Sis terbaca di postingnya yang berbunyi ;
“Saya nak sponsor ticket 3-5 bas untuk awak balik raya kampung”
Saya faham, walaupun dah boleh balik raya, tapi ramai sahabat yang “kewangan” dia tak mengizinkan. Cost minyak dah berapa & fikir fikir, sampai kampung nanti tak boleh nak balik tangan kosong. Duit itu, duit ini. Banyak ...
Adik adik yang tengah study pun.. Saya faham situasi awak
Bantu saya “share post” ni. Harini saya dah lock 3 Bas. Kalau ramai, saya akan tambah bas lagi mungkin ke 6 Bas. Ini semua “free” untuk bantu awak balik raya. Harap penuh semua bas nanti.
1 orang boleh dapat 5 ticket. Bas akan bergerak Jumaat ni ( 29 April, Jam 9:00pm ) dari KL akan ke Pantai Timur, Utara. Awak baca ni :
“Sahabat AINAA Balik Raya 2022”
Tarikh: 29 April 2022 (Jumaat)
Masa Berkumpul: 9.00 malam
Bas Bergerak: 10.30 malam
Tempat Berkumpul: Depoh Kiffah Travel Sdn Bhd, Taman Sri Ehsan Kepong
Please isi form ni, dari sini nanti team saya check. (Copy link & isi details)
Apa apa kalau nak tanya, boleh whatsapp team saya 011-65685200 (Azrie). Nanti team saya akan update dekat whatsapp tau. Harap bas ni semua penuh & kalau boleh lebih lagi. Whatsapp cepat tau, takut ada sahabat yg terlepas nanti.
Happy tak ? Doakan perniagaan AINAA Beauty tau. Saya nak baca comment awak
Jangan lupa, Bagitau kawan kawan 💙
“Kejayaan Demi Kebahagiaan”
[Baca Artikel Asal] : Hafiz Mahamad Sponsor Tiket Bas Balik Kampung
So korang... war-warkan laa berita gembira ini.. dan yang memandu nanti, rancang perjalanan, patuh SOP, memandu dengan berhemah dan banyakkan bersabar sepanjang perjalanan.. Jika letih, rehat dan tidur sebentar.. Jangan paksa diri, ingatlah mereka yang tersayang yang sedang menunggu balik beraya bersama..
Moga selamat semuanya korang...
P/S: Sis tak kemana pun.. beraya di Johor bersama family tercinta ❤
Apa-apa percuma... uncle sokong! heheheh
ردحذفHahahaha balik mana tu Uncle ...
حذفmoga dimurahkn lagi rezeki mereka nnt kan..
ردحذفAamiinn.. berkongsi rezeki ramadan kan Miera.,..
حذفAlhamdulillah. Syukur sangat-sangat..
ردحذفAlhamdulilah, war-warkan kepada mereka yang menanti...
حذف1 hb nak gerakkk berayaa.yahuuu tol free laaa gituu ..bestnyaa.
ردحذفHahahaha engko balik kampung ke Ain? ...
حذفJammed pun saya hadappp... janji free.. Hahahaaa...
ردحذفEngko memang pantang free hahahahaha
حذفTak pernah ada pengalaman balik kampung jejauh ni...hahaha....sebabnya kg kat NS ni je...dokek yo...
ردحذفSama laaa.. Sis raya sini jee, adik-adik semua ke sini jerr.. so memang takde hadap jemmm..
حذفmasya Allah..takde ke nak sponsor tiket flight balik sabah sarawak hahahaha..
ردحذفtol percuma tu pun salah satu juga kan cara kerajaan nak kurangkan jammed pada hari tertentu..nak suruh orang susun masa betul2 untuk balik bila..
Kejap aku tanyakan, kotlah ada tiket percuma kapal terbang kan hahahaha
حذفSyukur juga dapat kurangkan belanja untuk keluarga yang perjalanan jauh tu. Bagusnya juga ada orang sponsor tiket free balik kampung.
ردحذفBetul Fizah, so ada pilihan, yang berkemampuan membayar tol dengan yang tidak..
حذف