SERVIS UJIAN SARINGAN PCR/RTK-AG DI eMedAsia MUDAH DAN PANTAS | HANYA tinggal tak sampai seminggu je lagi, kita akan sambut Aidilfitri dan ramailah yang akan pulang ke kampung. Tapi bagaimana dengan SOP korang sebelum pulang berjumpa keluarga dan sanak saudara? Apakah korang dah tak amik kisah? Sebab fikirkan kos mahal dan buang masa menunggunak buat ujian saringan?.
Jangan begitu.. raya tetap raya tapi fikirlah keselamatan dan kita buatlah saringan ujian saringan PCR atau RTK-Ag terlebih dahulu. So bila dah test, jika berlaku sesuatu yang di luar jangkaan kita, dapatlah kita elak sebelum wabak virus tu berjangkit dan terkena pada orang lain.
Pengalaman Sis ni bab ujian saringan banyak yang dah Sis nampak, semuanya di luar jangkaan kita. Contohnya; elok sihat je kengkawan jemaah Sis sebelum nak berangkat ke Umrah, tapi bila buat ujian PCR dan RTK-Ag swab, dapat aje result memang mengejutkan bila keputusannya +VE, so mereka tak dapat pergi bersama untuk menunaikan Umrah.. sedihkan..
Tu pun nak dapat keputusannya mendebarkan dan amik masa panjang. Kena plak kalau buat jenis drive-thru, pun sama beratur panjang.. tapi daripada nak walk-in, biarlah Sis duduk rumah aja buat test. Walau sihat, tapi atas tanggungjawab, kita kena juga buat saringan.
Yaa mungkin tidak bergejala pada kita, kita nampak sihat tapi tidak semua orang antibodinya macam kita, terutama orang tua kita yang dah berusia. Tak kesian ke kalau kemudian mereka sakit di sebabkan tindakan kita yang amik remeh bab SOP ni?.. Jangan menyesal di kemudian hari ya..
Dan jika kewangan menjadi masaalah, atau mungkin masa yang tidak ada untuk menunggu, korang bolehlah buat ujian saringan PCR atau RTK-Ag ni di eMedAsia Travel & Health. eMedAsia dimiliki oleh HS Bio dengan kerjasama Koperasi Persatuan Perubatan Malaysia (KOOP MMA), sebuah wadah pelaburan untuk ahli Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). MMA ialah badan perwakilan utama bagi pengamal perubatan berdaftar di Malaysia.
eMedAsia, subsidi 60% milik HS Bio Sdn Bhd, yang seterusnya dimiliki sepenuhnya oleh Hong Seng, telah memeterai perjanjian kerjasama dengan CLEA Technology Sdn Bhd. CLEA ialah syarikat pertama yang menyediakan CLEADOC Virtual Covid-19 profesional RTK dan saringan PCR (VCS) dan perkhidmatan berkaitan lain di Malaysia.
CLEADOC boleh digunakan sebagai keperluan keputusan pra-berlepas atau keperluan 24 jam Ketibaan Malaysia yang juga selari dengan kemas kini status MySejahtera.
eMedAsia Travel & Health menawarkan servis yang mudah dan perkhidmatan yang pantas yang diiktiraf oleh KKM di seluruh Malaysia. Terdapat lebih 2,500 klinik yang berdaftar di bawah eMedAsia ni untuk memudahkan korang mencari klinik yang korang nak untuk korang jalani ujian pengesahan covid-19 ni.
Ianya mendapat kelulusan untuk ujian saringan ;
- Keputusan ujian profesional PCR dan RTK-Ag dikemas kini terus ke MySejahtera
- Ujian Saringan Covid Maya (Virtual Covid Screening test) dengan kerjasama CLEADOC
Selain pergi ke klinik untuk ujian, korang juga boleh memilih untuk melakukan ujian ini rumah, hotel penginapan atau di mana-mana yang korang rasa selesa atau berada. Keputusan ujian korang akan disahkan oleh doktor perubatan bertauliah dan akan dikemaskini terus ke MySejahtera, termasuk ujian darah dan diagnostik serta insurance covid yang akan di kenakan pada akhir bulan April ini.
Untuk pengembara yang masuk ke Malaysia, tak kisahlah korang balik dari luar negara mana sekalipun, servis eMedAsia Travel & Health ini sangat memudahkan urusan perjalanan korang, sebabnya ;
- Korang tak perlu beratur panjang dan bertemu orang ramai di lapangan terbang
- Dapat membantu korang dari terdedah risiko pendedahan COVID-19 semasa korang beratur
- Korang boleh pilih sendiri jadual masa untuk korang buat ujian saringan RTK atau PCR di tempat di mana korang berada.
- Lebih 2,000 ahli sah berdaftar di seluruh negara
- Perkhidmatan yang memuaskan (Affordable services)
- Keputusan di kemas kini terus ((automatik) dalam MySejahtera oleh doktor/klinik perubatan
- Doktor perubatan berdaftar yang boleh dipercayai dan diiktiraf dan diluluskan oleh KKM & KOOP MMA.
Untuk pengembara, aplikasi Cleadoc VCS membolehkan pengguna walaupun mereka berpangkalan di negara lain dengan mudah melakukan ujian profesional pra-berlepas atau semasa ketibaan RTK dengan selesa pada bila-bila masa di mana-mana sahaja dengan keputusan disahkan oleh Doktor Perubatan dengan hanya mengikut langkah dalam aplikasi, direka dengan teliti oleh Doktor Perubatan. Keputusan yang dijana boleh digunakan sebagai keperluan keputusan Pra-Berlepas atau keperluan 24 jam Setiba Malaysia yang selari dengan kemas kini status MySejahtera.
Aplikasi ini boleh dimuat turun secara global dan boleh digunakan oleh pengembara antarabangsa yang menuju ke Malaysia. Setakat ini, Cleadoc telah mencipta lebih daripada 2 juta tera, menapis lebih daripada 1 juta ujian dan mempunyai lebih daripada 200,000 pengguna aktif pada platformnya.
Sis baru tau akan kewujudan eMedAsia ni.. rupanya bila di baca, sangat laaa mudah untuk kita buat ujian saringan tanpa 'buang masa' menunggu..
So korang pilih yang macam mana? Nak keluar beratur? Terdedah dengan orang ramai di lapangan terbang atau di klinik/hospital? Kalau Sis memang Sis pilih untuk pilih servis dari eMedAsia Travel & Health ni di rumah, memudahkan urusan dan masa kita dan keputusan ujiannya pantas.
Bukan itu aja, mereka juga ada menyediakan servis penghantaran ubat ke pintu rumah korang.
Ye laa mudahkan, call ajer, dan mereka akan datang ke rumah dan buat ujian saringan. Kita pun selesa dan tak menyusahkan kita nak heret ahli keluarga kita ke klinik/hospital buat ujian swab test. Bagi korang yang berminat untuk menggunakan servis eMedAsia Travel & Health, harga adalah seperti berikut.
Warga Asing: RM90
Warganegara: RM70
Untuk maklumat lanjut berkenaan eMedAsia Travel & Health ini, sila layari laman web yang tertera di bawah.
eMedAsia - Laman web rasmi untuk tempahan RTK test di klinik
Traveller.emedasia.com - Untuk tempahan RTK test di klinik
MySafeTravel.gov.my - Checklist untuk pelancong dari luar yang ingin memasuki Malaysia
P/S: Sekarang dah ramai yang 'leka'.... ermmmmm
Bagus juga tu ada subsidi yang diberikan. At least dapat kurangkan duit belanja sikit.
ردحذفKann Fizah, murah dari yang ujian klinik biasa..
حذفYeah, it's everyone's responsibility to test themselves before balik kampung or traling somewhere. This is a good service by eMed Asia. Thank you for sharing. Hope you had a good Eid celebration, Sis Lin.
ردحذفBetul Fadima, kita jangan leka, walau dah endemik, tapi tetap kena alert...
حذفI have shared the service to my friend and she has booked her session upon returning to Malaysia soon
ردحذفThanks Rawlins.. moga sihat-sihat selalu..
حذفBagus perkhidmatan yang disediakan. Harga pun tak mahal. Kalau Eiza, memang akan pilih buat dirumah. Tak nak bersesak.
ردحذفKann Fiza, sama Sis, lebih suka buat aje di rumah, so takde terdedah dengan virus luar...
حذفThanks for sharing this info here, it's important to note this , I'm saving it for my next test whenever I need to travel again. Cheers Siennylovesdrawing
ردحذفMost welcome Sienny... hope your result is good...
حذفzaman skrg ramai yang x amik berat tentang ini.. biarpun endemik.. kita masih kena buat ujian saringan diri
ردحذفBetul.. dah macam takde apa-apa dah kan.. kita pulak jadi takut...
حذف