SIAPA KATA SURIRUMAH TAK BOLEH BUAT MANICURE & PEDICURE?

Sis Lin
4
SIAPA KATA SURIRUMAH TAK BOLEH BUAT MANICURE & PEDICURE? | SIAPA kata tu? Apa ingat surirumah tak boleh buat manicure & pedicure ke aa? Katanya membazir buat, sebab hari-hari juga memasak, jari semua berkunyit dan kuku semua jadi sompek. So? Kalau rasa kuku jari tangan tu tak cantik, haaa kenalah pergi buat manicure & pedicure, kasi cantik, apoo laaaa.. 

Mentality manusia ni memang berbeza-beza.. selalu pandang rendah je pada surirumah kan, konon surirumah ni kerjanya hanya duduk rumah, memasak dan buat kerja rumah je, pakai baju sememeh dan juga katanya takde masa nak melawo mencantikkan muka.. hahahah itu ko, not me yaa!..

Walaupun memang banyaknya Sis pakai baju kelawar ke, tapi kelawar i lawa-lawa hokay, silap-silap kelawar Sis beli tu lebih mahal dari baju blouse ko yang cantik tu.. hahahaha.. kekwat gilerr orang yang suka merendahkan martabat surirumah ni.. tapi ada aku kesah!.. Yang penting masing-masing jaga penampilan diri masing-masing jer okay..

Siapa Kata Surirumah Tak Boleh Buat Manicure & Pedicure?

Siapa Kata Surirumah Tak Boleh Buat Manicure & Pedicure?

Untuk Sis, walau bukan setiap dua minggu sekali pergi buat kuku, tapi at least sebulan sekali mesti Sis nak pergi 'servis' kuku Sis, baik kuku jari tangan atau kuku jari kaki. Ingat kuku tu takde nyawa ke? Ko nak bior dia macamtu jerr, ehhh kalau dia boleh bercakap, dia pun nak melawa juga okay macam ko, jangan ada orang tu, muka lawa, sekali bukak kasut, omakkk aiii bercagu bau hahahaha.. 

Biasanya Sis buat di Holiday Plaza, sebab sana areanya sunyi, takde ramai orang, so aurat kaki tu terjaga juga tanpa di lihat orang, tapi sejak PKP ni, lama gilerr tak pi sana, so Sis panggil servis orang datang rumah jerr. Dan baru-baru ni ada keluar bersama bestie Sis,Ima (Geng Bas Sekolah) tu, kami buat manicure & pedicure bersama. 

Siapa Kata Surirumah Tak Boleh Buat Manicure & Pedicure?

Siapa Kata Surirumah Tak Boleh Buat Manicure & Pedicure?

Tengah jalan-jalan tingkat atas sekali di MidValley, ternampak satu kedai manicure ni, toleh kanan toleh kiri memang sepi jerr, tanya Ima dia kata ON, so akhirnya sepakat kami berdua masuk buat kuku. Sis buat manicure & pedicure, Ima dia buat manicure ajer. Best gilerr tempat ni, servis dia bagus, siap sediakan minuman dan bagi consultant semasa servis dan siap bagi free gift lagi. 

Mula tu hanya kami berdua jerr dalam kedai tu, sekejap tu ehhh masuk dua orang perempuan muslimah juga buat manicure & pedicure, rezeki mereka laa kan.. katanya 'You dua bawa ong maa, dari pagi tarak orang' katanya macamtu, alhamdulilah.. nasib bukan orang jantan yang masuk, kalau jantan, kami lari dulu cecepat hahahahaha... 

Siapa Kata Surirumah Tak Boleh Buat Manicure & Pedicure?

Bila dah siap tu kan, ko tengok kuku ko, ko akan rasa satu perasaan sukanyaa lain macam hahahaha.. mana taknya nengok kuku bersinar cantikkk jeee... macam Sis, Sis buat servis biasa jer, potong, shining dan kasi serum pada kuku. Ima pun sama, cuma dia letak inai di kuku untuk kuatkan kuku rapuh dia, yang tranparent pun ada, tapi Ima amik jenis warna inai, cantikkk.. 

Lepas dah siap, depan kedai kuku tu ada 4 fingers, lama gilerr tak makan ayam dia, so apalagi, kami makan situ je laa.. kami amik lunch box je senang, sekali nasi dan dua ketul paha, kenyang gilerrr makan.. yang kelakarnya nak makan, kemain sayang nak pegang guna jari ekk, takut kuku tu jadi kotor hahahahaha.. dan dan pakai plastik tangan tu hahahahaha.. LOL.. 

So yang duk kata surirumah semua tak boleh tu.. sila jaga mulut sikit.. jejangan yang bekerja pun takde buat kuku macam kami hahahahaha :p 


P/S: 29 tahun jadi surirumah, syukur alhamdulilah atas segala nikmat yang Engkau berikan.. 

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. kalau ammi selalu buat pedicure je..
    nak buat manicure bukan ada kuku pun dorang nak kerjakan..gigi ammi yg kerjakan dulu hahah

    ردحذف
    الردود
    1. Kita selalu buat kuku tangan dan kaki selalu Ammi.. memang suka buat hahaha Ooo Ammi macam anak bujang Sis huhuhu

      حذف
  2. Bestnya buat maniipedii ni.. Dah lama tak buat..
    totally out of shape dah..haha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha sama laaa kita.. tu yang kena spend time juga masuk mani dan pedi ni..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!