RESEPI UNGKEP AYAM PALING MUDAH DAN SEDAP

Sis Lin
8
RESEPI UNGKEP AYAM PALING MUDAH DAN SEDAP | SEMALAM memang takde idea nak masak apa, dah keluarkan ayam tapi idea tu blurrr taknak datang. Duk fikir nak masak asam pedas ke, kari ke, kurma ke?.. Buntu kejap tau, ada masa memang jem terus otak fikir nak masak apa. 

Then Sis pun up laa status di wall facebook Sis, minta kengkawan kasi idea nak masak apa ayam tu. Dan tak sangka ramai pulak memberi komen dengan pelbagai menu. Sis baca satu persatu, tiba-tiba 'pop'... datang idea bila terbaca menu Ungkep Ayam. Waaa terus semangat datang nak memasak. Memang lama juga tak masak Ungkep Ayam ni. 

Ungkep Ayam ni pertama dulu Sis masak memang follow resepi Che Nom. Sampai dah hafal dah bahan-bahan yang nak memasaknya hehehe.. sebab resepi ni Sis rasa Ungkep ayam paling mudah sedap yang Sis dapat buat. Ye laaa kalau dah Suami dan anak kata sedap, so sedaplah tu kan, walau masak tengah berpuasa okay.. 


Resepi Ungkep Ayam Paling Mudah Dan Sedap

Makanya semalam, terjadilah menu Ungkep Ayam untuk berbuka puasa Sis sekeluarga. Ada juga Sis masak Bening Petola dan Suami balik hampir berbuka tu ada bawak kuih-muih dan Laksa Penang juga. Yang paling nikmat, dapat berbuka dengan Air Sirap Lemon Selasih, perghhh kenyang terus lepas teguk secawan hahahaha.. 

So korang kalau nak mencubanya, Sis kongsikan resepi Ungkep Ayam resepi asal dari Che Nom ni yaa.. Korang cubalah, memang sedap gilerr... 

Resepi Ungkep Ayam 
Resepi asal : Che Nom 

Bahan-Bahan:
  • 1kg ayam - potong 10-12 (agak-agak je)
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1-2 cawan air
  • 1-2 keping asam keping
  • Sedikit minyak

Bahan-bahan untuk dikisar/ditumbuk :
  • Lebih kurang 2-3cm halia
  • Lebih kurang 3cm kunyit hidup
  • 12-17 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
  • 10-12 biji bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil biji ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih

Cara Penyediaan:
  • Panaskan sedikit minyak. Tumis serai yang diketuk tadi. Dah naik bau, masukan bahan-bahan yang dikisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam dan gaul rata hingga ayam kecut dan masak.
  • Tambah air sedikit-sedikit. Kacau sekali sekala untuk memastikan ayam tak hangus atau hancur. Perasakan dengan sedikit garam, gula dan sedikit perasa pilihan.
  • Masak hingga kuah agak kering dan ayam empuk. Jika suka kuahnya lebih, tak perlu masak sampai kering.
  • Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Tips:
Boleh guna serbuk ketumbar, jintan manis dan putih juga. Pastikan bahan-bahan yang dikisar ditumis sehingga betul-betul pecah minyak jika tidak cili tadi akan membuatkan anda sakit perut.

Selamat mencuba.. 


P/S: Idea masak hari-hari dengan idea nak masak time ramadan berbeza yaa.. mencabar betul minda time puasa ni fikir nak masak apa hahahaha.. 

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ada ayam tu.. Boleh la masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa PC, paling senang, nampak macam ada santan, tapi takkk

      Delete
  2. Replies
    1. Samalah Suami Saya Wak, jawo katakann hahahaha

      Delete
  3. Sedapnya ayam ungkep. Teringat air tangan emak di kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Amie, masak Ungkep memang terus teringat kampung...

      Delete
  4. Lauk sedap. Berbuka semalam masak ayam goreng berlada lebih kurang ungkep cuma tak letak jintan ketumbar bagai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo Ungkep plak kena letak semya jintan ketumbar tu, kalau tak bukan Ungkep namanya heheheh

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!