RESEPI DAGING GORENG KUNYIT CHE NOM MEMANG SEDAP | SEJAK-SEJAK ni memang banyak Sis masak semua follow resepi Che Nom selain Yatie Kitchen dan Mat Gebu. Suka resepi Che Nom ni sebab dia punya bahan dan cara senang. Bahan yang di guna semuanya ada je dalam dapur tu, tak payah sesusah nak pi kedai atau order PandaMart hehehe..
Tu yang kadang bila hilang idea nak masak apa, haaa Sis bukak jerr la google dan cari resepi Che Nom. Rasanya korang pun ada juga kan follow resepi Che Nom ni kan..kalau ikut step by step dia, memang akan menjadi masakan kita dan rasanya memang sedap.
Yang bestnya, bukan kata Che Nom share je resepi dan caranya, Che Nom siap buat dan kongsi video memasaknya di Youtube, so kalau memang korang 'bodo-bodo' tak reti nak masak tu, haa bolehlah follow youtube Che Nom, banyak gilerr dia kongsi resepinya.
[Baca Juga] : Resepi Nasi Ayam Che Nom Memang Sedap
Dan harini Sis nak kongsikan dengan korang resepi Daging Goreng Kunyit resepi dari Che Nom yang Sis masak untuk Sahur pertama ramadan tahun ni. Memang kesukaan Sis satu family, lagi-lagi Suami Sis, dia kalau makan kalau ada baki, dia ratah jerr sampai licin, memang takde simpan punya..
Korang cubalah, boleh buat menu bersahur atau menu berbuka puasa. Menu sedap ni kalau korang try sekali, pasti nak makan dan makan lagi.. Sis copykan resepinya di bawah ni okay.. Cuma Sis letak kacang panjang ajerr... dah tu je yang ado hahahaha..
Resepi Daging Goreng Kunyit
Resepi Asal Oleh : Che' Nom
Dalam resepi ini, bukan hanya serbuk kunyit yang dimasukkan, tapi Che Nom tambah juga serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih. Dengan tambahan bahan-bahan tersebut, rasa daging akan lebih sedap dan wangi apabila digoreng nanti hasil daripada gabungan serbuk-serbuk rempah tersebut. Tapi jangan susah hati, kalau tak ada serbuk ketumbar dan jintan manis boleh sahaja abaikan dan cuma guna serbuk kunyit sahaja.
Bawang putih pula ditambah selepas kita goreng daging kerana nak pastikan bawang putih tidak hangus dan memberikan rasa pahit jika digoreng lama.
Bahan-Bahan:
- 1/2 kg daging
- Minyak, untuk menumis
- 2 ulas bawang putih, cincang halus
- Carrot, hiris memanjang
- Capsicum hijau
- Cili merah
- 1 biji bawang besar, hiris membulat
- Daun bawang, hiris nipis
- Bahan-bahan untuk perapan:
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- Sedikit garam
Cara Penyediaan:
- Hiris nipis daging, bersihkan dan tos airnya .
- Gaul dengan bahan-bahan perapan dan perap seketika.
- Goreng daging di dalam minyak sehingga kering airnya. Kacau perlahan supaya daging digoreng sekata.
- Apabila air daging sudah kering, masukkan bawang putih dan kacau sehingga bawang kekuningan.
- Masukkan carrot, diikuti capsicum dan cili merah.
- Masukkan bawang besar dan masak sehingga bawang sedikit layu.
- Angkat dan tabur dengan hirisan daun bawang.
Tips:
Supaya daging tidak liat apabila dimasak nanti, pastikan daging dipotong mengikut arah yangg bertentangan dengan garisan urat daging. Jika tidak daging akan liat dan susah empuk. (Sis pressure dulu kasi empuk).
Selamat mencuba..
P/S: Kalau korang rajin, tambah cili kering kisar dan tumis, jadilah Daging Goreng Sambal hahahaha.. *sebab Sis ko dah mencubanya, sedap hehehehe...
ha'ah kalau guna resipi che nom siap ikut step dia dekat YT confirm jadi hehe
ReplyDeleteKannn, agak blur nak masak apa, buka je respi Che Nom, mesti menjadi menu hahahaha
DeleteSeriously ako x pernah lg buka resipi che nom ni hehehe.. Tambah2 ako pun x rajin nak masak sgt sejak ada chef kt rumah ni hahaha.. Jadi kita makan je la apa aje yg chef kat rumah tu masak... 😂😂
ReplyDeleteKo tengok youtube dia, step by step oii dia ajo, tak tau masak boleh jadi pandai hahahaha
Deletememang nampak sedap
ReplyDeleteSelera makan Sahur Wak hehehehe
DeleteTengok gambar pun terus terliur
ReplyDeleteHahahah sabo tengah pose tu hahahaha
DeleteHaah kekadang aku pakai resepi dia gak...
ReplyDeleteOk nak beli pressure cooker satu dulu 😆
Hahahaha silalah beli, jangan kata daging, kepala kerbau pun boleh lembut hahahaha
DeleteKena carik daging batang pinang ni..x pun cari daging untuk stak tu..haaa...mesti best kan buat daging goreng kunyit untuk sahur...SA x makan kacang panjang boleh letak kacang buncis...eehhh...nak buat la....
ReplyDeleteAah SA, lagi senang, lembut takyah rebus..
DeleteNak kena cari daging ni Sis... PH suka menu simple macam ni, nak-nak time sahur, berselera jadinya.
ReplyDeleteYeee Kak, buat menu sahur, kering-kering tapi sedap hehehe
Deleteaduiii...kena carik daging ni...hehe
ReplyDeleteHahahaha silalah order ... dah masak sila up yaa.. mesti menjadi..
Delete