TULUS MENYEDIAKAN PLATFORM PEMBAYARAN ZAKAT BAGI 11 NEGERI BAGI RAMADAN 1443H

Sis Lin
6
TULUS MENYEDIAKAN PLATFORM PEMBAYARAN ZAKAT BAGI 11 NEGERI BAGI RAMADAN 1443H | NAK Zakat, Wakaf, Infaq dan Sedekah Online? #TulusJerLah!. Tulus Digital, perintis kepada platform Kewangan Sosial Islam digital menyediakan pada bulan Ramadan ini perkhidmatan atas talian bagi pelbagai urusan amal jariah merangkumi zakat, wakaf, infaq dan sedekah.

Segala urusan pembayaran zakat boleh disempurnakan pembayarannya melalui kaedah secara digital dengan begitu mudah dan selamat, hanya di hujung jari.

Tulus Digital adalah syarikat fintech kewangan sosial Islam yang menyediakan kemudahan pembayaran etika untuk semua di Malaysia yang memperkasakan pertumbuhan dan kesejahteraan masyarakat dengan menerapkan gaya hidup digital.


Fasa peralihan endemik untuk negara membolehkan rakyat kembali kepada permulaan kehidupan normal selepas bergelut dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu. Namun begitu ketersediaan perkhidmatan aplikasi Tulus sejak dua tahun yang lepas membolehkan kemudahan pembayaran secara digital kepada pengguna tanpa mengira masa dan lokasi mereka dengan menggabungkan semua organisasi Islamik yang merangkumi perkhidmatan pembayaran zakat, wakaf, infaq dan sedekah.

Aplikasi ini membuka ruang dan kemudahan kepada masyarakat Islam untuk melaksanakan pelbagai urusan pembayaran berkaitan amal jariah dengan lebih mudah dan telus. Tulus menyediakan fasiliti pembayaran beretika melalui aplikasi mudah telefon pintar Tulus bagi memperkasa pembangunan ekonomi dan kesejahteraan ummah merangkumi gaya hidup digital kepada rakyat Malaysia.


Menurut Pengerusi Eksekutif Tulus Digital, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, “selaras dengan visi pendigitalan sektor kewangan khususnya kewangan sosial Islam, Tulus menyediakan inovasi teknologi yang dipandu Maqasid Al-shariah dengan ketersediaan  sebuah platform pembayaran beretika yang telus serta mematuhi asas syariah untuk memberi peluang kepada masyarakat Islam untuk melaksanakan pembayaran pelbagai urusan berkaitan amal jariah dengan mudah dan selamat.”

“Bagi Ramadan pada kali ini, aplikasi Tulus turut menyediakan saluran pembayaran zakat bagi 11 negeri di Malaysia yang merangkumi Wilayah Persekutuan dan WP Labuan, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Perak serta Perlis dan menyasarkan 950,000 pembayar zakat pada Ramadan tahun ini” katanya.


Aplikasi mudah alih Tulus boleh dimuat turun daripada Google Play Store dan Apple iOS Store. Selain itu, bayaran zakat ke setiap negeri juga boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang https://tulus.app 

Bertemakan “Nak Zakat, Wakaf, Infaq dan Sedekah Online? #TulusJerLah!”, Tulus Digital mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam bersama-sama menggunakan aplikasi ini sebagai salah satu cara untuk membuat sumbangan dan pembayaran zakat secara digital serta amal kebajikan di alam maya.


P/S: Alhamdulilah, semakin mudah nak bersedekah... nak dengan taknak jerrr...

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Comel je tagline dia kan. Dah sememangnya nak berinfaq ke Tulus ye tak. Thanks Sis share platform nie, memudahkan semua nak menguruskan zakat dsb

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, sempoi jerr, janji tunaikan tanggungjwab kita kan Rawlins.

      حذف
  2. Senang la nak bayar zakat sekarang ni. Online ajer kan?. Dah takde alasan la tak bayar zakat. Akhirnya zakat ni kepada golongan yang memerlukan. Jom berzakat!

    ردحذف
  3. Tulus, menarik ni mudah je sekarang kalau nak bayar zakat. Tak perlu keluar nak g bayar kan. Online lebih selamat :)

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn Iena, semuanya di hujung jari aja.. guna apps mudah nak bayar..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!